|
HUKUM-HUKUM MENINGGALKAN
PUASA
|
Hukum-hukum meninggalkan puasa
terbahagi kepada empat :
1. Wajib qadha'
- Kedatangan haid dan nifas.
- Sakit yang membahayakan.
- Tersangat lapar dan dahaga.
- Dalam perjalanan.
- Pitam.
- Mabuk.
- Mengandung dan berbuka kerana
bimbangkan kesihatan diri masing-masing.
- Menyusukan anak dan berbuka
kerana bimbangkan kesihatan diri masing-masing.
2. Wajib qadha' dan wajib membayar
fidyah.
- Orang yang mengandung dan berbuka
kerana bimbangkan kesihatan anak masing-masing.
- Orang yang menyusukan anak
dan berbuka kerana bimbangkan kesihatan anak masing-masing.
3. Tidak wajib qadha'.
- Kafir (tidak beragama Islam)
- Kanak-kanak.
- Gila
4. Tidak wajib qadha' tetapi
wajib membayar fidyah.
- Sakit yang tidak ada harapan
sembuhnya.
- Tua yang tidak kuasa (daya)
berpuasa
Beberapa Catitan Penting :
1. Lewat qadha' puasa:
- Jika lewat qadha' puasa hingga
datang bulan ramadhan yang lain, wajib membayar
fidyah secupak pada tiap-tiap hari puasa, dan jika
lewat dua tahun, melewati dua kali ramadhan, wajib
berfidyah sebanyak dua cupak dan begitulah seterusnya
di samping wajib mengqadha' puasa itu.
2. Orang yang mati sebelum
qadha' puasa:
- Orang yang luput puasa ramadhan
kerana sakit atau musafir dan ia mati sebelum mengqadha'nya,
tidak wajib diikut dengan qadha' atau fidyah dan
tidak berdosa.
- Jika seseorang itu mati sebelum
mengqadha' puasanya dengan ketiadaan uzur, maka
walinya hendaklah mengqadha'kannya atau mengeluarkan
fidyah secupak pada tiap-tiap hari puasanya.
- Fidyah puasa : Mengeluarkan
secupak bahan makanan asasi ( di negara kita - beras)
untuk tiap-tiap hari puasa yang ditinggalkan, kepada
fakir miskin.
|