|
KANDUNGAN (ISI) AL-QURAN
|
Sudah dimaklumi oleh kaum muslimin
bahawa Al-Quran terdiri daripada 114 surah (86 surah
Makkiyah, 28 surah Madaniyah), dengan jumlah ayat
seluruhnya adalah 6236 ayat (4613 ayat Makkiyah
dan 1623 ayat Madaniyah).
Isi ajaran yang tercantum pada Al-Quran
sesungguhnya meliputi tiga fasa iaitu:
-
Merupakan cerita
atau peraturan (masalah) masa lampau (sejak penciptaan
malaikat, langit dan bumi dan sebagainya),
-
Peraturan masa
kini (tatkala Al-Quran diturunkan) dan
-
Peraturan untuk
masa hadapan (sejak masa Rasullullah saw, masa
kini dan seterusnya hari kiamat).
Secara keseluruhannya,
Al-Quran berisikan peraturan hukum berkaitan dengan
masalah aqidah, ibadah, muamalah, akhlak, hukum-hukum
dan sebagainya.
|