TAJUK
:
SIFAT SABAR DAN KEINDAHANNYA
TARIKH
:
7 JULAI 2000 (5 RABIULAKHIR 1421)
Kaum
muslimin yang dihormati sekalian,
Tajuk
khutbah kita pada hari ini ialah sifat sabar
dan keindahannya.
Sidang
jumaat yang dirahmati Allah,
Ketakwaan
kepada Allah subhanahua ta'ala menuntut kita agar
mempunyai sifat sabar dan menguatkan kesabaran
kita sepanjang masa. Tanpa sabar mustahil seseorang
manusia itu mencecah kaki kegerbang takwa. Kerana
apabila kita menyebut takwa, bererti seseorang
mestilah tunduk, patuh dengan suruhan Allah dan
menjauhi segala larangannya. Sedang untuk melaksanakan
segala perintahnya dan meninggalkan segala tegahannya,
amat memerlukan kesabaran disamping sifat-sifat
lain.
Saudara
sidang jumaat yang berbahagia,
Sesungguhnya
sifat sabar itu bolehlah kita bahagikan kepada
tiga bahagian :
Pertama
– Sabar menjunjung titah perintah Allah
dan melaksanakan suruhannya
Kedua
– Bersabar terhadap larangan Allah dan meninggalkannya
Ketiga
– Bersabar ketika berhadapan dengan ujian
Allah di atas muka bumi ini
Kaum
muslimin yang dirahmati Allah,
Ketika
kita berusaha melaksanakan segala suruhan Allah,
sifat sabar itu amatlah penting kerana kesempurnaan
amal dan pekerjaan yang berkualiti akan terhasil
dengan kesabaran. Kita akan meninggalkan solat
lima waktu, kalau kita tidak sabar, kita tidak
akan melakukan puasa dibulan Ramadhan, sekiranya
kita tidak sabar, maka kita tidak sanggup berdakwah.
Jika kita tidak sabar, maka segala amalan-amalan
dan pekerjaan tidak akan terlaksana. Kalau tidak
disertai dengan kesabaran, walaupun kita amalkan
suruhan Allah, kemungkinan sekadar melepaskan
batuk di tangga sahaja, jika kita berwuduk, wuduk
yang tidak sempurna, jika kita mengangkat takbiratulikhram,
kita bertakbir dengan cara yang tidak sempurna.
Jika kita ruku' dan sujud, maka kita ruku' dan
sujud dalam keadaan tidak sempurna. Kerana kita
inginkan agar selawat kita cepat selesai walaupun
kurang atau tidak sempurna.
Begitulah
juga dengan kerja-kerja dakwah dan pendidikan.
Ramai pendakwah dan pendidik yang kurang sabar
atau tidak sabar dengan kerja-kerja baikan itu.
Cepat marah dengan telatah orang-orang yang di
dakwah dan didik itu. Kita lihat sekarang berapa
ramai para pendidik dan pendakwah yang hilang
ilmu saikologinya, hilang ilmu komunikasinya,
hilang ilmu meteordologi dakwahnya lantaran kerana
tidak sabar dengan karenah dan halangan-halangan
daripada orang-orang yang didakwahkannya atau
didikannya, walaupun anak-anak mereka sendiri.
Di
dalam kerja-kerja dakwah dan pendidikan sepatutnya
para pendidik dan pendakwah perlu banyak bersabar.
Bersabar menghadapi dugaan dan rintangan dan bersabar
menanti kejayaan usaha-usaha dan kerja mendidik
dan berdakwah itu. Kita perlu contohi sikap para
nabi dan rasul dalam menjalankan tugas mereka
berdakwah. Sebagaimana penjelasan dalam sebuah
hadis yang diriwayatkan oleh Abdul Rahman Abdullah
bin Mas'ud r.a. , yang bermaksud : aku masih terbayang
Rasulullah s.a.w. menceritakan tentang seorang
nabi daripada nabi-nabi sebelum Rasulullah yang
disiksa (pukul) oleh kaumnya hingga berlumuran
darah. Dia mengesat darah mukanya sambil membaca,
yang bermaksud ya Allah ampunilah kaumku oleh
kerana sesungguhnya mereka tidak mengetahui.
