|
CARA-CARA AL-QURAN
DIWAHYUKAN
|
Nabi Muhammad
s.a.w. mengalami bermacam-macam cara dan keadaan
semasa menerima wahyu. Antara cara-cara Al-Quran
diwahyukan adalah:
-
Malaikat memasukkan
wahyu itu ke dalam hatinya. Dalam hal ini, Nabi
s.a.w. tidak melihat sesuatu apa pun, hanya beliau
merasa bahawa itu sudah berada di dala, kalbunya.
Mengenai hal ini, Nabi mengatakan: "Ruhul
Quddus mewahyukan ke dalam kalbuku".
( As-Syura: 51)
-
Malaikat menampakkan
dirinya kepada Nabi s.a.w. menyerupai seorang
lelaki yang mengucapkan kata-kata kepadanya sehingga
beliau mengetahui dan hafal benar mengenai kata-kata
itu.
-
Wahyu datang
kepadanya seperti gemercingnya loceng. Cara inilah
yang amat berat dirasakan Nabi s.a.w. Kadang-kadang
pada keningnya terdapat peluh, meskipun turunnya
wahyu itu di musim dingin yang sangat. Ada ketikanya,
unta beliau terpaksa berhenti dan duduk kerana
merasa amat berat. Diriwayatkan oleh Zaid bin
Tsabit: " Aku adalah penulis wahyu yang diturunkan
kepada Rasulullah. Aku lihat Rasulullah ketika
turunnya wahyu itu seakan-akan diserang demam
yang kuat dan peluhnya bercucuran seperti permata.
Kemudian setelah selesai turunnya wahyu, barulah
beliau kembali seperti biasa".
-
Malaikat menampakkan
dirinya kepada Nabi s.a.w. dalam rupanya yang
benar-benar asli sebagaimana yang terdapat di
dalam surah An- Najm ayat 13 & 14 : "Sesungguhnya
Muhammad telah melihatnya pada kali yang lain
(kedua). Ketika (ia berada) di Sidratulmuntaha".
|