TAJUK:
KERJASAMA DAN PERSEFAHAMAN DALAM MASYARAKAT
KHUTBAH: 8 SEPTEMBER 2000 (8 JAMADILAKHIR 1421)
Khutbah
pada hari ini akan membicarakan tajuk kerjasama
dan persefahaman dalam masyarakat.
Agama
Islam sangat menitikberatkan kepada umatnya supaya
hidup saling bekerjasama dan bersefahaman dalam
masyarakat. Kerana itulah satu-satunya cara yang
boleh memberikan kehidupan yang aman damai dan
sejahtera kepada kita. Tanpa adanya kerjasama
dan persefahaman kita tidak akan dapat merasai
nikmat perpaduan dan kebahagiaan dalam hidup ini.
Allah subhanahua ta"ala telah menegaskan di dalam
kitab suci Al-Quran, surah An-Nisa" ayat 110
Yang
bermaksud : "Kamu wahai umat Muhammad adalah
sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi umat manusia
kerana kamu menyuruh berbuat segala perkara yang
baik dan melarang segala yang salah. Serta kamu
beriman kepada Allah dengan sebenar-benarnya.
Dari
ayat di atas jelaslah kepada kita bahawa kita
umat Islam, umat yang terbaik. Yang akan sentiasa
berusaha menzahirkan kebaikan dan menghapuskan
keburukan.Untuk menjayakan usaha ini, kita sebagai
umat Islam seharusnya bersatu dan bekerjasama
serta bersefahaman khususnya dikalangan masyarakat
kita sendiri. Janganlah sekali-kali di dalam masyarakat
ada perselisihan. Contohnya satu-satu gerak kerja
atau aktiviti kemasyarakatan di dalam sebuah kampung
atau tempat kediaman seharusnya setiap anggota
hendaklah turut melibatkan diri bersama dengannya.
Tidaklah wajar kita mengasingkan diri dari masyarakat
semata-mata kerana kurang bersetuju dengan gerak
kerja itu selagi ianya tidak bercanggah dengan
ajaran Islam.
Firman
Allah :
Maksudnya
: " Hendaklah kamu bertolong-tolongan dalam
perkara kebaikan dan janganlah sekali-kali kamu
bertolongan dalam perkara kejahatan, bertakwalah
kepada Allah, sesungguhnya Allah, amat berat siksaannya."
Saudara
kaum muslimin yang berbahagia,
Sesungguhnya
kebahagiaan dan kesejahteraan hidup di alam dunia
terletak kepada dua perkara iaitu hubungan kita
dengan Allah dan hubungan kita sesama manusia.
Ini bererti tidak akan bahagia dan sejahtera hidup
jika kita hanya menunaikan hak Allah subhanahua
ta"ala sedangkan hubungan kita sesama manusia
yakni masyarakat kita tidak terlaksana dengan
baik.
Seperti
ajaran Allah dalam firmannya dari surah Al-Imran
ayat 112
Yang
bermaksud : " Dijatuhkan kehinaan ke atas mereka
walau dimana mereka berada kecuali yang mempunyai
dua pertalian iaitu pertalian dengan Allah dan
pertalian dengan manusia…."
Sidang
jumaat yang dimuliakan,
Masyarakat
kita, orang melayu sudah lama tertanam semangat
perpaduan dan persefahaman seperti kata pepatah,
bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana
muafakat. Ini dikuatkan lagi dengan ajaran agama
Islam yang kita anuti yang menghendaki supaya
kita bekerjasama dan bersefahaman. Rasulullah
s.a.w. bersabda yang bermaksud, hubungan orang
mukmin yang lain adalah seperti sebuah binaan
yang saling kuat menguatkan antara satu sama lain.
Oleh
itu marilah bersama-sama kita merapatkan persefahaman
dalam masyarakat kita serta bekerjasama dalam
segala hal kemasyarakatan. Semoga dengan itu dapat
menikmati kehidupan yang harmoni, aman damai dan
sejahtera. Sebaliknya hindarilah segala yang membawa
perpecahan dan kelemahan. Allah subhanahua ta"ala
telah mengingatkan dalam firmannya di dalam surah
Al-Imran ayat 200 yang bermaksud " dan janganlah
kamu berbantah-bantah yang menyebabkan kamu lemah
dan hilang kekuatan dan bersabarlah, sesungguhnya
Allah berserta dengan orang-orang yang sabar "