TARIKH
BACAAN : 16 SYAWAL 1421H / 12 JANUARI 2001M
TAJUK
: PENGIMARAHAN MASJID MELALUI MAJLIS ILMU
Sidang
jumaat yang berbahagia,
Apabila
kita menyingkap sejarah perkembangan kegemilangan
umat Islam khususnya di zaman baginda Rasulullah
s.a.w. , masjid merupakan pusat ibadat, muamalat,
penyebaran Islam, pemerintahan dan pentadbiran.
Masjid juga menjadi pusat pembentukan keperibadian
insan serta kegiatan yang dapat memberikan faedah
serta mendatangkan manfaat kepada Islam dan penganutnya.
Masjid
merupakan lambang syiar Islam dan kedaulatan,
ia merupakan pusat yang menghubungkan manusia
sesama manusia dan hubungan manusia bersama penciptanya.
Rasulullah s.a.w. mengambil langkah yang berkesan
bagi meluaskan fungsi dan peranan masjid bagi
mewujudkan perpaduan yang kukuh dikalangan umat
Islam di Madinah dengan meletakkan dasar ketakwaan
di dalam kehidupan mereka.
Firman
Allah subhanahua ta’ala dalam surah At-Taubah
ayat 108 yang bermaksud : ‘ Sesungguhnya
masjid yang didirikan atas dasar takwa ( Masjid
Kuba’) sejak hari pertama adalah lebih patut
kamu bersembahyang di dalamnya. Di dalamnya ada
orang yang ingin membersihkan diri dan Allah menyukai
orang-orang yang bersih’ .
Sidang
jumaat yang dihormati sekalian,
Sekiranya
kita memperhatikan dan melihat bahawa fungsi dan
peranan masjid hari ini tidak lebih daripada tempat
ibadat semata-mata. Fungsi dan peranannya disempitkan
dan dikecilkan seolah-olah masjid tidak mampu
menggerakkan aktiviti kemasyarakatan di kariah
masing-masing. Di dalam keadaan begini masyarakat
mestilah disenaraikan dengan memberikan bimbingan
terhadap ilmu supaya dengan ilmu yang mereka ada
umat Islam dapat dimartabatkan dan Islam dapat
diletakkan dimercunya.
Sidang
jumaat yang dimuliakan,
Islam
telah menggariskan konsep dan sifat-sifat bagi
mereka yang dapat mengimarahkan masjid berdasarkan
firman Allah dalam surah At- Taubah ayat 18 :
Yang
bermaksud : ‘ Bahawa orang yang memakmurkan
masjid Allah ialah orang-orang yang beriman dan
hari akhirat, serta tetap mendirikan solat, menunaikan
zakat dan tidak takut ( kepada sesiapa ) selain
dari Allah maka merekalah orang-orang yang diharapkan
termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk.
Bertolak
dari ayat di atas memakmurkan masjid merupakan
perkara penting di dalam masyarakat bagi melahirkan
kelompok manusia yang bersifat takwa bagi memenuhi
tuntutan ayat tersebut.
Sidang
jumaat yang berbahagia,
Bagi
mengembalikan fungsi dan peranan masjid kita memerlukan
kepada kesepakatan dan semangat untuk benar-benar
mendukung kemakmuran masjid. Di antara perkara-perkara
yang perlu dilakukan ialah satu usaha untuk memberikan
ilmu pengetahuan yang berguna kepada masyarakat.
Ini boleh dilakukan dengan mengadakan majlis-majlis
ilmu untuk memberikan kesedaran dan kefahaman
bagi mengembalikan kekuatan umat bahawa betapa
pentingnya ilmu buat mereka. Firman Allah subhanahua
ta’ala dalam surah Az-Zumar
ayat
9.
Maksudnya
: ‘ …Adakah sama orang yang mempunyai
ilmu dan orang yang tidak mempunyai ilmu…’
Sidang
jumaat yang dirahmati Allah,
Bagi
mencapai tujuan dan hasrat di atas adalah dicadangkan
beberapa program yang dirancangkan untuk dilaksanakan
seperti program tahunan, bulanan, harian dan berbagai
program tahunan yang dicadangkan adalah merupakan
program yang biasa dilaksanakan di masjid-masjid
kariah seperti Maal-Hijrah, Maulidur Rasul s.a.w.,
Majlis Khatam Al-Quran dan program membudayakan
Al-Quran, Majlis Isra’ dan Mikraj, program
korban dan berbagai program lagi yang boleh
disumbang
dan disusun atur oleh jawatankuasa masjid. Manakala
program bulanan, pengisiannya boleh dibuat dengan
mengadakan Qiamullail, majlis
membaca
kitab berzanji, ceramah bulanan dimana jawatankuasa
masjid boleh menjemput wakil jabatan-jabatan kerajaan
seperti badan pencegah rasuah, jabatan kerja raya,
pejabat tanah, pejabat pendaftaran dan lain untuk
menerangkan tugas dan peranan pejabat masing-masing
kepada masyarakat.
Manakala
program mingguan boleh disusun seperti mengadakan
majlis bacaan Yassin dan tafsirannya, kelas pengajian
Al-Quran dan kelas takmir masjid. Program membudayakan
Al-Quran, kelas-kelas bimbingan pelajar-pelajar
sekolah dan kelas untuk golongan wanita. Manakala
program harian yang paling penting dapat dilakukan
solat waktu secara berjemaah dan dapat diadakan
program membudayakan Al-Quran setiap selepas solat
waktu. Manakala program berkala boleh disusun
atur seperti mengadakan ceramah agama, forum,
kursus haji, pengurusan jenazah, pengurusan dan
pentadbiran masjid dan bermacam-macam program
yang telah diatur oleh jawatankuasa masjid.
Kesemuanya
ini untuk memenuhi tuntutan hadis nabi s.a.w.
yang bermaksud : ‘Barangsiapa yang menghendaki
dunia hendaklah ia mempunyai ilmu dan barangsiapa
yang menghendaki akhirat, hendaklah ia mempunyai
ilmu dan barangsiapa yang menghendaki kedua-duanya
(dunia dan akhirat) maka hendaklah ia mempunyai
ilmu’.
Sidang
jumaat yang dikasihi,
Sekiranya
kita berjaya mengembalikan peranan dan fungsi
masjid secara berkesan, cekap dan berkualiti (berkualiti)
pastinya masyarakat Islam dapat melihat dan mengecapi
suasana kehidupan yang harmoni. Manakala perpaduan
masyarakat dan pengembangan dakwah Islam secara
menyeluruh bagi memperkasa dan memartabatkan umat
berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah
s.a.w. dapat dijayakan. Firman Allah dalam surah
Al-Mujadalah ayat 11 yang bermaksud : ‘
Allah meninggikan darjat orang-orang beriman di
antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan
agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat.