Maka
hakikatnya ibarat daripada menafikan berbilang pada zat
, pada
sifat dan pada perbuatan sama ada bilangan yang muttasil
( yang ber-
hubung ) atau bilangan yang munfasil ( yang bercerai ).
Makna Esa Allah s.w.t. pada zat itu iaitu menafikan Kam
Muttasil pada
Zat ( menafikan bilangan yang berhubung dengan zat ) seperti
tiada zat
Allah Ta'ala tersusun daripada darah , daging , tulang ,urat
dan lain-lain.
Dan menafikan Kam Munfasil pada zat ( menafikan bilangan
yang ber-
cerai pada zat Allah Ta'ala )seperti tiada zat yang lain
menyamai zat
Allah Ta'ala.
Makna Esa Allah s.w.t pada sifat iaitu menafikan Kam muttasil
pada
Sifat ( menafikan bilangan yang berhubung pada sifatnya
) iaitu tidak
sekali-kali bagi Allah Ta'ala pada satu-satu jenis sifatnya
dua qudrat
dan menafikan Kam Munfasil pada sifat ( menafikan bilangan
–
bilangan yang bercerai pada sifat ) iaitu tidak ada sifat
yang lain
menyamai sebagaimana sifat Allah s.w.t. yang Maha Sempurna.
Makna Esa Allah s.w.t. pada perbuatan iaitu menafikan Kam
Muttasil pada perbuatan ( menafikan bilangan yang bercerai
–cerai pada
perbuatan ) iaitu tidak ada perbuatan yang lain menyamai
seperti
perbuatan Allah bahkan segala apa yang berlaku di dalam
alam semua-
nya perbuatan Allah s.w.t sama ada perbuatan itu baik rupanya
dan
hakikatnya seperti iman dan taat atau jahat rupanya tiada
pada hakikat-nya seperti kufur dan maksiat sama ada perbuatan
dirinya atau
perbuatan yang lainnya ,semuanya perbuatan Allah s.w.t dan
tidak
sekali-kali hamba mempunyai perbuatan pada hakikatnya hanya
pada
usaha dan ikhtiar yang tiada memberi bekas.
Maka wajiblah bagi Allah Ta'ala bersifat Wahdaniyyah dan
ternafi bagi
Kam yang lima itu iaitu :
1) Kam Muttasil pada zat.
2) Kam Munfasil pada zat.
3) Kam Muttasil pada sifat.
4) Kam Munfasil pada sifat.
5) Kam Munfasil pada perbuatan.
Maka tiada zat yang lain , sifat yang lain dan perbuatan
yang lain
menyamai dengan zat , sifat dan perbuatan Allah s.w.t .
Dan tertolak segala kepercayaan-kepercayaan yang membawa
kepada
menyengutukan Allah Ta'ala dan perkara-perkara yang menjejaskan
serta merosakkan iman.