|
FUNGSI AL-QURAN
|
Al-Quran mempunyai beberapa fungsi
penting, diantaranya ialah:
Pertama: Sebagai Mukjizat Nabi
Muhammad saw.
Al-Quran inilah bukti kenabian dan
kerasulan Nabi Muhammad saw, sekaligus ianya menjadi
bukti bahawa Al-Quran merupakan firman Allah SWT,
dan bukan ucapan atau ciptaan nabi Muhammad saw
sendiri. Rasullulah saw telah menjadikan Al-Quran
sebagai senjata bagi menentang orang-orang kafir
Quraisy. Dan kita dapati bahawa mereka sememangnya
tidak mampu menghadapinya, padahal mereka mempunyai
kemahiran tingkat tertinggi fashahah dan balaghahnya.
Hal ini tidak lain adalah kerana Al-Quran
sememangnya adalah suatu mukjizat (yang mustahil
dapat ditandingi). Jika kita meneliti ayat-ayat
cabaran yang Allah SWT wahyukan di dalam Al-Quran
daripada sudut dan konteksnya sebagai suatu mukjizat,
maka kita akan dapati bahawa Rasullulah saw telah
mencabar orang-orang Arab agar mereka menandingi
kehebatan Al-Quran di dalam tiga peringkat (rujuk
Manna' Khalil Al Qatthan, Studi Ilmu-ilmu Qu'ran,
hal 372):
-
Cabaran peringkat
pertama. Mencabar mereka dengan keseluruhan Al-Quran
dalam uslub umum yang meliputi orang Arab sendiri
dan orang lain, manusia malah jin, dengan cabaran
yang mengalahkan dan menjatuhkan mereka secara padu
sebagaimana firmanNya. "Katakanlah: Sesungguhnya
jika manusia dan jin berkumpul untuk membuat yang
serupa Quran ini, niscaya mereka tidak akan dapat
membuat yang serupa dengannya, sekalipun sebahagian
mereka menjadi pembantu bagi sebahagian yang lain."
(TTQ 17 : 88)
-
Cabaran kedua.
Mencabar dengan sepuluh surah sahaja daripada Al-Quran.
Sebagaimana firmanNya: Bahkan mereka mengatakan
"Muhammad telah membuat-buat Al-Quran." Katakanlah:
Jika demikian, maka datangkanlah sepuluh surah yang
dibuat-buat yang menyamainya, dan panggillah orang-orang
yang kamu sanggup (memanggilnya) selain Allah, jika
kamu memang orang-orang yang benar. Jika mereka
(yang kamu seru itu) tidak menerima seruanmu, ketahuilah,
sesungguhnya Al-Quran itu diturunkan dengan ilmu
Allah" (TTQ 11 : 13-14)
- Cabaran ketiga. Mencabar mereka
hanya dengan satu surah daripada Al-Quran sahaja.
Sebagaimana firmanNya: "Atau (patutkah) mereka
mengatakan: Muhammad membuat-buatnya (Al-Quran). (Kalau
benar yang kamu katakan itu), cubalah datangkan satu
surat seumpamanya" (TTQ 10 : 38) Dan cabaran ini
diulangi di dalam firmanNya: "Dan jika kamu tetap
dalam keadaan ragu tentang Quran yang Kami wahyukan
kepada hamba Kami (Muhammad saw), maka buatlah satu
surat saja yang semisal Al-Quran itu…" (TTQ 2
: 23 )
Kedua: Sebagai Sumber Hukum
Dan Aturan Hidup.
Ayat-ayat Al-Quran mengandungi
peraturan tentang hukum-hukum politik negara (Al-Hukm),
sosial (Ijtima'i), pendidikan (Siyasah Ta'limiyah),
pidana (Hudud), pengadilan (Uqubat), akhlak dan
sebagainya. Semua aturan dan hukum ini wajib dijadikan
sebagai pandangan hidup bagi seluruh kaum muslimin
dan umat manusia untuk mengatasi semua permasalahan
hidup yang dihadapinya. Sememangnya penyelesaian
yang diberikan oleh syariat Islam adalah merupakan
penyelesaian yang sebenar-benarnya sesuai dan memenuhi
fitrah manusia itu sendiri. Dan keberkesanan dan
kemampuan syariat Islam dalam menangani segala aspek
permasalahan manusia ini sememangnya tidak dapat
dinafikan kecemerlangannya.
Kemampuan syariat Islam dalam
menyelesaikan pelbagai permasalahan kehidupan manusia
inilah yang akan menjadikan Al-Quran sebagai mukjizat
abadi yang paling menonjol di muka bumi. Inilah
yang akan terjadi di masa hadapan, insyaallah! Sebab,
kesejahteraan hidup yang dikecapi umat manusia dan
keadilan yang mereka rasakan lantaran diterapkan
syariat yang dibawa oleh Rasulullah melalui Al-Quran
dan Sunnah di bawah kepimpinan khalifah, (Khilafah
'ala minhajin Nubuwwah) menjadi daya penarik yang
paling dominan terhadap umat-umat dan bangsa-bangsa
non-muslim untuk meninggalkan sistem hidup dan perundangan
mereka yang rapuh dan usang, serta kezaliman para
penguasa mereka yang hanya mementingkan kelompok
dan partinya sahaja.
Bangsa-bangsa non muslim itu
akan secara beramai-ramai masuk Islam setelah mendengar
dan melihat sendiri kesejahteraan hidup dibawah
naungan syariat Islam (TTQ An-Nashr). Sudah semestinya
hal ini tidak seperti yang telah digambarkan di
dalam propaganda palsu para pembenci Islam. Juga
setelah adanya jihad yang dilancarkan para mujahidin
ke negeri-negeri (orang-orang kafir) untuk melepaskan
belenggu-belenggu yang selama ini memasung kehidupan
mereka. Bahkan mereka yang kufur akan dapat menyaksikan
sendiri keindahan dan kemanisan kehidupan di bawah
penerapan sistem Islam di dalam masyarakat yang
hidup di bawah naungan khilafah, dengan mengunjungi
negeri tersebut.
|