| Upacara
sambutan Maulidur Rasul adalah harus selagi ia tidak melibatkan
unsur-unsur pembaziran dan tiada aktiviti yang melanggar syariat.
Malah jika perisian sambutan itu ada unsur ilmu dan ibadah
ia tetap diberi ganjaran pahala oleh Allah Subhanahu Wa Taala.
Adalah
tidak tepat pendapat yang mengatakan bahawa sambutan Maulidur
Rasul adalah bid'ah dhalalah dan bertentangan dengan syariat.
Upacara
memperingati hari kelahiran Rasulullah saw ini telah dilakukan
sejak 300 tahun sesudah Rasulullah wafat. Diantara pembesar
yang menganjurkan sambutan ini ialah Malik Muzhaffar Abu Sa'id
penguasa Irbil, Iraq. Dan seterusnya ia terus berkembang sehinggalah
sekarang. Diantara ulamak besar yang mengatakan bahawa sambutan
Maulidur Rasul ini adalah harus dan digalakkan ialah;
-
Said Ahmad Zaini Dahlan dalam kitabnya `Siratun Nabawiyah'.
Antara lain beliau menyatakan bahawa; "masyarakat telah
terbiasa berdiri tegak ketika mendengar riwayat kelahiran
Rasulullah saw. Berdiri tegak menghormati kelahiran baginda
adalah baik dan cara-cara seperti ini telah ditiru oleh
cerdik cendikiawan lainnya."
-
Imam Jalaluddin As-Sayuti lebih jauh menerangkan dalam kitabnya
`Al-Wasail Fi Syarhisy Syamail' , menyatakan; "Apabila diadakan
peringatan Maulidur Rasul di sebuah rumah, masjid atau tempat
lain maka malaikat mengawal dan mengawasi tempat tersebut
sampai upacara selesai dan semua hadhirin mendapat rahmat
dari Allah subhanahu wa taala."
-
Ust. Hj. Harun Muhammad Al-Kelantani (1953) dalam kitabnya
Senjata Syariat, Pakaian Ahli Sunnah Wal Jamaah menyatakan
bahawa "dapat pahala bagi orang yang berdiri yang adalah
niat mereka membesarkan Nabi saw.
|