PERUBATAN
ISLAM
SAKIT
DAPAT MENGHAPUSKAN DOSA
Memang
sudah menjadi fitrah kehidupan manusia, jika tidak sihat maka
dirinya sakit. Sebaliknya pula jika tidak sakit maka dirinya
sihat. Tetapi kedua-duanya adalah merupakan nikmat daripada
allah S.W.T. Sihat adalah merupakan nikmat. Sakit juga merupakan
nikmat, sebab dengan sakit itu dapat menghapuskan dosa dengan
syarat hendaklah sabar dan redha atas ketentuan yang Allah berikan
padanya.
Diceritakan daripada Syaddad bin Aus dan Shu Nabihi, semoga
Allah meredhai keduanya. Satu hari keduanya telah pergi melawat
seorang lelaki yang sedang sakit, lalu keduanya bertanya pada
lelaki tersebut : "Bagaimana keadaanmu pada pagi hari ini ?"
Lelaki itu menjawab : "Pada pagi ini aku berada dalam penuh
kenikmatan."
Maka berkata pula Syaddad padanya : "Bergembiralah engkau dengan
perkara-perkara yang dapat menghapuskan dosa dan menggugurkan
kesalahan, kerana sesungguhnya aku telah mendengar Rasullullah
S.A.W. bersabda " Sesungguhnya Allah Azza Wajalla berfirman
: " Apabila Aku menguji seseorang daripada hamba-hambaKu disebabkan
ujianKu itu, maka sesungguhnya dia akan bangkit dari tempat
tidurnya seperti semasa dia dilahirkan oleh ibunya, bersih
daripada segala kesalahan. "Dan Tuhan Tabaraka Wa Ta’ala
berfirman pada hambaKu itu dan mengujinya, maka lakukanlah kepadanya
apa yang kamu biasa lakukan untuknya (menulis amal baiknya)
ketika dia dalam keadaan sihat."