KHUTBAH MASJID NEGARA
KUALA LUMPUR

Tarikh Khutbah : 01/03/1996

Tajuk : MENYAMBUT KETIBAAN RAMADHAN

Isi Khutbah :

Assalamualaikum w.b.t

Sidang Jumaat yang di rahmati Allah;

Terlebih dahulu saya ingin berpesan dan mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat muslimin dan muslimat. Semoga Ramadhan tahun ini memberi keberkatan kepada kita semua. Marilah kita bersama bersyukur dan bertakwa kepada Allah S.W.T kerana dengan izinnya kita dapat sekali lagi menyambut ketibaan Ramadhan yang tak beberapa hari lagi. Iaitu pada awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan pada akhirnya merdeka atau bebas dari api neraka. Rasulallah S.A.W telah menegaskan dalam satu
hadisnya yang bermaksud;

"Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan keberkatan. Di mana Allah mewajibkan kepada kamu berpuasa, kerana pada bulan Ramadhan dibukakan semua pintu syurga, di kuncikan pintu-pintu neraka dan di belenggukan syaitan, dan juga terdapat suatu malam yangterlebih baik daripada seribu bulan, barang siapa di haramkan dan ditegahkan daripada mendapat kebajikan pada malam ini, bererti tertegahlah kepada segala bentuk kebaikkan".

Muslimin sidang Jumaat yang berbahagia;

Yang ini hanya bagaiman kejadian buruk masih lagi berlaku, sedangkan di bulan Ramadhan segala syaitan dan kuncu-kuncunya telah dirantai dan di belenggukan ,umpat mengumpat misalnya menjadi bualan mulut,kata-kata dan kata-kata kesat masih meniti dibibir-bibir mulut, malah yang mengaibkan lagi ada juga sebahagiannya sanggup melakukan perkara-perkara yang di tegah oleh Islam.

Keadaan ini terjadi kerana matlamat puasa kita itu belum lagi mencapai tahap yang dikehendaki ia itu tahap sebagai benting pertahanan jiwa. Seandainya jiwa bwlum lagi terbentuk sebagai benting yang kukuh senanglah nafsu syahwat yang sedia ada dalam jiwa mengajak kearah keburukan.

Saudara Muslimin,

Ramadhan ialah perkataan Arab dari kata dasar "Ramada" yang membawa dua pengertian:

Pertama: Memberi makna sangat panas atau membakar kerana pada masa dahulu apabila tiba bulan yang kesembilan takwim Kamariah atau hijriah kebanyakkan Jazirah ke Arab atau kumpulan Arab berada dalam keadaan yang begitu panas dan bahang.

Kedua : Ada yang mentafsirkan Ramadhan itu merupakan bulan ganjaran pahala orang yang berpuasa Ramadhan dapat menghapus dan meleburkan dosa-dosanya yang telah lalu berdasarkan hadis Rasulallah S.A. W. yang bermaksud :

"Barang siapa yang ingin menghayati kelebihan beribadat dibulan Ramadhan dengan penuh keimanan dankeikhlasan kerana Allah sahaja akan mengampunkan segala dosa-dosanya yang telah lalu." Riwayat Bokhari dan Muslim.

Adalah difahamkan dengan sangat panas itu kemungkinan kekurangan bahan air didalam tubuh badan lantaran berpuasa disamping hari panas menyebabkan badan kita terasa panas,begitu juga cuaca dikebanyakakan negara islam pada umumnya panas ketika bulan Ramadhan.Namun begitu maksud yang
tersirat hanya Allah S.W.T. sahaja yang mengetahui.

Kita harapkan kepanasan maknawi itu akan membakar dan meleburkan dosa-dosa dan kesalahan harian disamping penghidupan kita.

Kaum Muslimin sekalian,

Ibadat puasa mempunyai hikmah dan rahsia-rahsia samaada dari segi rohaniah,jasmaniah dan kemasyarakatan. Dari segi kerohaniah ia boleh menundukkan nafsu jahat yakni naluri atau perasaan yang mendorongkan kepada kejahatan. Ibadat ini bukan sahaja terdapat didalam syariat Islamiah, malahan didalam syariat-syariat lain jiga ada memfardhukan ibadat puasa miskipun keyakinan jiwanya berlainan.

Hikmah puasa dari sudut rohani juga boleh menguatkan keperibadian,meluhurkan kesusilaan dan membersihkan jiwa insan, Puasa juga sebagai latiahan rohaniah yang mana setiap yang berpuasa wajib menahan diri daripada nafsu makan minum , nafsu kejentinaan dan mengawal moral yang rendah dan menyakitkan orang lain seperti mencela,caci maki,mengumpat, bercakap kotor dan mengikut keinginan nafsu.

