TAJUK
KHUTBAH : RASUAH
TARIKH
BACAAN : 9 FEBRUARI 2001 / (15 ZULKAEDAH
1421)
Sidang
jumaat yang dihormati Allah,
Khutbah
pada hari ini membicarakan tajuk rasuah.
Firman
Allah subhanahua ta'ala telah menegaskan di dalam
kitab suci Al-Quran, surah Al-Baqarah ayat 188
yang bermaksud : " dan janganlah sebahagian
kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara
kamu dengan jalan yang batil dan janganlah kamu
membawa urusan harta itu kepada hakim supaya kamu
dapat memakan sebahagian harta orang lain dengan
jalan dosa padahal kamu mengetahui ".
Dari
maksud ayat di atas, Allah subhanahua ta'ala menjelaskan
kepada kita agar kita jangan memakan harta orang
lain dengan jalan yang salah atau batil, termasuk
makan harta orang lain dengan cara yang salah
iaitu menerima rasuah. Islam mengutuk semua perbuatan
rasuah, menipu, pecah amanah dan mungkir janji
atau sebarang sifat negatif yag merosakkan masyarakat.
Perbuatan itu mengeruhkan hubungan dalam masyarakat
dan mencacatkan hubungan dengan Allah. Mereka
yang melakukan jenayah rasuah didunia dan di akhirat,
sebaliknya mereka akan menerima siksaan yang berat.
Kaum
muslimin yang dikasihi,
Pengamal
rasuah akan sentiasa terdedah kepada risiko sakit
jiwa, akibat perasaan takut yang sentiasa menghantui
diri mereka. Secara tidak disedari mereka akan
hidup dalam keresahan dan menganggap orang lain
sebagai musuh yang ingin membongkar kesalahan
mereka. Hidup pengamal rasuah akan sentiasa diselubungi
kebimbangan. Di dalam Islam mereka yang menghadapi
masalah seperti ini dianggap menerima bala'. Keadaan
ini disifatkan sebagai satu penyiksaan batin di
dunia. Seseorang yang melakukan kesalahan samada
dengan masyarakat atau melanggar hukum Allah pasti
menghadapi tekanan jiwa sehingga dia menghentikan
perbuatan itudan bertaubat kepada Allah subhanahua
ta'ala.
Sidang
jumaat sekalian,
Perbuatan
rasuah dianggap sebagai melanggar amanah dan dalam
Islam melanggar amanah termasuk ke dalam
golongan munafik, Rasulullah s.a.w. menjelaskan
dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari
dan muslim yang bermaksud " tanda-tanda orang
munafik itu ada tiga, jika dia berkata-kata, dia
berdusta, apabila berjanji, dia mungkir, apabila
diberi amanah, dia khianati.
Baru-baru
ini kita dikejutkan dengan pembongkaran kes-kes
rasuah yang berlaku di agensi-agensi kerajaan.
Alangkah malangnya sekiranya rasuah berlaku kepada
pegawai-pegawai yang telah diamanahkan untuk menjaga
hak rakyat tetapi mengkhianatinya. Mereka bukan
sahaja berdosa kepada Allah subhanahua ta'ala,
bahkan mereka juga akan disoal di padang mahsyar
kerana amanah rakyat yang mereka khianati.
Betapa
malang juga, kes rasuah yang dibongkar baru-baru
ini melibatkan puluhan ribu orang, mungkin ramai
yang berpendapat rasuah sudah menjadi fenomena
masyarakat yang sudah tidak dapat dielakkan, ataupun
rugi jika dilepaskan, mereka sanggup menderhaka
kepada Allah semata-mata untuk mengecap nikmat
dunia yang sedikit. Ingatlah, perbuatan rasuah
itu membawa kepada kemurkaan Allah dan juga bakal
menghancurkan masyarakat, agama dan negara.