Daripada
riwayat hadis tersebut maka sudah tentu kita dapat
membayangkan betapa indahnya sifat sabar itu,
yang menjadi perhiasan kepada para nabi dan rasul.
Sabar dalam konteks ini bukan erti penakut atau
tidak ada kekuatan untuk melawan balas, tetapi
membayangkan kekuatan jiwa dan keimanan para nabi
kepada Allah subhanahua ta'ala dengan meyakini
bahawa hidayat itu adalah datangnya dari Allah.
Kita hanyalah petugas-petugas dalam usaha menyampaikan
dakwah yang mulia ini.
Saudara-saudara
sidang jumaat yang dimuliakan,
Keindahan
sabar ini amat nyata sekali apabila kita berjaya
menjauhkan diri mencegah diri sendiri mengerjakan
perkara-perkara mungkar walaupun kita berpeluang
melakukannya. Ramai orang yang mendakwa bahawa
dirinya akan bersabar dari melakukan kejahatan
dan kemungkaran. Dakwaan ini mungkin benar ketika
kita tidak berpeluang melakukan kejahatan. Tetapi
bagaimana kalau sekiranya kita berpeluang malah
diberi tawaran dan kemudahan untuk melakukan kemungkaran
. Kita tidak melakukan zina kerana kita tidak
berpeluang zina. Kita tidak melakukan pecah amanah,
ketika kita tidak berpeluang melakukannya. Tetapi
apakah kita tidak akan melakukan zina dan pecah
amanah walaupun kita berpeluang dan diberi peluang
untuk melakukannya ? Walaubagaimanapun janganlah
kita meminta kepada Allah agar kita diuji kesabaran
dan keimanan kita kerana kemungkinan kita tidak
dapat bersabar sebagaimana yang dikehendaki.
Saudara
kaum muslimin,
Satu
perkara lagi yang amat dituntut agar kita benar-benar
bersabar ialah ketika kita menghadapi musibah.
Kita dianggap orang yang berjaya apabila kita
benar-benar bersabar dalam menghadapi musibah.
Musibah ini ialah apa sahaja perkara yang kita
tidak suka, tidak senang dengannya. Dari sekecil-kecil
perkara hinggalah sebesar-besar perkara. Kita
kurang senang dan tidak sabar apabila kita gagal
mendapat sesuatu atau kita kehilangan sesuatu
atau terkurangnya sesuatu hak milik kita. Tidak
sabar menghadapi musibah ini menyebabkan ramai
dikalangan kita merasai hidupnya tertekan, putus
asa, jiwanya selalu memberontak, marah dengan
qada' dan takdir Allah, rendah diri dan sebagainya.
Tetapi alangkah indahnya hidup seorang yang beriman,
sentiasa bersabar menghadapi dugaan dan ujian
Allah. Dan sentiasa bertawakal kepada Allah subhanahua
ta'ala.
Firman
Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 156
Maksudnya
: " (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka
ditimpa oleh sesuatu kesusahan (musibah) mereka
berkata (sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan
kepada Allah jualah kami kembali) "
Saudara
sidang jumaat yang dihormati,
Sesungguhnya
manusia tidak terlepas daripada malapetaka dan
kesusahan dalam kehidupan seharian. Oleh itu bersabarlah
mudah-mudahan kita semua akan dirahmati Allah
diberi kemenangan di dunia dan akhirat. Sabda
Rasulullah s.a.w. dalam sebuah hadis riwayat Abu
Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. pernah
bersabda yang bermaksud : Tiada seorang muslim
pun yang tidak mengalami penderitaan, kesiksaan,
kebimbangan, dukacita, kemelaratan dan kesedihan
sehingga cucukan duri yang mengenainya melainkan
dihapuskan oleh Allah sebahagian daripada kesalahannya.
Firman
Allah di dalam surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud
: Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah
kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap
sedia diperbatasan negerimu dan bertakwalah kepada
Allah, supaya kamu mendapat keuntungan dari Allah.
Oleh
kerana itu sebagai kesimpulannya marilah kita
sama-sama sekali lagi mempertingkatkan kesabaran
dalam melaksanakan amanah Allah, menjauhkan larangannya
dan menghadapi segala yang menimpa diri.