Untuk membentuk keperibadian yang mulia sesaorang pengarang bangsa Jerman bernama James Brooke menulis sebuah buku yang mana didalam tulisannya beliau memuji hikmah berpuasa,Isyarah lain katanya,"untuk menguatkan perasaan dan jiwa hendaklah jadikan puasa ini sebagai pokok atau dasar hidup, kerana ia paling berkesan untuk mengawal pengaruh rohaniah keinginan jasmaniah. Jesteru itu manusia boleh menguasai dirinya sendiri agar tidak menjadi hamba kepada naluri kebendaan."

Puasa dari sudut kesihatan dan rawatan penyakit. Ibadat puasa merupakan sebahagian daripada cara-cara yang paling berkesan menjaga kesihatan bertepatan dengan kata-kata seorang hukamak yang bermaksud:

" Maiddah" atau perut besar merupakan sarang penyakit dan berpantang Itu pokok daripada segala ubat"

Imam Ghazali juga memberi penjelasan ia itu:

Menakala maiddah atau perut besar sesaorang ini biasa penuh, maka tidur nyenyaklah akal fikiran dan kaku bekulah kecerdasan dan kebijaksanaan. Akhirnya malas dan lesu seluruh anggota badan daripada menunaikan ibadat.

Penjelasan dari Imam Ghazali itu dapat kita fahami bahawa kekosongan perut orang yang berpuasa bukanlah merupakan satu azab atau penderaan kepada mereka sebaliknya ia merupakan satu langkah untuk memperolehi kecergasan rohani dan kesegaran jasmani kerana akal fikiran ketika berpuasa sedang membangun.

Ada orang beranggapan puasa boleh menjejaskan kesihatan. Dalam konteks ini memang kumpulan kecil yang perlu dikenal pasti supaya dapat nasihat daripada doktor berhubung dengan berpuasa.

Ada penyakit seandainya sesaorang itu berpuasa boleh menjanjikan kesihatan dan Allah S.W.T. telah memberi rukhsah atau kelonggaran kepada mereka yang uzur supaya tidak berpuasa. Kalau dilihat Allah S.W.T pencipta manusia dan alam lebih mengatahui akan perkara yang paling baik untuk kejadiannya dan
sudah termaktub di dalam al-Quran akan kelonggaran tersebut.

Kaum Muslimin sekalian,

Demikian juga rahsia puasa dari sudut kemasyarakatan iaitu dapat memupuk perasaan rahmah dan belas kasihan terhadap fakir miksin, anak-anak yatim dan orang-orang yang kurang bernasib baik kerana orang-orang kaya akan dapat merasai sama perasaan apa yang dirasai oleh fakir miskin dan penderitaan mereka. Dalam hal ini orang-orang beriman dan bertakwa akan tersentuh perasaan mereka untuk berkasih sayang serta menolong orang-orang yang tidak berkemampuan yang sering kali merasai kelaparan,

Nabi Allah Yusuf A.S. walau pun baginda mengetuai khazanah harta kekayaan negara Mesir pada ketika itu. Ada orang bertanya kepada baginda yang bermaksud:

"Kenapakah tuan berpuasa , sedangkan tuan merupakan pengerusi perbekalan negara. Baginda menjawab: aku bimbang kiranya aku kaya dan perut kenyang tetapi aku lupa kepada orang yang kurang bernasib baik"

Sidang Jumaat yang berbahagia,

Budaya dan tabiat boros ketika berbelanja juga menggambarkan seolah-olah umat islam dinegara kita lebih cenderung untuk berhari raya daripada berpuasa. Ada dikalangan mereka beberapa bulan sebelum tiba bulan Ramadhan mereka telah membelanja sejumlah wang yang banyak untuk membeli belah secara berlebih-lebihan sebagai persiapan menyambut hariraya. Amalan ini patut dielakkan kerana tidak menepati dengan kehendak Islam, dalam Islam yang lebih diutamakan ialah penghayatan Ramadhan terlebih dahulu
bukannya hariraya.Jesteru itu kita disunatkan berpuasa dalam bulan Rejab dan Syaaban sebagai latihan dan persiapan menghidupkan Ramadhan dengan amalan-amalan kebajikan.

Kita harus menghormati Ramadhan sebagai perkara pokok dan bukannya sampingan. Kita bimbang juga cara begini diamalkan. Tidak mustahil suatu hari nanti jenerasi akan datang tidak lagi mengenali bulan Ramadhan, tidak mengenal keistimewaan dan keberkatannya.

Firman Allah yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana telah di wajibkan keatas
umat-umat yang sebelum kamu, mudah-mudahan kamu menjadi orang yang beriman.

DI SAMPAIKAN OLEH: USTAZ MOHAMAD WOOK

 

Senarai Khutbah | Laman Utama