| |
Bab
6 : Sifat 20
Adalah sifat-sifat
yang wajib bagi Allah s.w.t. yang wajib bagi Allah yang wajib
diketahui dengan tafsil ( satu persatu ) iaitu 20 sifat :
| 1.
Wujud : Ertinya Ada |
Iaitu
tetap dan benar yang wajib bagi zat Allah Ta'ala yang tiada
disebabkan dengan sesuatu sebab. Maka wujud ( Ada ) –
disisi Imam Fakhru Razi dan Imam Abu Mansur Al-Maturidi
bukan ia a'in maujud dan bukan lain daripada a'in maujud
, maka atas qaul ini adalah wujud itu Haliyyah ( yang menepati
antara ada dengan tiada) .
Tetapi
pada pendapat Imam Abu Hassan Al-Ashaari wujud itu 'ain
Al-maujud , kerana wujud itu zat maujud kerana tidak disebutkan
wujud melainkan kepada zat. Kepercayaan bahawa wujudnya
Allah s.w.t. bukan sahaja di sisi agama Islam tetapi semua
kepercayaan di dalam dunia ini mengaku menyatakan Tuhan
itu ada.
Firman
Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Dan jika kamu tanya orang-orang kafir itu siapa yang
menjadikan langit dan bumi nescaya berkata mereka itu Allah
yang menjadikan……………"
( Surah Luqman : Ayat 25 )
|
| 2.
Qidam : Ertinya Sedia |
Pada
hakikatnya menafikan ada permulaan wujud Allah s.w.t kerana
Allah s.w.t. menjadikan tiap-tiap suatu yang ada, yang demikian
tidak dapat tidak keadaannya lebih dahulu daripada tiap-tiap
sesuatu itu. Jika sekiranya Allah Ta'ala tidak lebih dahulu
daripada tiap-tiap sesuatu, maka hukumnya adalah mustahil
dan batil. Maka apabila disebut Allah s.w.t. bersifat Qidam
maka jadilah ia qadim. Di dalam Ilmu Tauhid ada satu perkataan
yang sama maknanya dengan Qadim iaitu Azali. Setengah ulama
menyatakan bahawa kedua-dua perkataan ini sama maknanya
iaitu sesuatu yang tiada permulaan baginya. Maka qadim itu
khas dan azali itu am. Dan bagi tiap-tiap qadim itu azali
tetapi tidak boleh sebaliknya, iaitu tiap-tiap azali tidak
boleh disebut qadim. Adalah qadim dengan nisbah kepada nama
terbahagi kepada empat bahagian :
1 ) Qadim Sifati ( Tiada permulaan sifat Allah Ta'ala )
2 ) Qadim Zati ( Tiada permulaan zat Allah Ta'ala )
3 ) Qadim Idhafi ( Terdahulu sesuatu atas sesuatu seperti
terdahulu bapa nisbah kepada anak )
4 ) Qadim Zamani ( Lalu masa atas sesuatu sekurang-kurangnya
satu tahun )
Maka
Qadim Haqiqi ( Qadim Sifati dan Qadim Zati ) tidak harus
dikatakan lain daripada Allah Ta'ala.
|
| 3.
Baqa' : Ertinya Kekal |
Sentiasa
ada, kekal ada dan tiada akhirnya Allah s.w.t . Pada hakikatnya
ialah menafikan ada kesudahan bagi wujud Allah Ta'ala. Adapun
yang lain daripada Allah Ta'ala , ada yang kekal dan tidak
binasa Selama-lamanya tetapi bukan dinamakan kekal yang
hakiki ( yang sebenar ) Bahkan kekal yang aradhi ( yang
mendatang jua seperti Arasy, Luh Mahfuz, Qalam, Kursi, Roh,
Syurga, Neraka, jisim atau jasad para Nabi dan Rasul ).
Perkara
–perkara tersebut kekal secara mendatang tatkala ia
bertakluq dengan Sifat dan Qudrat dan Iradat Allah Ta'ala
pada mengekalkannya. Segala jisim semuanya binasa melainkan
'ajbu Az-zanabi ( tulang kecil seperti biji sawi letaknya
di tungking manusia, itulah benih anak Adam ketika bangkit
daripada kubur kelak ). Jasad semua nabi-nabi dan jasad
orang-orang syahid berjihad Fi Sabilillah yang mana ianya
adalah kekal aradhi jua. Disini nyatalah perkara yang diiktibarkan
permulaan dan kesudahan itu terbahagi kepada tiga bahagian
:
1)
Tiada permulaan dan tiada kesudahan iaitu zat dan sifat
Alllah s.w.t.
