TAJUK:
ETIKA MEMARTABATKAN MASYARAKAT
TARIKH: 15 DISEMBER 2000
Dewasa
ini pembangunan di bandar besar dan utama pesat membangun,
deretan kedai, rumah kediaman dan pusat-pusat membeli
belah tumbuh bagai cendawan di musim hujan. Semua ini
menggambarkan manusia perlukan tempat tinggal bagi melindungi
dari panas matahari dan kesejukan malam secara tidak
langsung memberikan kemudahan kepada masyarakat terutamanya
umat Islam.
Namun
demikian ditengah-tengah pembangunan yang pesat ini
kedapatan juga umat Islam kurang memahami atau tidak
mahu memahami ajaran yang merupakan cara hidup yang
paling sempurna, diakui dan diterima oleh Allah subhanahua
ta'ala. Dalam surah Al-Imran ayat 85.
Maksudnya
:
'Siapa yang menganut agama selain daripada agama
Islam maka tidak akan diterima (selama-lamanya) dan
dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi
'
Saudara
kaum muslimin,
Islam
telah menggariskan beberapa adab etika di dalam kehidupan
harian yang di antara lain berusaha untuk memartabatkan
agama yang diakui oleh Allah azzawajalla sebagai contoh
Islam telah menggariskan etika tentang peraturan perubahan
tempat kediaman dan tempat kediaman dan tempat tinggal
yang pada dasarnya adalah bertujuan melahirkan keamanan
, ketenteraman dan merapatkan hubungan silaturrahim
di antara jiran. Umat Islam dilarang menyakiti hati
atau mengkhianati jiran tetangga.
Firman Allah dalam surah An-Nur ayat 27-28 yang bermaksud
:
' wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk
ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu sehingga
kamu terlebih dahulu meminta izinnya dan memberi salam
kepada penghuninya. Yang demikian itu adalah lebih baik
bagi kamu supaya kamu beringat (mematuhi cara dan peraturan
yang sopan itu), maka sekiranya kamu tidak mendapati
sesiapa yang berhak memberi kebenaran maka janganlah
kamu masuk ke dalam rumah itu sehingga kamu diberi keizinannya
dan jika dikatakan kepada kamu, pulanglah maka hendaklah
kamu berundur balik, cara yang demikian adalah lebih
suci bagi kamu dan ingatlah Allah amat mengetahui apa
yang kamu lakukan '
Daripada
maksud ayat diatas dapatlah difahami bahawa Allah telah
menggariskan adab dan peraturan untuk berziarah atau
bertamu supaya perkara yang tidak diingini berlaku terutama
sekali semasa ketiadaan ketua rumah yang berhak memberikan
keizinannya. Ini adalah kerana Islam berkehendakkan
masyarakatnya dalam keadaan harmoni dan kesentosaan
hidup yang akhirnya melahirkan kehalusan budi pekerti
umat Islam serta ketinggian maruah mereka.
Rasulullah
adalah contoh ikutan yang terbaik dan unggul dalam menghormati
dan menunaikan hak-hak jiran. Baginda menetapkan beberapa
peraturan tertentu sebagai aturan Islam dalam urusan
berjiran, bersahabat, bermasyarakat dan bernegara. Namun
ada yang tidak menghormati dan memusuhi jiran, kita
lupa dengan pesanan Allah yang terkandung dalam surah
An-Nur ayat 27-30 yang di antara intisarinya ialah :
1.
Meminta izin dan memberi salam
2.
Mematuhi arahan tuan rumah;serta
3.
Menjaga pandangan mata daripada melihat benda-benda
haram dan memelihara kehormatan jiran.
Sidang
jumaat yang dirahmati Allah,
Memandangkan
kepentingan dan kedudukan akhlak, dalam Islam para ulama’
telah meletakkan kedudukan akhlak sebagai salah satu
perkara dasar dalam Islam selepas akidah dan syariah.
Ianya mempunyai pertalian yang erat dengan akidah seseorang
dan penghayatan terhadap syariah yang diturunkan Allah.
Akhlak diibaratkan sebagai penyubur dan buah yang terhasil
dari pokok keIslaman yang terdapat dalam diri seseorang
muslim. Ketiadaan akhlak juga diibaratkan sebagai pokok
yang tidak berbuah. Oleh yang demikian, ketiadaan akhlak
dalam diri seseorang muslim dikaitkan dengan ketiadaan
agama, sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud,
' agama itu adalah keelokan akhlak '.
Sidang
jumaat yang dirahmati Allah,
Untuk
menyuburkan akhlak, maka pendidikan iman yang diibaratkan
sebagai baja kepada pokok adalah perlu melalui zikrullah,
bertasbih, bertahmid, bertahlil dan sebagainya juga
melalui amalan yang difardukan seperti menunaikan solat
pada waktunya. Firman Allah ta’ala dalam surah
Ar-Ra’du ayat 28
Maksudnya
: ' Iaitu orang yang beriman dan tenang tenteram
hati mereka dengan mengingati Allah, ketahuilah dengan
mengingati Allah boleh memberi ketenangan kepada hati-hati
manusia '
Selain
daripada itu umat Islam perlu menjadikan Rasulullah
contoh ikutan terbaik (qudwatun hasanah) kerana kemuliaan
peribadi Rasulullah memang tiada tolok bandingannya.
Allah subhanahua ta’ala telah berfirman dalam
surah Al-Qalam ayat 4
Maksudnya
: ' Sesungguhnya engkau, (wahai muhammad) memiliki
akhlak yang mulia '
Firman
Allah lagi dalam surah Al-Akhzab ayat 21 yang bermaksud
: ' Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri
Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang
yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan
baik hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati
Allah banyak-banyak dalam masa susah dan senang.