TAJUK: AMANAH
SEORANG MUSLIM
TARIKH: 3
NOVEMBER 2000 (6 SYA'BAN 1421)
Sidang
jumaat yang dihormati Allah,
Amanah
adalah satu hak yang dipertanggungjawabkan kepada
seseorang samada tanggungjawab itu milik Allah (hak
Allah) mahupun hak manusia (hak insan) baik berupa
pekerjaan mahupun perkataan dan pekerjaan hati.
Pengertian
amanah bererti menempatkan sesuatu pada tempatnya
yang wajar, seperti sesuatu kedudukan tidak diberikan
kecuali kepada orang yang betul-betul berhak dan
yang betul-betul mampu menunaikan tugas dan kewajipannya
dengan benar.
Kebaikan
orang awam suka menyempitkan pengertian amanah hanya
menjaga urusan yang melibatkan kewangan sahaja bahkan
pengertian amanah di dalam Islam cukup luas dan
berat pertanggungjawabkan.
Sabda
Rasulullah s.a.w. dari riwayat Al-Bukhari yang bererti
: " Kamu sekalian adalah pemimpin dan kamu juga
akan diminta bertanggungjawab tentang apa yang kamu
pemimpin, ketua atau imam adalah pemimpin dan ia
akan diminta tanggungjawab tentang apa yang dipimpin.
Suami adalah pemimpin di dalam keluarganya, dan
dia akan bertanggungjawab tentang apa yang dipimpin.
Isteri juga dipimpin, dalam mengendalikan rumahtangga
suaminya dan dia juga akan ditanya tentang apa yang
dipimpinnya, dan pembantu rumahtangga juga pemimpin
dalam mengawasi harta benda majikannya dan dia juga
akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya.
Dari
hadis ini jelaslah bahawa tiap-tiap orang tidak
dapat melepaskan diri dari tanggungjawab, dan tiap-tiap
orang tidak dapat melepaskan tugasnya terhadap masyarakat
dan semuanya akan ditanya oleh Allah apakah tanggungjawab
kita itu dapat dilaksanakan dengan baik atau tidak.
Sidang
jumaat yang dihormati Allah,
Terdapat
satu kisah yang telah diceritakan oleh Abdullah
Ibnu Dinar " pada suatu hari, saya berjalan bersama
Khalifah Umar Al-Khatab di Mekah, waktu itu saya
bertemu dengan seorang budak pengembala kambing
yang sedang mengembala kambingnya. Kemudian Saidina
Umar berkata kepada budak pengembala kambing itu
: " juallah kambing itu kepadaku " budak itu menjawab
:
"
kambing ini bukan kambingku, tetapi kepunyaan tuanku
". Kemudian Saidina Umar sekali lagi cuba
menawarnya : " Bukankah engkau dapat mengatakan
kepada tuan engkau, bahawa satu di antaranya telah
dimakan serigala, dan pasti tuan engkau tidak akan
mengetahuinya. " Tidak, saya tidak mahu, " kata
budak itu, " sesunggguhnya Allah maha mengetahui
". Kemudian setelah mendengar yang demikian, menangislah
Saidina Umar dan berkata kepada pengiringnya supaya
memanggil tuannya, Saidina Umar telah membeli budak
itu lalu dibebaskan oleh beliau, dengan berkata
: " Sejak hari ini engkau bebas merdeka di dunia
dan engkau akan lapang di akhirat ".
Sabda
Rasulullah s.a.w. seperti mana yang telah diberitahu
oleh Anas bin Malik yang bermaksud : Tidak sempurna
iman seseorang yang tidak dapat dipercayainya. Dan
tidak sempurna agama orang yang tidak menunaikan
janji.
Firman
Allah subhanahua ta'ala dalam surah An-Nisa'ayat
58 yang berbunyi :
Maksudnya
: " Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan
amanah kepada orang yang berhak menerimanya, dan
(menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara
manusia supaya kamu menetapkannya dengan adil ".
Amanah
hendaklah diberikan kepada orang yang benar-benar
boleh melaksanakannya, kerana menurut hadis Rsulullah
s.a.w. dari riwayat Muslim : " Dari Abu Zhar, dia
berkata : " Saya berkata " : Ya Rasulullah mengapa
engkau tidak memilih saya. " Rasulullah bersabda
" hai Abu Zhar engkau seorang yang lemah, sedangkan
itu sebagai amanah pada hari kiamat hanya akan menjadi
penyesalan dan kehinaan. Kecuali orang yang dapat
menunaikan hak kewajipannya dan memenuhi tanggungjawabnya.
