ARTIKEL
PILIHAN
ISTIQAMAH
DAN TIDAK PUTUS ASA
Istiqamah
dan pengalaman masa muda
Dialog
di atas menunjukkan perkara-perkara yang berikut:
1.Cita-cita yang murni iaitu mahu menjadi anak yang soleh (orang
yang berjaya).
2.Cabaran yang di hadapi iaitu pengaruh hawa nafsu masa muda dan
pengaruh rakan-rakan.
3.Prinsip yang menjadi pegangan iaitu kebenaran (ajaran Islam
berteraskan ilmu, ibadah, solat, iman dan akhlak mulia).
4.Berjihad melawan pengaruh hawa nafsu dan pengaruh rakan-rakan.
5.Pendirian yang teguh dan tidak terpengaruh dengan pengaruh keseronokan
masa muda dan rakan-rakan (Istiqamah).
(Surah
As-Syura Ayat 15)
Ertinya
: Oleh kerana yang demikian itu, maka serulah (mereka wahai Muhammad
kepada beragama dengan betul), serta tetap teguhlah engkau menjalankannya
sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan janganlah engkau
menurut kehendak hawa nafsu mereka; sebaliknya katakanlah: "Aku
beriman kepada segala kitab yang diturunkan oleh
Allah,
dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu.
Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Tidaklah patut ada
sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu (kerana kebenaran
telah jelas nyata). Allah akan menghimpunkan kita bersama
(pada hari kiamat), dan kepadanyalah tempat kembali semuanya (untuk
dihakimi dan diberi balasan)."
PENGERTIAN
ISTIQAMAH
Istiqamah
bererti berpendirian teguh atas jalan yang lurus, berpegang pada
akidah Islam dan melaksanakan syariat dengan teguh, tidak berubah
dan berpaling walau dalam apa-apa keadaan sekalipun.
Daripada
pengertian ini dapat dirumuskan unsur-unsur utama istiqamah:
- Berpegang
pada akidah yang benar, aqidah ahli As-sunnah Waljamaah.
- Melaksanakan
tuntutan Syariat Islam berpandukan Al-Quran dan hadis Rasullallah
Sallallahu Alaihi Wassalam.
- Mempunyai
prinsip dan keyakinan yang tidak akan berubah atau goyah.
- Tidak
terpengaruh dengan dakyah dan godaan hawa nafsu dan syaitan.
- Tidak
tunduk pada tekanan demi melaksanakan tanggungjawab dan mempertahankan
kebenaran.
Istiqamah
menjadi tuntutan agama.
Sifat
yang mulia ini menjadi tuntutan Islam seperti yang diperintahkan
oleh Allah Taala dan Rasulnya .
(Surah
Fusilat Ayat ' 6)
Ertinya:
Katakanlah ( Wahai Muhammad ): "Sesungguhnya Aku hanyalah
seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepada Aku bahawa Tuhan
kamu hanyalah Tuhan yang satu; maka hendaklah kamu teguh di atas
jalan yang betul lurus (yang membawa kepada mencapai keredhaanya)......
(Rawahul
Muslim)
Ertinya:
Katakanlah: Saya beriman dengan Allah kemudian teguhkan
pendirian kamu.
Ruang
lengkap Istiqamah
Istiqamah
merupakan daya kekuatan yang diperlukan sepanjang hayat manusia
dalam melaksanakan tuntutan Islam, mulai daripada amalan hati,
amalan lisan dan anggota tubuh badan. Jelasnya, segala amalan
yang dapat dirumuskan dalam pengertian ibadah samada fardu ain
atau fardu kifayah memerlukan istiqamah:
Contoh
Istiqamah
- Istiqamah
dalam Iman dan melaksanakan tuntutan Iman.
- Istiqamah
dalam solat dan Ibadah-ibadah khusus yang lain.
- Istiqamah
dalam menegakkan kebenaran dan keadilan serta menentang kebatilan
dan kezaliman.
Istiqamah
dalam ibadah umum seperti belajar, berniaga dan membuat kerja-kerja
yang diizinkan oleh syaraq.
Dengan
matlamat untuk mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat serta
di redhai Allah Taala.
Tahap-tahap
Istiqamah
Ada
tiga tahap Istiqamah yang perlu berlaku serentak iaitu:
- Istiqamah
hati: sentiasa teguh dalam mempertahankan kesucian iman
dengan cara menjaga kesucian hati daripada sifat syirik, menjauhi
sifat-sifat cela seperti riak dan menyuburkan hati dengan
sifat terpuji terutamanya ikhlas. Dengan kata-kata lain
Istiqamah hati bermaksud mempunyai keyakinan yang kukuh terhadap
kebenaran. Firman Allah Taala.
