TAJUK : JIMAT
CERMAT DAN PENABUNGAN
TARIKH : 11 OGOS 2000 (11 JAMADILAWAL
1421)
Sidang
jumaat yang berbahagia,
Hari
ini dunia sentiasa berubah dan perubahannya itu
berlaku terlalu cepat. Jika kita tidak bersepadu
tentang perubahan itu maka kita akan ketinggalan
dibelakang dan tidak ada siapa yang ingin berusaha
membawa kita kehadapan, kita akan terus rugi buat
selama-lamanya.
Apa
yang perlu kita perhatikan bersama hari itu ialah
tentang kehidupan kita yang sentiasa berubah-ubah
dimuka bumi ini. Kita perlu kepada kehidupan yang
stabil dari segi ekonomi dan sosial.
Islam
menggalakkan umatnya menstabilkan ekonomi kehidupannya
dengan cara berusaha dan berjimat cermat dan menabung
supaya umat Islam tidak hidup dengan cara meminta-minta.
Walaupun dengan meminta sedeqah itu kita akan
mendapat rezeki halal tidak seperti mencuri, merompak,
menipu dan sebagainya, namun perbuatan meminta
sedeqah itu tidak digalakkan sama sekali dalam
Islam.
Umat
Islam disuruh berusaha dan membelanjakan pendapatannya
dengan betul dan munasabah. Selebihnya hendaklah
disimpan dalam satu tabung untuk kegunaan diri
sendiri dimasa susah atau untuk memberi bantuan
kepada orang ramai yang menghadapi kesulitan dan
kesusahan atau untuk membantu menegakkan syiar
Islam. Dan penyimpanan itu harus dilakukan dengan
cara yang betul dan selamat.
Banyak
agensi-agensi kewangan yang boleh kita gunakan
untuk menyimpan atau menabung wang kita, diantaranya
ialah tabung haji yang memang sudah terkenal dikalangan
umat Islam bukan sahaja untuk menolong umat Islam
menguruskan diri untuk menunaikan haji. Akan tetapi
ada lagi usaha lain yang sedang diperkenalkan,
iaitu mengajak umat Islam menyimpan dan menabung
pendapatannya yang berlebihan itu untuk kegunaan
harian dengan tanpa menjejaskan wang simpanan
yang asal. Banyak cara penabungan yang telah diperkenalkan
diantara yang terbaru ialah dinamakan –
pelan tabungan untuk saraan bulanan.
Sidang
jumaat yang dimuliakan,
Untuk
makluman bersama mimbar ingin mengambil kesempatan
sedikit untuk menerangkan kepada sidang hadirin
sekalian cara penyimpanan wang ditabung haji mengikut
"pelan tabungan untuk saraan bulanan "
itu.
Pelan
tabungan untuk saraan bulanan itu ialah satu pelan
perancangan yang disediakan oleh badan berkenaan
dimana keuntungan yang diperolehi dari wang simpanan
yang dilaburkan itu dikreditkan dalam akaun penyimpan
pada akhir tahun. Keuntungan itu akan dikeluarkan
secara insurans bulanan mulai bulan yang ketiga
belas, setelah segala syarat yang ditetapkan itu
dipenuhi oleh setiap penyimpan.
Sidang
jumaat yang dihormati sekalian,
Tujuan
pelan itu diwujudkan ialah untuk memberikan kemudahan
kepada penyimpan-penyimpan tabunghaji yang memerlukan
saraan bulanan bagi keperluan harian tanpa menjejaskan
simpanan yang terkumpul. Untuk pengetahuan sidang
jumaat, mereka yang boleh mengikuti pelan ini
ialah pertama, dikalangan pesara-pesara; kedua,
mereka yang akan atau yang telah bersara serta
telah mendapat bayaran bonus bersara; dan ketika
mereka yang telah menerima pampasan tanah atau
hasil jualan harta atau saham dan juga mereka
yang mempunyai wang tidak kurang daripada RM 10,000.00.
Mereka yang disebutkan tadi boleh menyertai pelan
tabungan untuk saraan bulanan disamping bersedia
untuk menunaikan haji pada bila-bila masa yang
diperlukan.
Saudara
kaum muslimin yang dikasihi,
Ramai
kaum muslimin hari ini yang telah sedar betapa
untungnya menyimpan wang diagensi tabung haji
selain daripada memudahkan kita menyediakan bekalan
pergi mengerjakan haji, ia juga memberikan beberapa
keuntungan yang boleh dikongsi bersama. Antaranya
:
Segala
wang yang disimpan tidak dikenakan cukai pendapatan
Wang
yang disimpan telah dikeluarkan zakat oleh tabung
haji,
Setiap
wang yang disimpan dijamin keselamatannya oleh
kerajaan Malaysia,
Wang
yang disimpan dilaburkan di dalam perusahaan yang
halal secara Al-Mudharabah, Al-Musyarakah, Al-Murabahah
dan lain-lain muamalat yang dihalalkan oleh Islam.
Keuntungan
tidak kurang daripada 8% setelah ditolak zakat
akan diberikan setiap tahun, dan
Kemudahan
mengeluarkan wang tabungan boleh dibuat pada bila-bila
masa tetapi tidak lebih daripada sepuluh ribu
ringgit.
Rancangan
yang baik itu perlulah kita sokong beramai-ramai
agar ianya berjaya memberikan keuntungan dan keselesaan
kepada umat Islam untuk menunaikan haji dan juga
membangunkan ekonomi.
Saudara
yang dikasihi,
Mengerjakan
haji adalah satu ibadat, menabung juga satu ibadat,
membina ekonomi juga satu ibadah, memberikan sokongan
dan menggalakkan menabung adalah satu ibadah,
oleh kerana itu sama-samalah usahakan ibadat ini
semoga ianya memberikan suatu pulangan yang baik
kepada kehidupan kita didunia dan di akhirat.
Rasulullah
s.a.w. bersabda yang bermaksud, " Allah sentiasa
menolong hambanya selama hambanya itu sentiasa
memberi pertolongan terhadap saudaranya
". Allah juga berfirman dalam surah Al-Haj
ayat 77, maksudnya :
"
Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah kamu,
sujudlah kamu, sembahlah tuhan kamu dan buatlah
kerja-kerja kebajikan mudah-mudahan kamu akan
menjadi orang-orang yang berjaya di dunia dan
di akhirat "