Amalan-amalan
ibadat sama ada yang fardhu mahupun yang sunat pada bulan
Jamadil Akhir adalah sama dengan bulan-bulan yang lain.
Tiada amalan-amalan yang khusus yang dianjurkan oleh Islam
dalam bulan ini. Walau bagaimanapun, kita digalakkan untuk
meningkatkan amalan dari masa ke semasa walau dalam bulan
mana sekalipun.
Terdapat
banyak lagi amalan sunat yang belum lakukan atau belum berkesempatan
untuk melakukannya. Maka yang demikian, pada bulan ini adalah
masa yang sesuai untuk kita mengamalkan ibadah-ibadah sunat
yang mungkin kita belum atau tidak berkesempatan untuk melakukannya
sebelum ini. Di samping kita menjaga dan meningkatkan kualiti
amalan-amalan wajib, kita juga digalakkan agar memperbanyakkan
amalan-amalan sunat yang kita ketahui. Amalan-amalan sunat
adalah sebagai penampung atau pelengkap kepada amalan-amalan
wajib kita.
Di
antara amalan-amalan sunat yang menjadi amalan Rasulullah
s.a.w. sepanjang tahun ialah solat tahajjud, solat nafilah,
puasa Isnin dan Khamis, sedekah, membaca Al-Qur’an dan lain-lain
lagi.