|
Bulan
Rabiulawal adalah seperti bulan-bulan Islam yang lain maka
amalan sunat di bulan Rabiulawal adalah sama seperti amalan
sunat di bulan-bulan yang lain.
Kita
dianjurkan untuk meningkatkan amalan-amalan fardu dan sunat
tanpa mengira di bulan manapun di sepanjang tahun.
Amalan-amalan
kita itu akan menjadi bekalan untuk kita meneruskan perjalanan
ke padang mahsyar esok. Masjidil Haram di Makkatul Mukarramah.
Selain
dari itu, kualiti ibadah juga adalah diambil kira. Niat dan
keikhlasan mempunyai pengaruh yang amat besar dalam menentukan
nilai ibadah kita. Diantara syarat sesuatu ibadah itu diterima
ialah niat.
Niat itu akan menggambarkan keikhlasan kita.Kerja yang ikhlas
akan membawa kepada kesempurnaan dan kesempurnaan akan membawa
kepada kepuasan dan kepuasan akan membawa kepada ketenangan.
Moga
kita sama-sama dapat meningkatkan amalan ibadat kita agar
kita mempunyai bekalan untuk dibawa ke kampung Akhirat esok,
InsyaAllah.
 |
|
Masjidil
Haram di Makkatul Mukarramah.
|
|