(Surah
Al-Furqan ' ayat 32 )
Ertinya:
Dan orang-orang yang kafir berkata : "Mengapa tidak diturunkan
Al-Quran itu kepada Muhammad semuanya sekali ( dengan sekali gus
) ? diturunkan Al-Quran dengan cara yang demikian kerana
hendak menetapkan hatimu (wahai Muhammad) dengannya, dan kami
nyatakan bacaannya kepadamu dengan teratur satu persatu.
- Istiqamah
lisan: memelihara lisan atau tutur kata daripada kata-kata
supaya sentiasa berkata benar dan jujur, setepat kata hati
yang berpegang pada prinsip kebenaran dan jujur, tidak berpura-pura,
tidak bermuka-muka dan tidak berdolak dalik.
Istiqamah
lisan terdapat pada orang yang beriman, berani menyatakan dan
mempertahankan kebenaran dan hanya takut kepada Allah Taala.
Firman Allah Taala:
(Surah
Ibrahim ' Ayat 27)
Ertinya:
....Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan
kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.....
- Istiqamah
perubatan: Tekun berkerja atau melakukan amalan atau
melakukan
apa saja usaha untuk mencapai kejayaan yang di redhai
Allah.
Dengan kata-kata lain istikamah perbuatan merupakan sikap dedikasi
dalam melakukan sesuatu pekerjaan, perusahaan atau perjuangan
menegakkan kebenaran, tanpa rasa kecewa, lemah semangat atau putus
asa. Sikap ini menjadi begitu rupa kerana dorongan hati
yang istikamah.
Hikmat
Istiqamah
Istiqamah
merupakan sikap jati diri yang teguh dan tidak luntur oleh apa
jua pengaruh dan cabaran. Sikap ini membolehkan seseorang
itu terus berusaha untuk mencapai matlamat daripada usaha dan
pengorbanannya. Akhirnya sikap inilah yang menjadi faktor
utama kejayaan.
Dengan
kata lain istiqamah menjadi faktor pencapaian matlamat dalam apa
jua bidang sama ada bidang agama, siasah, ekonomi, pendidikan,
penyelidikan, perusahaan dan perniagaan. Peribahasa melayu
ada menyebutkan, "berpantang maut sebelum ajal."
Kejayaan
melaksanakan tuntutan iman dan matlamat amal Soleh dapat dicanai
dengan
sikap istiqamah seperti yang dinyatakan di dalam Al-Quran.
(Surah
Fusilat-Ayat 30-32)
Ertinya:
Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinan dengan berkata
: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh
di atas jalan yang betul, akan turunlah Malaikat kepada mereka
dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah
kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap
kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira
bahawa kamu akan beroleh Syurga yang telah di janjikan kepada
kamu."
"Kamilah
penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat;
dan kamu akan beroleh pada hari akhirat apa yang kamu ingini
oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh pada hari ituapa yang
kamu cita-citakan mendapatnya." "(pemberian-pemberian yang
serba mewah itu) sebagai sambutan penghormatan dari Allah Yang
Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani !"
Membentuk
Sikap Istiqamah
Sikap
Istiqamah dapat di bentuk dengan menanamkan unsur-unsur yang berikut
ke dalam diri:
1.Matlamat
yang unggul iaitu berjaya dalam kehidupan di dunia dan di
akhirat.
2.Semangat
dan daya juang yang tinggi serta tidak mudah mengalah atau berputus
asa.
3.Prinsip
yang benar berasaskan Al-Quran dan hadis Rasullallahi Sallallahu
Alaihi Wassalam.
4.Ilmu
dan maklumat yang cukup.
5.Strategi
yang kemas dalam perjuangan.
6.Usaha
yang berterusan.
7.Yakin
kepada takdir dan janji Allah Taala.
8.Berdoa
dan bertawakal.
9.Bersyukur
dan redha.
Sikap
ini dapat diteladani daripada Rasullallah Sallallahu Alaihi Wassalam,
para sahabat, para mujahid, syuhada" dan salihin seperti yang
tertera di dalam gambaran sejarah.
Manusia
dalam perjuangan hidup
Perjuangan
dalam hidup manusia amat luas daerahnya. Ada perjuangan
yang kecil dan ada perjuangan yang besar. Contoh perjuangan
yang kecil ialah apa jua usaha yang dilakukan untuk mencapai kejayaan
dalam kehidupan di dunia. Sedangkan perjuangan yang besar
ialah segala usaha untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan di
dunia. Sedangkan perjuangan yang besar ialah segala usaha
untuk mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat. Asas bagi
menentukan kecil atau besar tahap perjuangan itu ialah:
1.Matlamat
perjuangan.
