Sememangnya sudah menjadi
tradisi bagi kita umat Islam, pada setiap tanggal
17 Ramadhan kita akan mengadakan peringatan Nuzul
Al-Quran.
Bahkan hampir di seluruh negeri-negeri Islam, pemerintahan
setempat secara rutin melaksanakan peringatan tersebut
setiap tahun, yang sering-kali digabungkan dengan
peristiwa Perang Badar Al-Kubra (terjadi pada 17
Ramadhan tahun ke 2 Hijrah, ketika umat Islam pertama
kali melaksanakan shaum Ramadhan).
Disunatkan
membaca Al-Quran dalam keadaan berwudhuk dan dalam
keadaan bersih kerana yang di baca adalah ayat-ayat
Allah. Tangan kanan hendaklah digunakan untuk
mengambil kitab ini, manakala menggunakan kedua-dua
belah tangan semasa memegang Al-Quran.
Disunatkan membaca Al-Quran
di tempat yang bersih, seperti di rumah, surau,
musollah dan tempat lain yang dianggap bersih. Tempat
yang paling utama adalah di dalam masjid.
Disunatkan menghadap ke arah
Qiblat ketika membacanya. Bacaan hendaklah khusyu'
dan tenang.
Mulut hendaklah bersih, tidak
berisi makanan. Sebaiknya sebelum membaca Al-Quran,
mulut dan gigi dibersihkan terlebih dahulu.
Sebelum membaca Al-Quran, disunatkan
membaca ta'awwudz, iaitu meminta perlindungan
Allah dari gangguan syaitan yang direjam. Doa bagi
menerangkan hati juga boleh dibaca sebelum atau
selepas membaca ta'awwudz.
Disunatkan membaca Al-Quran
dengan tartil, iaitu membaca dengan perlahan-lahan
dan tenang.
Bagi yang memahami maksud ayat-ayat
Al-Quran, disunatkan membacanya dengan penuh perhatian
dan pengertian tentang ayat-ayat yang di baca.
Disunatkan membaca Al-Quran
dengan suara yang merdu dan bagus bagi menambah
keindahan bacaan tersebut.
Seelok-eloknya, ketika membaca
Al-Quran, pembacaan hendaklah sehingga tamat tanpa
ada diputuskan kerana ingin berbual-bual, ketawa
dan bermain-main.Kesucian Al-Quran hendaklah di
jaga.