TAJUK : AGONGKAN
JUMAAT
TARIKH : 30 JUN 2000 (27 RABIULAWAL
1421)
Kaum
muslimin yang dihormati sekalian,
Tajuk
khutbah kita pada hari ini ialah agungkan jumaat.
Sidang
jumaat yang dirahmati Allah,
Solat
jumaat adalah perkara fardhu yang diketahui oleh
umumnya umat Islam. Sumber tentang kefardhuannya
ialah kitab Allah dan sunat Rasulullah serta ijma'
Firman
Allah subhanahua ta'ala di dalam surah Al-Jumaat
ayat 9 yang bermaksud : " Wahai orang-orang
yang beriman, apabila diserukan azan (bang) untuk
mengerjakan sembahyang pada hari jumaat, maka
bersegeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati
Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan
tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu)''.
Dari
Jabar, dia berkata : Rasulullah s.a.w. berkhutbah
kepada kami, sabdanya :
"
Ketahuilah sesungguhnya Allah ta'ala telah memfardhukan
ke atas kamu jumaat ditempat ini, pada tahun ini,
sesiapa yang meninggalkannya kerana menganggap
ringan dan mengingkarinya, maka Allah tidak akan
menghimpunkan baginya kekuatan, tidak ada berkata
dalam urusannya, ingatlah, tidak ada solat baginya,
ingatlah tidak ada zakat baginya, ingatlah tidak
ada haji baginya.''
Saudara
kaum muslimin,
Menunggu
ibadat jumaat bagaikan menunggu hari (perayaan)
mingguan umat Islam. Sebelum menghadirkan jumaat
kita disunatkan mandi terlebih dahulu. Rasulullah
s.a.w. bersabda yang bermaksud : " Tidak seseorang
itu pada hari jumaat, mandi, bersuci seboleh mungkin,
mengenakan minyak, menggunakan minyak wangi dirumahnya
kemudian keluar, dan tidak memisahkan antara dua
orang, kemudian ia diam apabila imam berkhutbah,
melainkan diampunkan baginya antara jumaat itu
dengan jumaat yang akan datang. "
Menghadirkan
jumaat hendaklah dalam keadaan selesa dan memberi
keselesaan kepada orang lain sehingga Rasulullah
s.a.w. bersabda yang bermaksud, sesiapa yang memakan
tumbuhan ini iaitu bawang putih, maka jangan menghampiri
masjid kami.
Firman
Allah dalam surah Al-A'raf ayat 31
Maksudnya
: " Wahai anak-anak Adam, pakailah pakaian
kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu
ketempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang)".'
Nyatalah
disini bahawa kita perlu membersihkan diri dan
berpakaian yang bersih dan pakaian yang terbaik
ketika menghadiri rumah Allah. Malangnya bila
kita ke majlis keramaian, ke jamuan makan malam,
bekerja, kita berpakaian khas, tetapi untuk solat
tidak pula begitu.
Realiti
hari ini kita sedar, kita kebanyakannya bekerja,
oleh itu semestilah kita bersedia lebih awal,
sebelum keluar bekerja, mandilah sunat jumaat
dan mengenakan pakaian yang terbaik dan dan bersih.
Sidang
jumaat yang dimuliakan,
Bersegeralah
untuk menghadiri jumaat adalah tuntutan Allah,
firman Allah dalam surah Al-Jumaat ayat 9 yang
bermaksud : " Wahai orang-orang yang berfirman,
apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan
sembahyang pada hari jumaat, maka bersegeralah
kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah
(dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah
berjual beli (pada saat itu).''
Rasulullah
s.a.w. bersabda yang bermaksud : " Sesungguhnya
manusia akan duduk disisi Allah azzawajalla pada
hari qiamat mengikut qadar (cepat dan lambatnya
mereka) pergi menghadiri jumaat "
Sepatutnya
pada hari jumaat ini, kita mendapatkan rehat yang
secukupnya sebelum datang ke masjid supaya bersedia
dan bersegera untuk mendengar khutbah, apa yang
berlaku sebaliknya menjadikan waktu khutbah sebagai
waktu tidur, malah berdengkur yang lazat. Sedangkan
firman Allah dalam surah Al-Jumaat ayat 9 :
Yang
bermaksud : ".Maka hendaklah kamu segera mengingati
Allah (zikir Allah)"zikir Allah disini bermaksud
khutbah – bersegeralah mendengar khutbah,
kerana nabi s.a.w. tidak pernah meninggalkan khutbah
jumaat, baginda bersabda : yang bemaksud ; sembahyanglah
kamu seperti mana kamu melihat aku bersembahyang.
