Khutbah
pada hari ini akan membicarakan tajuk kerjasama
dan persefahaman dalam masyarakat.
Agama
Islam sangat menitikberatkan kepada umatnya
supaya hidup saling bekerjasama dan bersefahaman
dalam masyarakat. Kerana itulah satu-satunya
cara yang boleh memberikan kehidupan yang aman
damai dan sejahtera kepada kita. Tanpa adanya
kerjasama dan persefahaman kita tidak akan dapat
merasai nikmat perpaduan dan kebahagiaan dalam
hidup ini. Allah subhanahua ta'ala telah menegaskan
di dalam kitab suci Al-Quran, surah An-Nisa'ayat
110
Yang
bermaksud : 'Kamu wahai umat Muhammad adalah
sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi umat manusia
kerana kamu menyuruh berbuat segala perkara
yang baik dan melarang segala yang salah. Serta
kamu beriman kepada Allah dengan sebenar-benarnya.
Dari
ayat di atas jelaslah kepada kita bahawa kita
umat Islam, umat yang terbaik. Yang akan sentiasa
berusaha menzahirkan kebaikan dan menghapuskan
keburukan.Untuk menjayakan usaha ini, kita sebagai
umat Islam seharusnya bersatu dan bekerjasama
serta bersefahaman khususnya dikalangan masyarakat
kita sendiri. Janganlah sekali-kali di dalam
masyarakat ada perselisihan. Contohnya satu-satu
gerak kerja atau aktiviti kemasyarakatan di
dalam sebuah kampung atau tempat kediaman seharusnya
setiap anggota hendaklah turut melibatkan diri
bersama dengannya. Tidaklah wajar kita mengasingkan
diri dari masyarakat semata-mata kerana kurang
bersetuju dengan gerak kerja itu selagi ianya
tidak bercanggah dengan ajaran Islam.
Firman
Allah :
Maksudnya
: ' Hendaklah kamu bertolong-tolongan dalam
perkara kebaikan dan janganlah sekali-kali kamu
bertolongan dalam perkara kejahatan, bertakwalah
kepada Allah, sesungguhnya Allah, amat berat
siksaannya.
Saudara
kaum muslimin yang berbahagia,
Sesungguhnya
kebahagiaan dan kesejahteraan hidup di alam
dunia terletak kepada dua perkara iaitu hubungan
kita dengan Allah dan hubungan kita sesama manusia.
Ini bererti tidak akan bahagia dan sejahtera
hidup jika kita hanya menunaikan hak Allah subhanahua
ta’ala sedangkan hubungan kita sesama
manusia yakni masyarakat kita tidak terlaksana
dengan baik.
Seperti
ajaran Allah dalam firmannya dari surah Al-Imran
ayat 112
Yang
bermaksud : ' Dijatuhkan kehinaan ke atas
mereka walau dimana mereka berada kecuali yang
mempunyai dua pertalian iaitu pertalian dengan
Allah dan pertalian dengan manusia'.
Sidang
jumaat yang dimuliakan,
Masyarakat
kita, orang melayu sudah lama tertanam semangat
perpaduan dan persefahaman seperti kata pepatah,
bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana
muafakat. Ini dikuatkan lagi dengan ajaran agama
Islam yang kita anuti yang menghendaki supaya
kita bekerjasama dan bersefahaman. Rasulullah
s.a.w. bersabda yang bermaksud, hubungan orang
mukmin yang lain adalah seperti sebuah binaan
yang saling kuat menguatkan antara satu sama
lain.
Oleh
itu marilah bersama-sama kita merapatkan persefahaman
dalam masyarakat kita serta bekerjasama dalam
segala hal kemasyarakatan. Semoga dengan itu
dapat menikmati kehidupan yang harmoni, aman
damai dan sejahtera. Sebaliknya hindarilah segala
yang membawa perpecahan dan kelemahan. Allah
subhanahua ta’ala telah mengingatkan dalam
firmannya di dalam surah Al-Imran ayat 200 yang
bermaksud ' dan janganlah kamu berbantah-bantah
yang menyebabkan kamu lemah dan hilang kekuatan
dan bersabarlah, sesungguhnya Allah berserta
dengan orang-orang yang sabar '