2) Ada permulaan tetapi tiada kesudahan iaitu seperti Arash
, Luh Mahfuz , syurga dan lain-lain lagi.
3) Ada permulaan dan ada kesudahan iaitu segala makhluk
yang lain daripada perkara yang diatas tadi ( Kedua ).
|
| 4.
Mukhalafatuhu Ta'ala Lilhawadith. Ertinya : Bersalahan Allah
Ta'ala dengan segala yang baharu. |
Pada
zat , sifat atau perbuatannya sama ada yang baru , yang
telah
ada atau yang belum ada. Pada hakikat nya adalah menafikan
Allah Ta'ala menyerupai dengan yang baharu pada zatnya ,
sifatnya atau perbuatannya.
Sesungguhnya zat Allah Ta'ala bukannya berjirim dan bukan
aradh Dan tiada sesekali zatnya berdarah , berdaging , bertulang
dan juga bukan jenis leburan , tumbuh-tumbuhan , tiada berpihak
,tiada ber-
tempat dan tiada dalam masa. Dan sesungguhnya sifat Allah
Ta'ala itu tiada bersamaan dengan sifat yang baharu kerana
sifat Allah Ta'ala itu qadim lagi azali dan melengkapi ta'aluqnya.
Sifat Sama' ( Maha Mendengar ) bagi Allah Ta'ala berta'aluq
ia pada segala maujudat tetapi bagi mendengar pada makhluk
hanya pada suara sahaja. Sesungguhnya di dalam Al-Quraan
dan Al-Hadith yang menyebut muka dan tangan Allah s.w.t.
, maka perkataan itu hendaklah kita iktiqadkan thabit (
tetap ) secara yang layak dengan Allah Ta'ala Yang Maha
Suci daripada berjisim dan Maha Suci Allah Ta'ala bersifat
dengan segala sifat yang baharu.
|
| 5.
Qiamuhu Ta'ala Binafsihi : Ertinya : Berdiri Allah Ta'ala dengan
sendirinya . |
Tidak
berkehendak kepada tempat berdiri ( pada zat ) dan tidak
berkehendak kepada yang menjadikannya
Maka hakikatnya ibarat daripada menafikan Allah s.w.t. berkehendak
kepada tempat berdiri dan kepada yang menjadikannya.
Allah s.w.t itu terkaya dan tidak berhajat kepada sesuatu
sama ada
pada perbuatannya atau hukumannya.
Allah s.w.t menjadikan tiap-tiap sesuatu dan mengadakan
undang-
undang semuanya untuk faedah dan maslahah yang kembali kepada
sekalian makhluk .
Allah s.w.t menjadikan sesuatu ( segala makhluk ) adalah
kerana
kelebihan dan belas kasihannya bukan berhajat kepada faedah.
Allah s.w.t. Maha Terkaya daripada mengambil apa-apa manafaat
di atas kataatan hamba-hambanya dan tidak sesekali menjadi
mudharat kepada Allah Ta'ala atas sebab kemaksiatan dan
kemung-
karan hamba-hambanya.
Apa yang diperintahkan atau ditegah pada hamba-hambanya
adalah
perkara yang kembali faedah dan manafaatnya kepada hamba-hamba-
nya jua.
Firman
Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Barangsiapa berbuat amal yang soleh ( baik ) maka
pahalanya
itu pada dirinya jua dan barangsiapa berbuat jahat maka
bala-
sannya ( seksaannya ) itu tertanggung ke atas dirinya jua
".
( Surah Fussilat : Ayat 46 )
Syeikh Suhaimi r.a.h berkata adalah segala yang maujudat
itu dengan
nisbah berkehendak kepada tempat dan kepada yang menjadikannya
,
terbahagi kepada empat bahagian :
1) Terkaya daripada tempat berdiri dan daripada yang menjadi-
kannya iaitu zat Allah s.w.t.
2) Berkehendak kepada tempat berdiri dan kepada yang men-
jadikannya iaitu segala aradh ( segala sifat yang baharu
).
3) Terkaya daripada zat tempat berdiri tetapi berkehendak
kepada yang menjadikannya iaitu segala jirim. ( Segala zat
yang baharu ) .
4) Terkaya daripada yang menjadikannya dan berdiri ia pada
zat
iaitu sifat Allah Ta'ala.
|
|