| |
Jika
Rabiulawwal bererti bermulanya musim bunga bagi tanaman
maka Rabiulakhir pula ertinya musim bunga yang akhir. Bulan
ini merupakan peringkat akhir bagi tanaman-tanaman berbunga.
Pada
waktu itu biasanya tanaman-tanaman di Tanah Arab akan mengalami
peringkat akhir berbunga sebelum musim sejuk tiba. Selain
dari Rabiulakhir, bulan ini juga dipanggil dengan nama Rabiul
Thani yang membawa pengertian yang sama.
Perlu
diketahui bahawa itu adalah gelaran nama bagi satu-satu
bulan yang pada asalnya nama itu sudah wujud sebelum kedatangan
Rasulullah s.a.w lagi dan setelah Rasulullah mendapati nama-nama
bulan itu tidak memberi makna yang buruk maka Rasulullah
s.a.w mengekalkannya. Maka sebenarnya nama Rabiulakhir itu
sendiri tidak ada perkaitan dengan ketetapan musim bunga
atau buah kepada tanaman.
Cuaca,
iklim, suhu dan musim adalah berkait rapat dengan peredaran
matahari dan bintang-bintang lain sedangkan taqwim Islam
Qamari adalah berlandaskan kepada peredaran bulan mengelilingi
bumi.
Kesimpulannya,
Rabiulakhir yang bermakna musim bunga yang akhir tidak dapat
dikaitkan dengan musim bunga sebenarnya, ia hanya sekadar
nama bagi bulan itu sendiri.
|
| 
Masjid
Darwasiyah di Damsyik

Makam
Imam Ghazali r.h di Iraq. |
- Peperangan
- ada beberapa peperangan yang dicatat berlaku pada
zaman Rasulullah s.a.w yang berlaku di bulan Rabiulakhir
diantaranya Peperangan Najran, Pengusiran kaum Yahudi
Bani Nadir, Peperangan Al-Ghabah / Zi-Qarad dan Peperangan
Al-Ghamar.
-
Pengepungan Damsyik - pada zaman Khalifah Abu Bakar
As-Siddiq r.a diketuai oleh Abu 'Ubaidah bin Al Jarrah
dan Khalid bin Al Walid r.a tahun 14 Hijrah dan seterusnya
membawa kepada pembukaan Damsyik.
-
Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a meninggal dunia dan
Saidina Umar Al-Khattab r.a di bai`ah menjadi Khalifah
yang kedua.
-
Peperangan Jamal - tahun fitnah dimana Saidatina Aisyah
r.ha terheret dalam kancah peperangan menentang Khalifah
Ali r.a.
-
Ramai sahabat-sahabat yang gugur syahid diantaranya
Talhah r.a dan Ibnu Zubir r.a.
-
Imam Ghazali r.h meninggal dunia.
-
Ada pendapat yang mengatakan 27 Rabiulakhir adalah
tarikh Isra` dan Mi`raj Rasulullah s.a.w (tarikh difardhukan
solat). Namun begitu tarikh yang masyhur dan yang
diguna pakai di Malaysia ialah 27 Rejab. Sehingga
sekarang masih belum ada kajian rasmi individu atau
pihak tertentu yang menyemak kembali tarikh sebenar
Isra` dan Mi`raj Rasulullah s.a.w.
|
|
| 
Berbahagialah
bagi yang sentiasa membaca dan menghayati al-Qur`an. |
Amalan-amalan
ibadat sama ada yang fardhu mahupun yang sunat di bulan Rabiulakhir
adalah sama dengan bulan-bulan yang lain. Tiada amalan-amalan
yang khusus yang dianjurkan oleh Islam dalam bulan ini. Walau
bagaimanapun, kita diminta untuk meningkatkan amalan dari
masa ke semasa walau dalam bulan mana sekalipun.
Terdapat
banyak lagi amalan sunat yang masih kita tak buat atau tak
berkesempatan buat. Maka pada bulan ini adalah masa yang sesuai
untuk kita mengamalkan ibadah-ibadah sunat yang
kita tidak berkesempatan untuk melakukannya sebelum ini.
Disamping
kita menjaga dan meningkatkan kualiti amalan-amalan wajib,
kita juga mesti cuba memperbanyakkan amalan-amalan sunat yang
kita ketahui. Amalan-amalan sunat adalah penampung atau pelengkap
kepada amalan-amalan wajib kita.
Diantara amalan-amalan sunat yang menjadi amalan Rasulullah
saw sepanjang tahun ialah solat tahajjud, solat qabliah dan
ba`diah, puasa Isnin / Khamis, sedekah, membaca Al-Qur`an
dan lain-lain lagi. |
| |
Rujukan;
1. Jab.
Mufti Terengganu, http://mufti.islam.gov.my/terengganu
2. Dr.(H) Hj. Kassim bin Bahali, Jab. Mufti Melaka, jkmmufti@tm.net.my
3. Shaykh Muhammad Saleem Dhorat, Riyadul Jannah ; Gardens
of Paradise issue 1 (2004), http://www.riyaduljannah.com
4. Majlis Ugama Islam Singapura,Warita 1996, http://www.muis.gov.sg
Disemak
oleh;
1. Dr.(H)
Hj. Kassim bin Bahali, Peg. Falak dan Sumber Maklumat, Jab.
Mufti Negeri Melaka.
2. Ust. Mohd Nazri bin Abd. Majid, Peg. Hal Ehwal Islam, Jab.
Mufti Negeri Melaka.
3. Ust. Mohd Ali bin Zainal, Pen. Peg. Hal Ehwal Islam, Jab.
Mufti Negeri Melaka
Pengunjung
/ pembaca boleh menghubungi penulis untuk pertanyaan, maklumat
lanjut, cadangan atau berkongsi pendapat di alamat jkmmufti@tm.net.my.
|