Umar r.a. berkata, maksudnya pendekkanlah solat
jumaat kerana azan khutbah. Begitu juga Aisyah
r.a. juga berpendapat demikian. Saad bin
Jabar berkata yang bermaksud adalah jumaat itu
empat rakaat, maka jadikanlah khutbah ditempat
dua rakaat.''
Sidang
jumaat yang berbahagia,
Kita
menggalakkan peniaga-peniaga warung makanan membantu
jemaah untuk makan, minum dan sebagainya, tetapi
diharapkan apabila masuk waktu jumaat, hentikanlah
perniagaan buat sementara waktu dan beruntung
serta berkatalah perniagaan mereka jika mereka
menjaga adab-adab ini.
Adalah
sangat mendukacitakan dan sangat memalukan dikalangan
umat Islam masih berada diwarung-warung dan di
restoran-restoran makanan ketika khutbah disampaikan,
berdosalah mereka yang tidak mendengar khutbah,
apatahlagi tidak menunaikan jumaat, pemilik-pemilik
warung juga berdosa, kerana membuka kedai ketika
azan jumaat telah dikumandangkan. Khatib mengingatkan
kepada pengusaha-pengusaha kedai makanan yang
Islam agar menutup perniagaan mereka beberapa
minit sebelum azan dikumandangkan. Bukankah Allah
berfirman dalam surah Al-Jumaat ayat 9 yang bermaksud
"
Wahai orang-orang yang beriman, apabila diserukan
azan (bang) untuk untuk mengerjakan sembahyang
pada hari jumaat, maka bersegeralah kamu pergi
(ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan
sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli
(pada saat itu) ".
Dalam
satu riwayat, ketika Rasulullah berkhutbah pada
hari jumaat, datanglah khafilah membawa dagangan
dari Syam, orang yang sedang mendengar khutbah
keluar menyambut rombongan khafilah itu sehingga
tinggalkanlah 12 orang sahaja yang mendengar khutbah
Rasulullah, lalu Allah turunkan surah Al-Jumaat
ayat 11
Maksudnya
: " Dan apabila mereka mengetahui kedatangan
barang-barang dagangan (yang baru tiba) atau (mendengar)
sesuatu hiburan, mereka bersurai, (lalu pergi)
kepadanya dengan meninggalkan engkau berdiri (di
atas minbar berkhutbah), katakanlah (wahai Muhammad
– pahala – balasan ) yang ada disisi
Allah, lebih dari hiburan dan barang-barang dagangan
itu, dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki "
Ayat
ini menegaskan apa yang ada disisi Allah jauh
lebih baik dari apa yang ada dalam perniagaan,
apa gunanya untung sedikit di dunia – rugi
besar di akhirat.
Sidang
jumaat yang dimuliakan,
Ada
sebahagian daripada umat Islam yang telah diberikan
kebenaran oleh majikan mereka untuk menunaikan
solat jumaat tetapi sayangnya masa itu digunakan
untuk tugas-tugas yang lain seperti membeli-belah,
berehat di rumah atau tidur. Hal seperti ini adalah
sangat merugikan, kerana dia telah membohongi
diri sendiri.
Kaum
muslimin yang berbahagia,
Apabila
solat jumaat selesai ditunaikan, para jemaah hendaklah
bersabar sebentar untuk meaminkan doa-doa yang
dibaca oleh imam. Sering berlaku jemaah tidak
sabar, meninggalkan masjid sebelum berdoa, mereka
sanggup melintasi jemaah yang masih sembahyang
sunat. Sesungguhnya melintasi di hadapan orang
yang sedang sembahyang adalah haram dan berdosa.
Sidang
jumaat yang dirahmati Allah,
Marilah
kita tunaikan solat jumaat itu dengan sebaik-baiknya
serta hayatilah khutbah yang diberikan sekurang-kurangnya
ia akan memberikan suatu keinsafan dan kesedaran
kepada kita dalam mengharungi kehidupan yang masih
jauh penghujungnya.