|
Kaabah: Saiz dan Sejarahnya
Saiz Kaabah: Tinggi Kaabah ialah 39
kaki, 6 inci dan keseluruhannya saiznya ialah 627 kaki persegi.
Bilik di dalam Kaabah ialah 13X9 meter. Dinding Kaabah adalah
setebal satu meter. Lantai di dalam ialah 2.2 meter lebih
tinggi daripada tempat orang ramai mengerjakan tawaf. Siling
dan bumbung diperbuat daripada kayu. Dindingnya diperbuat
daripada batu. Dinding di dalam tidak dikilat manakala yang
di luar adalah berkilat. Bangunan kecil ini dibina dan dibina
semula oleh Rasul-rasul Adam, Ibrahim, Ismail dan Muhammad
saw.
Tiada bangunan lain mempunyai penghormatan
ini. Adakah anda mengetahui Kaabah pernah dilanda oleh malapetaka
seperti bah selain serangan manusia?
Nama-nama Kaabah: Dalam bahasa Arab,
Kaabah bermakna sebuah tempat tinggi yang dihormati dan penuh
kebesaran. Perkataan Kaabah boleh juga bermakna kiub.
Nama-nama lain adalah: " Bait ul Ateeq
- bermakna paling awal dan lama. Ia juga bermakna bebas dan
merdeka. Kedua-dua makna boleh diterima. " Bayt ul Haram -
rumah dihormati.
Kaabah dibina semula 12 kali. Para
akademik dan sejarahwan berkata Kaabah dibina semula antara
lima hingga 12 kali. Pembinaan pertama Kaabah dilakukan oleh
Nabi Adam (as). Allah SWT menyatakan dalam al-Quran Kaabah
adalah rumah pertama dibina untuk manusia menyembah Allah
SWT. Selepas itu, Nabi Ibrahim (as) dan Ismail (as) membina
semula Kaabah.
Lebar ukuran Kaabah diasaskan oleh
Ibrahim adalah seperti berikut: " Dinding Timur adalah 48
kaki dan 6 inci " Dinding Hatim adalah 33 kaki " Dinding antara
hajar aswad dan sudut Yamani adalah 30 kaki " Dinding Barat
adalah 46.5 kaki Selepas ini berlaku beberapa pembinaan semula
sebelum masa Rasulullah (SAW). Pembinaan semula Kaabah oleh
kaum Quraish Rasulullah mengambil bahagian dalam salah satu
daripada pembinaan semula ini sebelum baginda menjadi Rasul.
Selepas satu banjir kilat, Kaabah mengalami
kerosakan dan dindingnya retak. Ia perlu dibina semula. Tugas
ini dibahagikan antara empat puak Quraish. Rasulullah turut
membantu dalam usaha pembinaan semula ini. Setelah dinding-dindingnya
dibina semula, tiba masanya batu hajar aswad diletak semula
di tempatnya di dinding Timur Kaabah.
Pertelingkahan berlaku apabila tiba
masa untuk menentukan siapa mendapat penghormatan meletakkan
batu hajar aswad itu. Apabila pertelingkahan hampir bertukar
menjadi pergaduhan, Abu Umayyah, penduduk tertua Makkah, mencadangkan
agar lelaki pertama yang memasuki pagar masjid pagi keesokkannya
akan menentukan perkara berkenaan.
Lelaki itu ialah Rasulullah. Penduduk
Makkah bergembira. "Ia adalah al-Amin. Ia adalah Muhammad,"
jerit mereka. Baginda menghampiri mereka lalu mereka memintanya
supaya memutuskan perkara itu. Baginda bersetuju.
Rasulullah mencadangkan agar batu hitam
itu diletak di atas sehelai kain, setiap bucu kain dipegang
oleh seorang pemimpin puak. Kain itu diangkat ke tempat batu
itu hendak diletak. Rasulullah kemudian mengambil batu itu
dan meletakkannya di tempatnya di dinding Kaabah.
|