Hadis
di atas kita lihat dimana Abu Zhar ketika meminta
jawatan, tidak dipedulikan oleh Rasulullah. Kerana
amanah menuntut dan menghendaki kita memilih orang-orang
yang lebih baik untuk melaksanakan sesuatu pekerjaan.
Jika kita cenderung memilih yang lain secara tidak
berhati-hati, kerana mengamalkan sikap pilih kasih,
bermakna kita telah melakukan pengkhianatan yang
berat, kerana menyingkirkan orang yang ahli (mampu)
dan mengangkat orang yang bukan ahli. Sesungguhnya
kisah nabi Yusuf yang jujur, termaktub dalam Al-Quran
adalah satu pengajaran yang baik untuk dijadikan
pedomannya sepertimana firman Allah ta’ala
:
Maksudnya
: " Berkata Yusuf : " berikanlah kepadaku jawatan
perbendaharaan negara (Mesir) kerana sesungguhnya
aku adalah orang yang paling pandai menjaga, lagi
berpengetahuan ".
Dan
perhatikan riwayat hadis dibawah ini :
Yazid
bin Abu Sufiyan berkata : Telah berkata kepadaku
Abu Bakar r.a. diwaktu beliau mengutusku ke negeri
Syam : Hai Yazid ! sesungguhnya engkau mempunyai
kerabat, boleh jadi engkau mengutamakan mereka buat
memegang kekuasaannya, dan itulah yang aku khuatirkan
atasmu, kerana Rasulullah s.a.w. telah bersabda
yang bererti :"Barangsiapa menguasai sesuatu
dari urusan kaum muslimin, lalu dia memberi kuasa
kepada seseorang atas mereka kerana cintanya, maka
laknat Allah menimpa atasnya, Allah tidak diterima
daripadanya gantian dan tidak pula tebusan, sehingga
dia dimasukkan ke dalam neraka jahannam ". (Riwayat
Al-Hakim)
Sidang
hadirin yang dirahmati Allah,
Dalam
satu hadis Rasulullah s.a.w. digambarkan bahawa
kemusnahan akan berlaku sekiranya amanah diberikan
kepada orang yang bukan ahlinya. Hadis tersebut
yang bererti : Seorang lelaki datang kepada Rasulullah
s.a.w., bertanya tentang " bilakah terjadi kiamat
". Rasulullah s.a.w. menjawab : yang bermaksud
: " Apabila hilang amanah, tunggulah kiamat itu.
Orang itu bertanya lagi : Bagaimanakah keadaan itu
berlaku ? jawab Rasulullah s.a.w. : " iaitu apabila
sesuatu urusan diserahkan kepada orang yang bukan
ahlinya, maka tunggulah kiamatnya (kerosakan).
Untuk
memenuhi erti amanah, hendaklah manusia berlumba
menunaikan tugasnya dengan tegas dan bersungguh-sungguh
serta sebaik-baiknya dalam menyempurnakan satu amanah
yang dijunjung tinggi. Islam menyarankan supaya
manusia ikhlas bekerja dan suka memperhatikan hak-hak
manusia yang diamanahkan kepadanya, tidak memandang
ringan tugas yang diamanahkan.
Rasulullah
s.a.w. telah menjelaskan, tidak akan berlaku kiamat
yang lebih besar dan yang lebih buruk daripada khianat
seorang muslim yang diamanahkan memimpin urusan
manusia, tetapi kemudian dia mengabaikannya sehingga
semua urusan jadi terbiar dan sia-sia. Oleh itu
jangan kita menyalahgunakan kedudukan yang diberikan
untuk menarik keuntungan peribadi atau keluarga.
Sidang
jumaat yang dihormati Allah,
Memang
telah sewajarnya bagi pekerja tanpa mengira pangkat
mendapat imbuhan kaji sebagai ganjarannya, tetapi
berusaha mencari tambahan kaji atau upah dengan
jalan penyelewengan seperti rasuah adalah usaha
haram dan berdosa besar.
Sabda
Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :"barangsiapa
yang kami angkat menjadi penguasa (pemerintah) untuk
mengerjakan sesuatu, dan kami memberi upah menurut
semestinya, maka apa yang dia ambil lebih dari upah
yang sepatutnya adalah satu kesalahan "
(Riwayat
Abu Daud)
Firman
Allah dalam surah Al-Imran ayat 161 yang bermaksud
: " Tidak mungkin seorang nabi mengkhianati dalam
urusan rampasan perang itu, maka pada hari kiamat
dia akan datang membawa apa yang dikhianatinya;
kemudian tiap-tiap diri akan diberi pembalasan tentang
apa yang ia kerjakan dengan (pembalasan) setimpal,
sedangkan mereka itu tidak teranayai ".