ARTIKEL
PILIHAN
JIHAD
DAN PENGORBANAN
Jihad
dan jati diri
Jihad
memerlukan jati diri, ketegasan, keberanian dan kesungguhan menolak
segala nilai negatif daripada perbuatan yang sia-sja, mendatangkan
dosa dan perbuatan yang tidak bermanafaat seperti yang dicontohkan
di bawah ini. Ketegasan itu diikuti oleh amalan yang baik berguna
(Amal Soleh)

PENGERTIAN
JIHAD
Jihad
bermaksud segala usaha yang dilakukan dengan sepenuh daya dan
tenaga untuk mencapai matlamat dan cita-cita iaitu menegakkan
dan mempertahankan Islam pada diri, keluarga dan masyarakat serta
mendapatkan keampunan, rahmat dan keredhaan Allah Taala. Ringkasnya,
jihad ialah perjuangan dan pengorbanan suci berdasarkan prinsip
ajaran Islam untuk mencapai tujuan atau matlamat yang diredhai
Allah Taala. Daripada pengertian ini dapatlah dirumuskan sifat-sifat
seorang mujahid (pejuang):
1. Menyedari bahawa jihad merupakan suatu tanggungjawab mulia
yang mesti dilaksanakan sepanjang zaman.
2. Berpegang pada prinsip jihad iaitu jihad kerana Allah Taala.
3. Mempunyai matlamat yang suci dan jelas iaitu menegakkan syariat
Islam.
4. Mempunyai semangat perjuangan yang tinggi.
5. Sedia berkorban dengan diri dan harta dan bersedia menghadapi
risiko (akibat buruk) dengan sabar dan redha.
Jihad meliputi segala usaha yang diredhai Allah Taala seperti
jihad dengan hati, fikiran, kata-kata dan perbuatan; jihad dengan
ilmu dan pena, jihad dengan apa jua alat dan senjata yang dapat
dirumuskan sebagai jihad dengan diri dan harta benda. Jihad yang
suci dan sejati hanyalah jihad Fi Sabillillah iaitu jihad kerana
Allah Taala.
(Surah Al-Hujarat: ayat 15) Ertinya:
Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah
orang-orang yang percaya kepada Allah dan Rasulnya, kemudian mereka
(terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang
dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah
orang-orang yang benar (pengakuan imannya).
Jihad
melawan hawa nafsu
Jihad
melawan hawa nafsu merupakan jihad yang berat yang disebut oleh
Rasullallah Sallallahu Alaihi Wassalam sebagai Aljihadu Akbar
(Jihad yang besar). Ini tidaklah bermaksud bahawa jihad yang lain
tidak penting, tetapi jihad menentang hawa nafsu di anggap sebagai
jihad yang besar kerana: 1. Medan jihad (perjuangan) tidak terbatas
berdasarkan kemahuan hawa nafsu terlalu baik, nafsu menjadi tempat
syaitan bermaha raja lela dan nafsu mendorong manusia melakukan
keburukan dan maksiat. 2. Tempoh masa jihad tidak terhad iaitu
selama manusia masih hidup. 3. Jihad ini terlalu sulit dan sukar
kerana perjuangan ini berlaku antara manusia dengan dirinya. 4.
Musuh yang tidak dapat dilihat dan dirasa dengan pancaindera.
5. Jihad nafsu menjadi penentu dan pengawas bagi kejayaan jihad
yang lain.
Jihad
yang besar ini sebagai: Jihad membersihkan jiwa dan mensucikan
hati dan sifat-sifatnya yang rendah dan keji untuk diisi dengan
sifat-sifat yang mulia dan terpuji. Demikian juga, jihad untuk
membersihkan dan menyucikan jiwa dari kegelapan dan kekotoran
syirik untuk diisi dengan kejernihan dan sinar cahaya Tauhid.
Seterusnya jihad untuk mencapai kemuliaan Tauhid, keihklasan ibadah
dan kebersihan akhlak dan ketinggian budaya. Inilah nilai hidup
yang hakiki disisi Allah untuk mendapat keampunan, keredhaannya
dan rahmatnya yang tidak ternilai sekalipun dengan dunia ini dan
segala isinya. (Dr Harun Din)
JIHAD
DENGAN HATI
Jihad
dengan hati tanpa usaha atau tindakan zahir merupakan jihad yang
paling lemah. Orang yang mempunyai semangat jihad yang lemah akan
hanya berjihad dengan hati, apabila ia menghadapi masalah ajaran
sesat, murtad kebatilan, kemungkaran dan kezaliman. Inilah sikap
kebaikan orang Islam pada zaman sekarang, malahan ada yang sudah
hilang langsung cahaya jihad di dalam dirinya. Tahap semangat
jihad ini dapat diukur berdasarkan sabda Rasullallahi Sallallahu
Alaihi Wasallam.: Ertinya: Sesiapa saja yang melihat kemungkaran
hendaklah ia bertindak mengubahnya denga lisannya (kata-kata)
dan jika masih tidak berdaya, hendaklah ia mengubahnya dengan
hatinya, dan itu merupakan iman yang paling lemah. ( Hadis Riwayat
Bukhari dan Muslim )
JIHAD DENGAN KATA-KATA DAN PENA
Berjihad dengan kata-kata (lisan) dan pena (penulisan) mempunyai
medan yang amat luas kerana kedua-duanya merupakan alat komunikasi
(perhubungan) antara manusia yang amat mudah dilakukan dan amat
berkesan. Pendakwah, mubaligh, juru nasihat, juru runding, penceramah,
pensyarah dan guru berjihad dengan lidahnya. Sementara penulis,
penterjemah, karyawan dan sasterawan berjihad dengan penanya.
