Di
dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang
bermaksud: "Pada hari Kiamat nanti, di hadapan
Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai
taraf yang lebih tinggi daripada Al-Quran, bukan
Nabi, bukan malaikat dan sebagainya".
Melalui
hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al-Quran
adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya
akan diterima Allah. Terdapat satu riwayat menyatakan
bahawa "Apabila seseorang itu meninggal dunia
dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian,
seorang yang kacak akan berdiri di bahagian
kepalanya.
Apabila
mayat itu dikafankan, orang itu akan datang
mendiami antara dadanya dan kain kafan itu.
Bila selesai dikebumikan, orang ramai akan pulang
ke rumah dan datanglah dua malaikat; Munkar
dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak
itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai
iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang
gangguan.
Tetapi
orang yang kacak itu akan berkata : "Dia adalah
kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan
walau dalam keadaan apa sekalipun. Jalankanlah
tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya
sehingga aku membawanya masuk ke syurga!" Selepas
itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan
berkata: "Akulah Al-Quran yang mana engkau telah
membacanya kadang kala dengan suara perlahan
dan kadang kala dengan suara yang kuat" . "
Janganlah
engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan
Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita
lagi" Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak
itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera
yang penuh dengan kasturi dari malaikat - malaikat
dari syurga".
Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang
itu adalah kita. Kita tahu tentang tingginya
syafaat Al-Quran tetapi dengan mengetahuinya
sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut
syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi.
Cuba
kita renungkan sejenak diri kita sendiri. Ajal
dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah
datang kita tidak akan mampu memperlambatkan
atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh
sesaat. Dan apabila berada di alam kubur siapakah
lagi yang akan menemani kita jauh sekali memberi
bantuan kecuali amalan - amalan kita sewaktu
di dunia.
Allah
telah menjanjikan Al-Quran sebagai pemberi syafaat
terulung dan janji Allah itu adalah benar. Dekatilah
Al-Quran dan jadikalah ia teman di dunia dan
pemberi syafaat di Akhirat.
Semoga
Allah swt memberikan kita restu dan hidayahnya.....AMIN!!!