|
MUHARAM adalah bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam
(Hijriah). Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan'
atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan
atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan
setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).
Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas
dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.
Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan
Allah (shahrullahi).
Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t
lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya
Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan
khowas (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya.
Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya
Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim
Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang
lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas
bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan
Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.
|