-
Makan hanya bila terasa lapar
-
Basuh
tangan dan kuku sehingga bersih dengan air
dan seboleh-bolehnya dengan sabun
-
Sebelum makan hendaklah membaca 'Bismillah..."
-
Makan dengan tangan sebagai ganti sudu dan
garpu. Rasionalnya makan dengan tangan ialah
kerana ia dapat membantu penghadaman disebabkan
terdapat aliran yang dipanggil 'bio-current'
yang apabila tersentuh dengan makanan , ia
bertindak sebagai enzim untuk menghadamkan
makanan dengan cepat di dalam perut. Ini adalah
sebab mengapa makanan yang disentuh dengan
tangan cepat rosak atau basi.
-
Tinggalkan
kerja-kerja otak seperti berfikiran lain-lain
apabila hendak makan. Badan dan fikiran perlu
girang dan tenang
-
Seboleh-bolehnya
dinding bilik makna hendaklah berwarna merah
jambu kerana ini boleh mendatangkan rasa girang
dan membantu pencernaan
-
Berhenti makan sebelum kenyang. Kekenyangan
yang berlebihan memudaratkan jantung, mengganggu
penghadaman dan menyukarkan tidur.
-
Berehat sekejap selepas makan dan jangan tergesa-gesa
membuat sesuatu
-
Jangan makan makanan lama. Perbanyakkan makan
makannan segar. Suri rumah adalah dinasihatkan
supaya menyediakan makanan yang segar, sedap,
berbau lazat, menarik pandangan dan berlainan
jenis setiap kali waktu makan.
-
Suri rumah hendaklah bermanis muka ketika
menghidang makannan, memakai pakaian yang
bersih dan berwarna indah.
-
Pastikan dapur bersih dari pembiakan kuman
dan menutup makanan dari terdedah
-
Berpegang pada prinsip 'makan untuk hidup
dan beribadah, bukan hidup untuk makan'