|
HIKMAH-HIKMAH PUASA |
Puasa mempunyai
hikmat-hikmat dan faedah-faedah yang banyak, antaranya
:
- Menandakan kesyukuran
kepada Allah kerana nikmat-nikmat yang banyak
kepada hamba-hambanya.
- Melatih jiwa supaya mempunyai
rasa kasih dan belas terhadap orang-orang yang
susah menderita.
- Melatih jiwa supaya bersih
daripada sifat tamak, sombong, hasad dan dengki.
- Melatih diri supaya bersifat
sabar dan tahan menempuh ujian-ujian dalam perjuangan
hidup.
- Menanam semangat perpaduan
kerana sama-sama menunaikan kewajipan yang sama
itu dapat menimbulkan semangat perpaduan.
- Menanam semangat sama
rata dan menjauhkan sifat beza membeza di antara
kaya miskin, hina mulia, raja dan rakyat kerana
sama-sama menjunjung perintah Allah.
- Melatih diri supaya mempunyai
peraturan-peraturan dan menghargakan masa, kerana
puasa mempunyai batas-batas waktu yang tertentu.
- Membersihkan anggota-anggota
di dalam tubuh dari daki-daki dan lemak-lemak
makanan yang bekerja sepanjang tahun.
- Memberi kerehatan kepada
alat-alat di dalam tubuh, terutamanya alat pengisar
makanan yang bekerja sepanjang tahun.
- Memberi peluang untuk
memperbanyakkan amal ibadat, kerana bulan ramadhan
mempunyai keistimewaan yang tidak ada pada bulan-bulan
lain seperti Lailatul Qadar dan sembahyang tarawih.
|