|
SUARA MASJID AL-AZIM
MANUSIA
AKHIR ZAMAN
Ibnu
Abbas memberitahu, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Pada
akhir zaman nanti akan muncul golongan-golongan manusia yang berwajah
manusia berhati syaitan. Mereka diibaratkan seperti serigala
buas, hati mereka tidak mempunyai sedikit pun belas kasihan.
Mereka tidak suka menjauhi segala yang buruk dan mereka lebih suka
melakukan pertumpahan darah. Kalau engkau ikut mereka, mereka
akan mendekati kamu, kalau engkau jauhi mereka, maka mereka akan
mengumpat kamu. Kalau engkau memberi amanat kepada mereka,
mereka akan melakukan khianat padamu".
"Kalau
meminta sesuatu dari mereka adalah kemiskinan. Hukum di kalangan
mereka adalah bid"ah dan bid"ah di kalangan mereka adalah
sunnah dan tatkala itu orang menganggap sunnahku sudah usang dan
memperbaharui bid"ah. Maka barangsiapa mengikut sunnahku
pada waktu itu, dia akan menjadi asing dan tinggal seorang diri
dan barangsiapa mengikut bid"ah, dia akan mendapat lima puluh
orang teman atau lebih".
Para
sahabat bertanya, "Apakah mereka melihatmu Jawab Nabi, "Tidak"
Para
sahabat bertanya lagi, "Apakah turun wahyu kepada mereka?"
Nabi menjawab, "Tidak" Para sahabat bertanya lagi, "Bagaimana
keadaan mereka?" Jawab Nabi, "Seperti ulat dalam
cuka".
Para
sahabat bertanya lagi, "Ya Rasulullah, bagaimana mereka menjaga
agama?" Jawab Nabi, "Seperti bara api di tangan.
Kalau diletak dia akan padam dan kalau diambil dengan tangan dia
akan terbakar".
|