Redha
Dengan Rezeki Yang Ada :
Di
dalam konteks redha pada menerima ketentuan Ilahi, juga termasuk
redha ( qana'ah ) menerima rezeki yang dianugerahkan oleh Allah
s.w.t. banyak atau sedikitnya.Didalam sifat qana'ah dengan pemberian
Allah itu terdapatnya mutiara kebahagiaan bagi orang mukmin.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
" Sungguh berbahagialah orang yang masuk Islam , rezekinya
sederhana dan berhati puas ( qana'ah ) menerima segala pemberian
Allah ".
( Riwayat Muslim )
Dan
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
" Berbahagialah siapa yang ditunjuki ke dalam Islam, penghidupan
yang sederhana dan qana'ah ( merasa dengan pemberian Allah ".
( Riwayat Tirmidzi )
Merasa
cukup , puas dan redha menerima rezeki yang dianugerahkan Allah
s.w.t. termasuk kekayaan rohani yang tidak ternilai harganya.
Sabda
Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
" Bukannya kekayaan itu kerana banyaknya harta, kekayaan yang
sebenarnya ialah kekayaan jiwa ".
( Riwayat Bukhari dan Muslim )
Mengharapkan
Redha Ilahi :
Sebagaimana
mahabbah bertujuan agar memperolehi kasih dan cinta Ilahi maka
demikianlah juga sifat redha bertujuan memperolehi redha Ilahi
.
Firman
Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Allah redha kepada mereka dan mereka redha kepadanya, yang
demikian itu bagi orang yang takut kepada Tuhannya ". ( Al-Bayyinah
: Ayat 8 )
Dan
firman Allah s.w.t. lagi tentang orang-orang yang membelanjakan
harta semata-mata untuk memperolehi keredhaan Allah s.w.t. yang
bermaksud :
" Mereka yang menafkahkan hartanya kerana ingin jadi bersih.
Padahal tiada padanya budi yang patut dibalas.Melainkan
semata-mata kerana hendak mencari keredhaan Tuhannya Yang Maha
Tinggi.Dan Tuhannya pun redha kepadanya". ( Surah Al-Lail : Ayat
18-21 )
Rasulullah
s.a.w. bersabda yang bermaksud :
" Bila Allah cinta kepada sesuatu kaum, mereka akan diuji .
Barang siapa redha menerima ujian maka redha pula kepadanya dan
barang siapa yang murka, maka Allah s.w.t. pun murka kepadanya".
( Riwayat Tirmidzi )
Redha
Kepada Keluarga Dan Anak-Anak
Redha
kepada keluarga dan anak-anak yang merupakan amanah yang wajib
dipikul oleh setiap individu Muslim yang mana redha dan sabar
perlu seiring di dalam membentuk baitu Muslim dan generasi Rabbani
yang memerlukan suatu pengorbanan yang besar.
Begitu
juga bagi anak-anak di dalam menghormati ibubapa seperti yang
disebutkan di dalam sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
" Keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibubapa ".
( Riwayat Bukhari dan Muslim )
Dan
Rasulullah s.a.w. pernah berkata kepada Ibnu Abbas r.a. :
" Jika kamu sanggup beramal kerana Allah dengan redha berserta
yakin maka lakukanlah. Tetapi jika kamu tidak sanggup , maka sesungguhnya
kesabaran atas sesuatu yang tidak menyenangkan itu ada kebaikan
yang banyak".
Redha
Membawa Nikmat dan Bahagia
Redha Ilahi yang diperolehi orang yang redha kepada Allah s.w.t.
itulah nikmat dan merupakan kunci kebahagiaan yang sejati .Sesiapa
yang diredhai Allah s.w.t. , pastilah dia akan diberikan kebahagiaan
dan kejayaan di dunia dan di akhirat . Lalu mereka akan dimasukkan
ke dalam syurganya dan kekal di dalamnya untuk selama-lamanya.
Firman
Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Wahai jiwa yang tenang dan tenteram kembalilah kepada Tuhanmu
dalam keadaan redha dan diredhai. Iaitu masuklah ke dalam golongan
hambaku ( yang soleh ). Dan masuklah ke dalam syurgaku".
( Surah Al-Fajr : Ayat 27-30 )
Berkat
redha itulah maka di dunia akan mendapat ketenangan jiwa dan di
akhirat akan memperolehi kebahagiaan yang kekal untuk selama-
lamanya. Redha mengakui bahawa Allah s.w.t. sebagai Tuhan yang
disembah, Islam sebagai Agama yang benar dan Rasulullah s.a.w.
sebagai Nabi dan Rasul yang terakhir , maka itulah asas kemanisan
iman yang membawa erti yang besar dan keuntungan yang besar bagi
orang yang redha kerana merasakan kelazatan rohani.
Sabda
Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
" Merasakan kemanisan iman , siapa yang redha dengan Allah
sebagai Tuhan, Islam sebagai agama Muhammad sebagai Rasul ( Utusan
) ".
( Riwayat Muslim )
Rujukan Dari : Taqarrub Kepada Allah.