TARIKH
BACAAN : 01 ZULQA'EDAH 1421H
TAJUK
: LARANGAN MENGADU DOMBA
Sidang
jumaat yang dihormati Allah,
Wahai
orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah
sebenar-benar bertakwa dan janganlah kamu mati
melainkan di dalam Islam. Saya berpesan kepada
diri sendiri dan juga kepada tuan-tuan supaya
sentiasa bertakwa kepada Allah subhanahua ta’ala
dengan menjunjung segala perintah dan menghindarkan
diri daripada perkara-perkara yang dilarang. Kerana
sesungguhnya dengan takwa sahajalah seseorang
itu mendapat kebahagiaan hidup di dunia mahu pun
di akhirat.
Sidang
jumaat yang dihormati Allah,
Tajuk
khutbah kita pada hari mulia ini ialah’
Larangan Mengadu Domba’.
Ketahuilah,
bahawa setiap muslim dan muslimat diwajibkan menjauhkan
diri dari semua sebab yang menimbulkan kebencian
dan perbalahan di antara sesama mereka. Terutama
daripada orang yang selalu mengadu domba kerana
boleh melumpuhkan kekuatan mereka. Disebutkan di
dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari sahabat
Huzaifah r.a. bahawa tatkala dia mendengar ada seorang
lelaki suka mengadu domba lalu dia berkata saya
pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang
bermaksud : ‘ Tidak akan masuk syurga orang
yang suka mengadu domba ‘.
Saudara
kaum muslimin yang dikasihi,
Wajib
bagi setiap muslim yang berakal untuk tidak mempercayai
hasutan pengadu domba. Dan hendaklah mereka sentiasa
berwaspada dalam menerima berita dari orang-orang
yang pasti di dalam surah Al-Hujrat ayat 6 yang
telah dibacakan diawal khutbah tadi, Allah subhanahua
ta’ala berfirman yang bermaksud : ‘
Wahai orang-orang yang beriman jika datang kepada
kamu seorang fasik membawa suatu berita maka selidiklah
untuk menentukan kebenaran supaya kamu tidak menimpakan
suatu kaum dengan perkara yang tidak diingini
dengan sebab kejahilan kamu sehingga menjadikan
kamu menyesali apa yang telah kamu lakukan.
Saudara
kaum muslimin yang dirahmati Allah,
Annamimah
(mengadu domba) merupakan dosa besar dan sangat
buruk akibatnya. Oleh kerana itu setiap muslim
wajib menjaga diri agar tidak bergaul dengan orang
yang suka mengadu domba atau berada dalam satu
majlisnya dengannya.
Jangan
sekali-kali percaya kepadanya dan berusahalah
menjauhkan diri daripadanya. Sebab orang yang
suka mengadu domba terkadang boleh membuat kerosakan
dalam satu saat yang tidak mampu dibuat orang
lain di dalam satu bulan.
Semoga
Allah melindungi kita dari perbuatan mengadu domba
kerana ia boleh merosakkan perpaduan, menyebabkan
permusuhan dan irihati. Barangsiapa yang diadu
domba dengan saudaranya maka ia wajib mengingkarinya
sekalipun benar apa yang dikatakannya.
Saudara
kaum muslimin,
Hati-hatilah
apabila mendengar satu berita, telitilah kebenarannya
apabila penyampaian orang fasik. Pengadu domba
akan menerima balasan yang buruk di akhirat. Orang
yang mengadu domba ini termasuk dalam golongan
orang yang mencaci dan mengeji yang disebutkan
tuhan di dalam surah Al-Hamzah ayat 1-6 yang bermaksud
: ‘ Kecelakaan yang besar bagi tiap mencaci
dan pencela yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang
menghitungnya, dia menyangka bahawa hartanya itu
dapat mengekalkannya dalam dunia ini, sesungguhnya
tidak, bahkan dia akan dicampakkan ke dalam ‘Al-Khutamah’
(neraka) dan apa jalannya, engkau dapat mengetahui
‘Al-Khutamah’ itu?, Al-Khutamah ialah
api Allah yang dinyalakan dengan perintahnya,
yang naik menjulang kehati, sesungguhnya api neraka
itu ditutup rapat atas mereka, mereka terikat
disitu pada batang-batang palang yang melintang
panjang.