|
FUNGSI AL-QURAN
|
Al-Quran mempunyai beberapa
fungsi penting, diantaranya ialah:
Pertama: Sebagai Mukjizat
Nabi Muhammad saw.
Al-Quran inilah bukti kenabian
dan kerasulan Nabi Muhammad saw, sekaligus
ianya menjadi bukti bahawa Al-Quran merupakan
firman Allah SWT, dan bukan ucapan atau
ciptaan nabi Muhammad saw sendiri. Rasullulah
saw telah menjadikan Al-Quran sebagai senjata
bagi menentang orang-orang kafir Quraisy.
Dan kita dapati bahawa mereka sememangnya
tidak mampu menghadapinya, padahal mereka
mempunyai kemahiran tingkat tertinggi fashahah
dan balaghahnya.
Hal ini tidak lain adalah
kerana Al-Quran sememangnya adalah suatu
mukjizat (yang mustahil dapat ditandingi).
Jika kita meneliti ayat-ayat cabaran yang
Allah SWT wahyukan di dalam Al-Quran daripada
sudut dan konteksnya sebagai suatu mukjizat,
maka kita akan dapati bahawa Rasullulah
saw telah mencabar orang-orang Arab agar
mereka menandingi kehebatan Al-Quran di
dalam tiga peringkat (rujuk Manna' Khalil
Al Qatthan, Studi Ilmu-ilmu Qu'ran, hal
372):
-
Cabaran
peringkat pertama. Mencabar mereka dengan
keseluruhan Al-Quran dalam uslub umum yang
meliputi orang Arab sendiri dan orang lain,
manusia malah jin, dengan cabaran yang mengalahkan
dan menjatuhkan mereka secara padu sebagaimana
firmanNya. "Katakanlah: Sesungguhnya
jika manusia dan jin berkumpul untuk membuat
yang serupa Quran ini, niscaya mereka tidak
akan dapat membuat yang serupa dengannya,
sekalipun sebahagian mereka menjadi pembantu
bagi sebahagian yang lain." (TTQ 17
: 88)
-
Cabaran
kedua. Mencabar dengan sepuluh surah sahaja
daripada Al-Quran. Sebagaimana firmanNya:
Bahkan mereka mengatakan "Muhammad telah
membuat-buat Al-Quran." Katakanlah: Jika
demikian, maka datangkanlah sepuluh surah
yang dibuat-buat yang menyamainya, dan panggillah
orang-orang yang kamu sanggup (memanggilnya)
selain Allah, jika kamu memang orang-orang
yang benar. Jika mereka (yang kamu seru
itu) tidak menerima seruanmu, ketahuilah,
sesungguhnya Al-Quran itu diturunkan dengan
ilmu Allah" (TTQ 11 : 13-14)
- Cabaran ketiga. Mencabar
mereka hanya dengan satu surah daripada Al-Quran
sahaja. Sebagaimana firmanNya: "Atau (patutkah)
mereka mengatakan: Muhammad membuat-buatnya
(Al-Quran). (Kalau benar yang kamu katakan
itu), cubalah datangkan satu surat seumpamanya"
(TTQ 10 : 38) Dan cabaran ini diulangi di
dalam firmanNya: "Dan jika kamu tetap dalam
keadaan ragu tentang Quran yang Kami wahyukan
kepada hamba Kami (Muhammad saw), maka buatlah
satu surat saja yang semisal Al-Quran itu…"
(TTQ 2 : 23 )
Kedua: Sebagai Sumber
Hukum Dan Aturan Hidup.
Ayat-ayat Al-Quran mengandungi
peraturan tentang hukum-hukum politik negara
(Al-Hukm), sosial (Ijtima'i), pendidikan
(Siyasah Ta'limiyah), pidana (Hudud), pengadilan
(Uqubat), akhlak dan sebagainya. Semua aturan
dan hukum ini wajib dijadikan sebagai pandangan
hidup bagi seluruh kaum muslimin dan umat
manusia untuk mengatasi semua permasalahan
hidup yang dihadapinya. Sememangnya penyelesaian
yang diberikan oleh syariat Islam adalah
merupakan penyelesaian yang sebenar-benarnya
sesuai dan memenuhi fitrah manusia itu sendiri.
Dan keberkesanan dan kemampuan syariat Islam
dalam menangani segala aspek permasalahan
manusia ini sememangnya tidak dapat dinafikan
kecemerlangannya.
Kemampuan syariat Islam
dalam menyelesaikan pelbagai permasalahan
kehidupan manusia inilah yang akan menjadikan
Al-Quran sebagai mukjizat abadi yang paling
menonjol di muka bumi. Inilah yang akan
terjadi di masa hadapan, insyaallah! Sebab,
kesejahteraan hidup yang dikecapi umat manusia
dan keadilan yang mereka rasakan lantaran
diterapkan syariat yang dibawa oleh Rasulullah
melalui Al-Quran dan Sunnah di bawah kepimpinan
khalifah, (Khilafah 'ala minhajin Nubuwwah)
menjadi daya penarik yang paling dominan
terhadap umat-umat dan bangsa-bangsa non-muslim
untuk meninggalkan sistem hidup dan perundangan
mereka yang rapuh dan usang, serta kezaliman
para penguasa mereka yang hanya mementingkan
kelompok dan partinya sahaja.
Bangsa-bangsa non muslim
itu akan secara beramai-ramai masuk Islam
setelah mendengar dan melihat sendiri kesejahteraan
hidup dibawah naungan syariat Islam (TTQ
An-Nashr). Sudah semestinya hal ini tidak
seperti yang telah digambarkan di dalam
propaganda palsu para pembenci Islam. Juga
setelah adanya jihad yang dilancarkan para
mujahidin ke negeri-negeri (orang-orang
kafir) untuk melepaskan belenggu-belenggu
yang selama ini memasung kehidupan mereka.
Bahkan mereka yang kufur akan dapat menyaksikan
sendiri keindahan dan kemanisan kehidupan
di bawah penerapan sistem Islam di dalam
masyarakat yang hidup di bawah naungan khilafah,
dengan mengunjungi negeri tersebut.
|