|
Antara amalan disunatkan pada bulan
Muharam:
- Berpuasa. Maksud Hadis: Barang
siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama
berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa
tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat
dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat
selama 2 tahun.
- Banyakkan amal ibadat seperti solat
sunat, zikir dan sebagainya.
- Berdoa akhir tahun pada hari terakhir
bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali
- Berdoa awal tahun pada 1 Muharram
selepas Maghrib 3 kali
Empat belas perkara sunat dilakukan
pada hari Asyura (10 Muharram):
- Melapangkan masa/belanja anak isteri.
Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun
ini.
- Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya
- Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
- Menahan marah. Fadilatnya - Di
akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan
yang redha.
- Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya
- Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
- Menyapu/mengusap kepala anak yatim.
Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga
bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
- Bersedekah. Fadilatnya - Allah
akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak
terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati.
Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin
di dunia ini.
- Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya
- Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya
keimanan.
- Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak
sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja
aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
- Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan
sakit mata pada tahun itu.
- Membaca Qulhuwallah hingga akhir
1,000 kali. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan
pandangan rahmah di akhirat nanti.
- Sembahyang sunat empat rakaat.
Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah
berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja
aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah
Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca
Qulhuwallah 11 kali.
- Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat
- Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka
puasa.
- Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa
esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat
- Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan
seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
|