KHALIFAH
YANG MISTERI
Pada
suatu malam hartawan Abdurrahman bin Auf dipanggil
oleh Khalifah Umar bin Khattab untuk diajak pergi
ke pinggir kota Madinah.
Malam ini akan ada serombongan kafilah
yang hendak bemalam di pinggir kota, dalam perjalanan
pulang, kata Khalifah Umar kepada
Abdurrahman bin Auf.
Lalu maksud anda bagaimana?
Tanya Abdurrahman.
Oleh kerana kafilah itu membawa barang
dagangan yang banyak, maka kita ikut bertanggungjawab
atas keselamatan barang dari gangguan tangan-tangan
usil. Jadi nanti malam kita bersama-sama harus
mengawal mereka, sahut Khalifah.
Ajakan itu disambut gembira Abdurrahman. Bahkan
dia sudah mempersiapkan jiwa-raganya untuk berjaga
semalam suntuk ! Tetapi apa yang terjadi di sana?
Ternyata lain dengan yang diduganya semula.
Ketika malam telah mulai sepi, Khalifah Umar bin
Khattab berkata padanya. Abdurrahman
kau boleh tidur ! Biarlah saya saja yang berjaga-jaga.
Nanti kalau ada apa-apa kau saya bangunkan?
Apakah Abdurrahman lantas berangkat tidur, tidak
diceritakan. Tetapi yang terang, Khalifah Umar
bin Khattab betul betul menjadi penjaga
malam .
Khalifah Umar bin Khattab memang seorang pemimpin
yang suka melakukan perbuatan-perbuatan yang aneh.
Bahkan sering mengerjakan perbuatan yang baik
secara diam-diam. Akibatnya, orang yang ditolongnya
tidak tahu, bahawa penolongnya adakah khalifah
yang mereka cintai.
Suatu malam Auzaiy pernah memergoki
Khalifah Umar masuk rumah seseorang. Ketika keesokan
harinya dia datang ke rumah itu, ternyata penghuninya
seorang janda tua yang buta dan sedang menderita
sakit. Janda itu mengatakan, bahawa tiap malam
ada orang yang datang ke rumahnya untuk mengirim
makanan dan ubat-ubatan. Tetapi siapakah nama
orang itu, janda tua itu tidak tahu ! Padahal
orang yang tiap malam datang ke rumahnya, adalah
khalifah yang mereka kagumi.
Suatu malam Khalifah Umar berjalan-jalan di pinggir
kota. Tiba-tiba didengarnya rintihan seorang wanita
dari dalam sebuah khemah yang kumal. Ternyata
yang merintih itu seorang wanita yang mahu melahirkan
. Di sampingnya, duduk suaminya yang kebingungan.
Maka pulanglah Khalifah ke rumahnya untuk membawa
isterinya, Ummu Kalsum untuk menolong wanita yang
akan melahirkan anak itu.
Tetapi wanita yang ditolongnya itu pun tidak tahu
bahawa orang yang menolongnya dirinya adalah
Khalifah Umar, Amirul Mukminin yang mereka cintai...