|
Barangsiapa yang membaca
doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada
gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.

Maksudnya :
Allah SWT berselawat ke
atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat
baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah
yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu
yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun
baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan
dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya
dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri
yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku
kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai
Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah
berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi
dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan
ke atas mereka.
Barangsiapa yang membaca
doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata: "Hampalah
kami di sepanjang tahun ini".

Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke
atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat
baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa
yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara
yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum
bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak
melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan
di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku
dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu
semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah
aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa
yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala
atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai
Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan
wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku
dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai
Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami
Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan
mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Sumber : Darulnuman
|