2.Halangan
atau cabaran terhadap perjuangan.
3.Risiko
atau pengorbanan yang diperlukan.
Namun
begitu ada orang yang keliru. Mereka meletakkan perjuangan
untuk mencapai kejayaan di dunia sebagai perjuangan yang utama
dan mengabaikan perjuangan untuk mencapai kejayaan di akhirat.
Sebenarnya orang yang berusaha untuk mencapai kejayaan di dunia
sahaja adalah orang yang akan mendapat kerugian di dunia dan di
akhirat, sedangkan orang yang berusaha untuk mencapai kejayaan
di akhirat sebenarnya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.
Firman Allah Taala:
(Surah
Al-Hadid" Ayat 20-21)
Ertinya:
Ketahuilah bahawa apa (yang dikatakan) kehidupan di dunia itu
tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata permainan
dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang),
juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah diantara kamu
( dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan ) serta berlumba-lumba
membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad
waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan) tanaman yang
menghijau subur) menjadikan penanaman suka dan tertarik hati kepada
kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa
yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya
ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa)
di akhirat ada azab yang berat (disediakan bagi golongan yang
hanya mengutamakan kehidupan di dunia itu), dan (ada pula) keampunan
besar serta keredhaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang
yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan
di dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang
terpedaya.
Berlumba-lumba
kamu (mengerjakan ama-amal yang baik) untuk mendapat keampunan
dari Tuhan kamu, dan mendapat Syurga yang bidangya seluas segala
langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman
kepada Allah dan Rasul-rasulnya; yang demikian ialah limpah kurnia
Allah, diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakinya; dan Allah
sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar .
Malangnya
ada pula orang yang tidak mempunyai perjuangan lansung dalam hidupnya,
mereka hanyut bagaikan kiambang di sungai. Mereka diracuni
oleh fahaman jabariah iaitu berserah pada takdir tanpa usaha,
atau mereka mengikut arus dan perubahan zaman tanpa prinsip dan
pendirian, iman mereka rapuh, amal ibadah mereka tidak menetap
dan akhlak mereka dicorakkan oleh berbagai-bagai budaya.
Istqamah
dalam perjuangan
Perjuangan
yang suci di redhai Allah tidak terlepas daripada cabaran terutamanya
perjuangan menegakkan Islam sama ada dalam diri, dalam keluarga
dan dalam masyarakat. Cabaran itu hanya akan dapat di atasi
oleh semangat jihad yang tinggi, beristiqamah, bersabar dan tidak
berputus asa.
Firman
Allah Taala:
(Surah
Yusof ' Ayat 87)
Ertinya:
Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan
Allah. Sesungguhya tidak berputus asa dari rahmat
dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir.
CONTOH
HALANGAN TERHADAP USAHA DAN CITA-CITA, CARA MENGATASI DAN SIKAP
ISTIQAMAH
Bil
|
Halangan
|
Cara
mengatasi
|
Istiqamah
|
|
1.
|
Halangan
diri sendiri seperti malas, takut, gagal, rendah semangat,
malu, tahap pencapaian rendah.
|
1.
Ubah sikap
2.
Disiplinkan diri
3.
Bina keyakinan
|
1.
Kuatkan azam
2.
Berusaha dengan tetap dan bersungguh-
sungguh.
3.
Tidak patah semangat.
4.
Tidak kecewa dan putus asa.
5.
Tabah dan sabar menghadapi cabaran dan ujian.
6.
Sentiasa berfikir.
7.
Banyak berzikir dan berdoa kepada Allah Taala.
8.
Bertawakal dan bersyukur.
|
|
2.
|
Halangan
orang lain seperti gangguan, pengaruh, menolak peluang
dan tidak mahu berkerjasama.
|
1.
Baiki cara berkomunikasi.
2.
Tegas.
3.
Bina harga dir.i
4.
Tunjuk kesungguhan.
5.
Buktikan kemampuan diri.
|
|
3.
|
Halangan
suasana yang tidak selesa atau tidak sesuai.
|
1.Jadualkan/rencanakan
kegiatan mengikut keadaan.
2.
Ambil peluang pada waktu yang yang selesa dan sesuai.
3.
Cari suasana yang selesa di tempat lain.
4.
Gunakan teknik yang sesuai.
|
|
|
Halangan
wang atau kebendaan.
|
1.
Semak dan atur semula cara perbelanjaan.
2.
Gunakan kaedah yang paling sihat dan berkesan.
3.
Dapatkan bantuan dari orang atau pihak lain.
|