Dengan kata-kata dan pena mereka menyuruh manusia taat kepada
perintah Allah Taala sama ada suruhan atau larangan. Mereka mengajak
manusia melakukan perkara yang baik dan berfaedah dan meninggalkan
perkara buruk dan sia-sia serta maksiat. Mereka menyeru manusia
menegakkan kebenaran dan keadilan.
Firman
Allah Taala: (Surah Al-Imran: Ayat 104) Ertinya:
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah)
kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala
perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk
dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang
yang berjaya.
Sabda
Rasullallahi Sallallahi Alaihi Wassalam: Ertinya:
Jihad yang paling utama ialah berkata benar (adil) di hadapan
pemerintah yang zalim.
JIHAD
DENGAN HARTA
Jihad harta bermaksud bahawa manusia hendaklah menjadikan harta
itu sebagai alat utama untuk melakukan jihad Fi Sabilliilah dan
jangan sekali mereka menjadikan diri mereka sebagai hamba harta
dengan sifat bakhil dan tamak kepada harta sehingga tidak mahu
membelanjakan hartanya untuk berjihad Fi Sabillillah. Al-Quran
menyebut berulang kali jihad harta (Al Amwal) yang menyatakan
perintah Allah Taala kepada orang yang beriman supaya membelanjakan
hartanya untuk berjihad Fi Sabillillah. Pengorbanan dalam bentuk
harta ini ternyata amat bermakna dalam perjuangan menegakkan Islam
sejak zaman Rasullallah Sallallahu Alaihi Wasalam dan dengan harta
itu peperangan menentang musuh dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Tanpa harta medan jihad akan menjadi lapang dan orang yang telah
menawarkan diri untuk menguasai kekayaan dunia terus menguasai
seluruh kehidupan umat manusia seperti yang terjadi pada masa
sekarang; umat manusia dibelenggu kemiskinan, mundur dan menderita.
Jihad dengan harta akan dapat:
1. Membangun diri manusia menjadi maju.
2. Membangun keluarga dan menghapuskan kemiskinan.
3. membangun masyarakat dalam semua bidang.
4. Menjadikan umat Islam merdeka dan tidak bergantung kepada orang
lain.
5. Menjadikan umat Islam di segani dan di hormati.
6. Membolehkan segala usaha dan jihad dalam semua lapangan kehidupan
dilakukan dengan jayanya.
7. Membolehkan umat Islam menyahut apa jua cabaran masa kini dan
masa akan datang.
(Surah As-Saf ayat:10-11) Ertinya:
Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu
perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang
tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasulnya,
Serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan
harta benda dan diri kamu. Yang demikian itulah yang lebih baik
bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenar).
JIHAD DENGAN DIRI
Al-Quran berulang kali menyebutkan jihad harta yang diikuti oleh
jihad diri (Al Amwalu Wal Anfus) dengan pengertian bahawa harta
hanya akan bermakna dalam melaksanakan jihad apabila manusia sanggup
mengorbankan diri sebagai pengerak dan melaksana tuntutan jihad.
Diri itulah yang sebenarnya menjadi tumpuan utama jihad yang digerakkan
oleh kekuatan harta sebagai alat utama jihad. Gandingan antara
harta dan diri membolehkan jihad dalam apa bidang sekalipun mencapai
matlamatnya iaitu kejayaan yang diredhai Allah Taala.
Firman Allah Taala: (Surah At-Taubat:111) Ertinya:
Sesungguhnya Allah Taala telah membeli dari orang-orang yang beriman
akan jiwa mereka dan harta benda mereka bahawa dengan (balasan),
bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang
pada jalan Allah; maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan
terbunuh. (balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang
benar............................
MENGAPA
PERLU BERJIHAD
Jihad merupakan suatu agenda umat Islam yang berterusan yang wajib
dilaksanakan sepanjang zaman kerana musuh utama umat Islam terus
memerangi umat Islam. Musuh itu ialah syaitan yang menggunakan
nafsu manusia untuk menghalang mereka daripada beriman dan menerima
kebenaran Islam. Sebaliknya ia mendorong manusia menjadi syirik,
kufur dan melakukan maksiat. Oleh itu, selama ada syirik, kufur
dan maksiat, maka selama itu jihad nafsu dan jihad menentang kepercayaan
syirik, amalan kufur dan maksiat masih berterusan. Selain syaitan
yang mendorong manusia melakukan kemungkaran, umat Islam bertanggungjawab
menegakkan kebenaran, keadilan dan menentang kebatilan dan kezaliman.
Ini semua menuntut umat Islam meneruskan jihad sesuai dengan tanggungjawab
dan cabarannya.
Musuh_ Islam dari jenis manusia tidak akan rela umat manusia hidup
mengikut lunas_ Islam yang ditentukan oleh Allah Taala. Mereka
sentiasa menaruh dendam dan berusaha membawa kita hidup mengikut
cara mereka terutama pengaruh Yahudi dan Nasrani. Ini merupakan
cabaran utama umat Islam iaitu menyelamat umat Islam daripada
pengaruh Yahudi dan Nasrani, pengaruh ajaran sesat dan budaya
sekular (keduniaan) dan materialism (kebendaan) dalam berbagai-bagai
bidang, seterusnya menyelamatkan umat manusia daripada jalan yang
sesat. Jelasnya, jihad menjadi agenda dakwah Islamiah sepanjang
zaman.
Ditulis
semula oleh:
1. Hj. Kalamhamidi Bin Hj. Abu Bakar
2. Lila Hanizah Bt. Abdul Jalil