Kelebihan
Masjid dan Orang-orang Yang Mengunjunginya
Setelah
jelas diketahui bahawa masjid mempunyai kedudukan yang istimewa
dan terpenting di dalam Islam kerana peranannya yang luas
terhadap syiar dan penyebaran ajaran-ajaran Islam , maka
sudah pastilah bahawa masjid-masjid itu adalah rumah yang
mulia dan suci yang mesti dipelihara dan dihormati
dengan sebaik-baiknya.
Lantaran itu orang yang selalu mendampingi masjid dan beribadat
di dalamnya disifatkan oleh Allah sebagai orang yang beriman
sebagaimana firman Allah di dalam Al-Quran ;
Ertinya ;
Hanya satu yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah
orang-orang yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, serta
mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan tidak takut
( kepada sesiapapun ) selain kepada Allah. Maka merekalah
orang-orang yang diharapkan termasuk ke dalam golongan orang-orang
yang mendapat petunjuk.
Ayat Al-Quran ini dikuatkan lagi dengan hadis-hadis daripada
Rasulullah di antaranya, sabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi
Wasallam
Ertinya :
masjid itu rumah ( tempat ibadat ) bagi tiap-tiap orang
yang beriman. Dalam hadis yang lain
Rasulullah ada bersabda ;
Ertinya ;
"Apabila
kamu melihat akan lelaki yang melazimkan ( membiasakan
) diri ke masjid maka saksikanlah baginya dengan iman".
Dari Usman Radiallahu Anhu katanya Rasulullah s.a.w. telah
bersabda Ertinya:
"Sesiapa yang membina sebuah masjid dengan hati
yang ikhlas kerana Allah taala nescaya Allah akan membina
sebuah rumah di syurga."
Ertinya ;
Dari Abu Musa Al Ashari Radiallahu Anhu katanya ,Rasulullah
Sallallahu 'alaihi Wasallam bersabda :"Orang yang
lebih besar pahalanya dalam mengerjakan sembahyang ( masjid
) ialah yang lebih jauh serta yang lebih jauh lagi perjalanan
( dari tempatnya ke masjid ).