|
MELAKUKAN PERSETUBUHAN
DAN KUFARAT KERANA BERSETUBUH
|
Hukum melakukan persetubuhan
pada siang bulan ramadhan:
|
1.
|
Persetubuhan
itu akan membatalkan puasa jika dilakukan dengan
sengaja (dalam keadaan sedar) sekali pun tidak
keluar mani. |
|
2.
|
Menyebabkan wajib membayar kifarat (denda)
selain mengqadha' puasa bagi orang yang melakukan
persetubuhan (pihak lelaki sahaja) jika sekiranya:
- Persetubuhan dilakukan pada siang hari.
- Persetubuhan dilakukan dengan sengaja (tidak
kerana lupa atau dipaksa)
- Puasa yang dilakukan pada bulan ramadhan
(bukan kerana nazar, kifarat, puasa qadha'
ramadhan dan lain-lainnya).
- Tidak didahului oleh pembatalan puasa dengan
makan dan minum dan seumpamanya.
|
Kifarat kerana bersetubuh:
|
1.
|
Banyak kifarat
disediakan bagi banyak hari - bukan banyak kali
persetubuhan dilakukan. Ertinya, jika seseorang
itu bersetubuh beberapa kali dalam sehari, maka
diwajibkan hanya satu kifarat sahaja, dan jika
bersetubuh dua hari, diwajibkan dua kifarat dan
demikianlah seterusnya. |
|
2.
|
Satu kifarat atau denda bagi orang yang melakukan
persetubuhan ketika berpuasa pada bulan ramadhan
ialah:
- Memerdekakan seorang hamba yang mukmin,
jika tidak kuasa;
- Wajib berpuasa dua bulan berturur-turut,
jika tiada kuasa;
- Wajib memberi sedekan 60 cupak makanan adasi
kepada 60 orang miskin secupak seorang.
|
|