Mengenai Program e-Masjid Negeri Melaka

Projek E-Masjid Negeri Melaka adalah satu program ICT di bawah Kerajaan Negeri Melaka dan  dilaksanakan oleh  Jawatankuasa Pandu E-Masjid Negeri Melaka bagi mewujudkan rangkaian maklumat masjid-masjid seluruh Negeri Melaka  yang boleh dicapai oleh masyarakat secara online menerusi Internet.

Program ini digerakkan oleh Jawatankuasa Pelaksana Program e-Masjid Negeri Melaka yang terdiri daripada 6 Jawatankuasa Kecil seperti berikut:


  • Jawatankuasa Teknikal Infrastruktur
  • Jawatankuasa Teknikal Laman Web
  • Jawatankuasa Teknikal Sistem Maklumat
  • Jawatankuasa Perhubungan Awam
  • Jawatankuasa Penyediaan Bahan Al-Azim.com
  • Jawatankuasa Penyediaan Bahan Falak
Jawatankuasa pelaksana program e-masjid beriltizam dan komited untuk:
  • Memastikan kesemua 178 buah masjid di dalam negeri ini memiliki keperluan asas ICTdan mempunyai laman web sendiri yang dihubungkan dengan pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka dalam tempoh lima tahun (2001 – 2005)

Objektif Program e-Masjid Negeri Melaka adalah untuk :

  1. Memasyarakatkan masjid dan 'memasjidkan' masyarakat
  2. Menarik minat golongan remaja dan belia kepada aktiviti masjid
  3. Meluaskan lagi fungsi dan peranan masjid - dakwah menerusi ICT
  4. Mempertingkatkan sumber maklumat Islam di dalam portal Al-Azim.com
  5. Menyahut seruan kerajaan - satu daripada komponen e-komuniti bagi merapatkan jurang digital
Portal al-azim.com merupakan laman rasmi bagi program e-masjid Negeri Melaka. Ia menyediakan pelbagai maklumat Islam yang bersifat setempat dan global. Semua laman-laman web masjid yang telah dibina akan dipaut dan ditempatkan dalam portal ini.
Portal ini diselenggarakan di bawah Program e-Masjid Anjuran Kerajaan Negeri Melaka
Sebarang pertanyaan / komen berhubung al-azim.com sila hubungi jkmmufti at tm dot net dot my atau telefon Urusetia 06-2847920