Kedudukan
Masjid Dalam Islam
Masjid
adalah sebuah bangunan yang dikhaskan untuk melakukan amal
ibadat kepada Allah Subhanahu Wata’ala, dan ia merupakan
tempat yang mulia dan suci dalam Islam.
Selain
dari menjadi lambang kepada syiar Islam, masjid juga sebagai
pusat bagi mengembangkan ajaran-ajaran Islam, pusat perhimpunan
yang menyatupadukan umat Islam kerana di dalamnya umat Islam
dapat beribadat dengan lebih khusyuk dan tawaduk, dapat
mengerjakan sembahyang berjemaah, memperolehi ilmu pengetahuan
dan dapat menerima nasihat dan pengajaran demi untuk kebaikan
dan kesejahteraan mereka di dunia dan di akhirat.
Justeru itulah usaha yang mula-mula sekali dibuat oleh Rasulullah
s.a.w. semasa baginda berhijrah ke Madinah al-Munawwarah,
ialah mendirikan masjid Quba', iaitu sebuah masjid yang
disifatkan oleh Allah di dalam Al-Quran sebagai masjid yang
didirikan atas dasar takwa.
Firman Allah,
Ertinya,
sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar takwa semenjak
mula-mula dibina adalah lebih patut engkau mendirikan sembahyang
di dalamnya. Di dalam masjid itu terdapat beberapa orang
lelaki yang suka supaya dirinya bersih, sedang Allah kasih
kepada orang yang bersih.
Firmannya lagi,
Ertinya,
manakah yang lebih baik, orang yang mendasarkan pembinaan
masjidnya atas takwa kepada Allah dan keredhaannya,
atau orang yang mendasarkan pembinaan masjidnya di atas
tepi jurang yang runtuh sehingga ia jatuh bersama-samanya
dalam neraka jahanam ? sedang Allah tidak memberi petunjuk
kepada kaum yang aniaya.
Kemudian
tidak lama selepas Rasulullah menetap di Madinah baginda
mendirikan sebuah .lagi masjid di bandar Madinah yang lebih
terkenal dengan Masjid an Nabawi yang juga disifatkan oleh
baginda sebagai "masjid yang telah dibina atas dasar
takwa". Sebagaimana diterangkan oleh baginda di dalam
hadisnya yang diriwayatkan oleh Al-Tarmizi dalam "Syarhu
Jamiu At-Tarmizi."
Memandangkan
kepada pentingnya pembinaan masjid dalam perkembangan
agama Islam Rasulullah telah menggalakkan umatnya supaya
mendirikan masjid di mana sahaja mereka berkampung, sebagaimana
yang diterangkan di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan
oleh Saidatina Aishah Radiallahu Anha, katanya ;
Etinya
;Rasulullah s.a.w. telah menyuruh umatnya mendirikan masjid
di tempat-tempat perkampungan dan hendaklah sentiasa dibersihkan
dan diharumkan
(
Ahmad dan Abu daud dan Al-Tarmizi )
Dalam
hadis yang lain pula Rasulullah telah menerangkan kelebihan
orang yang mendirikan masjid atau balasan yang akan didapati
oleh orang-orang yang mendermakan hartanya untuk mendirikan
masjid seperti tersebut di dalam sebuah hadis :
Dari
Usman Radiallahu Anhu katanya Rasulullah s.a.w. telah bersabda
Ertinya: "barangsiapa membina sebuah masjid semata-mata
ikhlas kerana Allah Taala nescaya Allah taala akan membinakan
untuknya sebuah rumah di syurga."
Berdasarkan kepada ayat-ayat Al-Quran dan hadis tersebut
jelaslah bahawa seseorang yang hendak membuat amal jariah
mendirikan masjid atau mengeluarkan harta sebagai derma
mendirikan masjid mestilah dengan hati yang ikhlas semata-mata
kerana Allah sebagaimana yang dicontohkan oleh nabi Muhammad
s.a.w.. Seterusnya elakkan diri dari mengandungi niat atau
tujuan yang kotor yang tidak diredhai oleh Allah.
Sebagaimana firmannya ;
Ertinya ;Di antara mereka terdapat juga orang-orang yang
mendirikan masjid untuk mendatangkan mudarat dan kufur,
dan mencerai beraikan antara orang-orang yang beriman dan
sebagai pengintip kepada orang-orang yang memerangi Allah
dan Rasulnya semasa dahulu serta mereka bersumpah dengan
katanya, "Tiadalah kami bermaksud untuk memperbuat
masjid ini melainkan semata-mata kebaikan " sedang
Allah mengetahui bahawa mereka orang yang bohong.
Surah
At-Taubah ayat 107