Rasulullah
s.a.w. menjelaskan hal ini dalam sebuah hadisnya
yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, bermaksud
" bakal datang kepada manusia satu masa, orang
tidak lagi peduli terhadap apa yang diambilnya,
apakah ini halal atau haram " dan dalam satu
hadis yang lain diriwayatkan, bahawa Rasulullah
s.a.w. mengirim seorang utusan untuk mengumpul
zakat dari satu kabilah, tetapi setelah utusan
itu mengadap nabi, sebahagian barang yang dibawanya
itu dipegang dan dia berkata kepada nabi s.a.w.,
" ini untukmu dan ini pula untuk saya yang
diberikan oleh pembayar zakat, sebagai hadiah
kepada saya,' mendengar ucapan itu nabi s.a.w.
marah seraya bersabda, " mengapa tidak sahaja
kamu tinggal di rumah bersama dua ibu-bapa kamu
sehingga hadiah itu sampai kepadamu, sekiranya
kamu orang yang jujur ".
Kaum
muslimin yang berbahagia,
Islam
mengharamkan rasuah dalam apa jua bentuk dan nama.
Oleh kerana tidak ada dialih dengan menerima suatu
yang jelas rasuah dengan niat menerima hadiah.
Perbuatan itu tidak akan mengeluarkan dari hukum
haram menjadi halal. Saidina Omar Abdul Aziz pernah
diberi hadiah sewaktu beliau menjadi khalifah
tetapi ditolaknya, kemudian dia dikatakan kepadanya
" Rasulullah menerima hadiah " maka Omar Abdul
Aziz menjawab, " apa yang diterima oleh Rasulullah
itu memang menerima hadiah, tetapi ini buat saya
adalah suapan (rasuah).
Rasulullah
pernah bersabda dari riwayat Abu Daud yang bermaksud
" Barangsiapa yang kaya, berikan pekerjaan
dan kami berikan gaji apa yang diambil selebihnya
dari itu bererti penipuan.'
Kaum
muslimin yang dirahmati Allah,
Ambillah
pengajaran dari sikap berhati-hati yang ditunjukkan
oleh Khalifah Omar Abdul Aziz, akan tetapi pada
akhir zaman ini manusia tidak lagi menapis sumber
rezeki mereka, asalkan benda itu menguntungkan
mereka. Kebaikan manusia ingin cepat kaya dan
menganggap harta kekayaan sebagai matlamat penting
dalam kehidupan. Lantaran itu mereka sanggup melakukan
apa sahaja untuk mencapai matlamat masing-masing.
Di
zaman ini menyaksikan masyarakat tidak lagi mengamalkan
sifat malu dalam kehidupan seharian mereka, sikap
tidak malu inilah yang mendorong berlakunya rasuah,
pecah amanah, berdusta dan pelbagai lagi. Mereka
tidak malu kepada Allah dan tidak malu kepada
masyarakat untuk membuat dosa dan maksiat.
Kaum
muslimin yang dikasihi,
Oleh
kerana itu, pada hari ini sama-samalah kita membina
keperibadian diri agar kita tidak terlibat dengan
rasuah dan mencari rezeki yang tidak halal samada
sebagai pemberi rasuah, penerimanya atau perantaranya.
Kerana Allah dan rasulnya melaknat ketiga-tiga
golongan tersebut. Dan peringatan Rasulullah s.a.w.
yang bermaksud " pemberi rasuah dan penerima
rasuah kedua-duanya masuk neraka.'
Sidang
jumaat sekalian,
Islam
amat menitikberatkan rezeki halal, rezeki yang
diperolehi secara rasuah, pecah amanah dan suatu
yang negatif adalah haram dan berdoasa. Sedangkan
banyak lagi bidang rezeki yang halal di atas muka
bumi ini. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah
ayat 168 yang bermaksud : " Wahai manusia,
makanlah yang halal lagi baik daripada apa yang
terdapat dibumi dan janganlah kamu mengikut jejaklangkah
syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu musuh
kamu yang nyata'.