Sidang
Jumaat yang dimuliakan,
Beberapa
hari sahaja lagi Ramadhan datang lagi dengan seribu
rahmat dan kenikmatan yang diturunkan oleh Allah kepada
umat Nabi Muhammad S.A.W, sepertimana sabda Rasullullah
S.A.W yang bermaksud Ramadhan adalah untuk umatku.
Dengan itu kedatangan Ramadhan ini Wajib disambut
dengan sebaik-baik amalan tanda bersyukur hamba kepada
anugerah Allah yang mengkhususkan Ramadhan itu kepada
umat Nabi Muhammad S.A.W. Bagi orang yang soleh, kedatangan
Ramadhan sangat ditunggu-tunggu sebaliknya bagi orang
yang lemah imannya kedatangan Ramadhan adalah suatu
yang menyukarkan dan memberatkan.
Sidang
Jumaat yang dimuliakan,
Firman
Allah Surah Al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud :
"
Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas
kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang
yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa".
Oleh
itu Ramadhan yang disyariatkan kepada umat Nabi Muhammad
S.A.W adalah untuk menguji sejauh mana ketaqwaan seseorang
kepada Allah Taala. Apabila datangnya Ramadhan semua
umat Islam tidak kira di mana sahaja mereka berada
tidak kira apa warna kulit tidak kira apa jua bangsa
diwajibkan berpuasa selama sebulan.
Sidang
Jumaat yang dirahmati Allah,
Pada
hari ini mimbar Jumaat akan membicarakan tajuk "
Puasa Yang Diberkati".
Apabila
kita memperkatakan puasa, adakah ia setakat tuntutan
menahan diri daripada makan dan minum sahaja ? Maka
Islam telah menjadikan puasa yang diberkati dan diterima
mesti memenuhi beberapa syarat. Al-Imam Al-Ghazali
membahagikan puasa itu kepada beberapa peringkat :
Pertama
; Puasa Umum
Ialah
puasa orang yang menahan lapar dan dahaga serta menahan
nafsu daripada jimak sepertimana sabda Rasullullah
S.A.W yang bermaksud :
"
Berapa banyak orang berpuasa tetapi tidak mendapat
apa-apa manfaat daripada puasanya melainkan lapar
dan dahaga".
Yang
dimaksudkan berpuasa tahap ini ialah mereka berpuasa,
tetapi dalam masa yang sama mereka melakukan perkara-perkara
yang keji. Mereka melakukan penipuan dan berbagai-bagai
lagi dan yang lebih malang bila tiba bulan Ramadhan
terdapat di kalangan umat Islam yang ditangkap kerana
makan di khalayak ramai. Keadaan ini mencemarkan Islam
dan memberi gambaran betapa rendahnya akhlak mereka
dan lemahnya pegangan mereka kepada agama.
Kedua
; Puasa Khusus
Puasa
bukan setakat lapar dan dahaga sahaja tetapi mereka
juga menahan seluruh pancaindera daripada perkara
yang boleh membatalkan puasa meraka. Mereka menempuh
ujian bulan puasa dengan penuh kesabaran sepertimana
sabda Rasullullah S.A.W yang bermaksud : "
Puasa itu separuh kesabaran ".
Firman
Allah Dalam Surah Al-Zumar Ayat 10 yang bermaksud
:
"
Bahawasanya orang orang yang sabar sahaja yang akan
disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira".
Ketiga
; Puasa Khusus Al-Khusus
Mereka
yang berpuasa bukan setakat menahan lapar dan dahaga
dan menegah pancaindera dari perkara yang membatalkan
puasa dan mencacatkan pahala puasa mereka bahkan mencekalkan
hati mereka daripada terus lalai dari mengingati Allah
dan terpesona dengan tipu daya dunia.
Sidang
Jumaat Yang Berbahagia,
Tanda
puasa seseorang diberkati oleh Allah apabila puasa
yang dilakukan itu menambahkan iman. Firman Allah
yang bermaksud "Mudah-mudahan akan bertambah
ketaqwaan kamu". Walaupun dilakukan di dalam
beberapa hari yang tertentu sudah cukup untuk membentuk
peribadi dan menegah nafsu-nafsu yang tercela. Begitu
juga membentuk manusia yang berpura-pura mempunyai
sifat-sifat yang terpuji seperti sifat pemurah, tidak
berfikir akan menjadi miskin apabila membelanjakan
harta ke jalan kebajikan, sifat bantu-membantu, ikhlas
dan lain-lain lagi.
Sifat-sifat
ini bukan bukan sahaja bermusim pada bulan Ramadhan
sahaja tetapi berkekalan sehingga sepanjang hayat.
Sabda Rasullullah S.A.W yang bermaksud " Sebaik-baik
sedekah ialah sedekah pada bulan Ramadhan".
Firman
Allah Dalam Surah Al-Rada Ayat 22 Yang Bermaksud
:
"Dan
orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredhaan
tuhan mereka semata-mata, dan mendirikan sembahyang,
serta mendermakan dari apa yang kami kurniakan kepada
mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, dan
mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik,
mereka itu semua adalah disediakan baginya balasan
yang sebaik-baiknya pada hari Akhirat".
Tanda
puasa yang diberkati juga adalah apabila ibadah yang
dilakukan seseorang dapat membendung sifat-sifat mazmumah
seperti sifat bakhil, mengikut hawa nafsu ketika belanja,
membazir dalam makan dan minum dan lain lagi sifat
yang keji.
Firman
Allah dalam Surah Al-Israk Ayat 27 yang bermaksud
"Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah
saudara-saudara syaitan, Sedangkan syaitan itu pula
adalah makhluk yang sangat kufur kepada tuhannya".
Sidang
Jumaat Yang Dimuliakan,
Kesimpulannya,
kedatangan Ramadhan janganlah dibiarkan berlalu begitu
sahaja tanpa dipenuhi dengan amalan amalan yang
berfaedah dan janganlah puasa Ramadhan itu berlalu
dengan dipenuhi perkara yang melalaikan dan terkeluar
daripada batasan Islam.