Sebelum turunnya
Al-Quran manusia (khususnya
di Benua Arab) secara amnya
hidup di dalam kepelbagaian
ragam kepercayaan, kebudayaan
dan etika. Dan kemudian Al-Quran
diturunkan dengan membawa
rahmat perubahan.
Antaranya ialah:
1. Bidang Akidah:
Melalui pernyataan yang dibawa
oleh Al-Quran tentang tuhan
itu Esa dan Tunggal, maka
kepercayaan bertuhan banyak
(politheisme) menjadi gugur
(tidak diakui oleh Islam).
Sebab tidak ada tuhan selain
Allah SWT, dan Dialah Yang
Maha Pencipta alam semesta
ini. Kepercayaan seperti ini
dinamakan tauhid.
2. Bidang Ibadah:
Al-Quran datang dengan petunjuk
bahawa yang berhak untuk disembah
hanyalah Allah SWT. Dia Yang
Tunggal, pencipta manusia
dan alam semesta. Al-Quran
dengan petunjuk yang demikian,
melarang keras beribadah kepada
patung, berhala, matahari,
bulan atau selain Allah SWT.
Sebab, tidak ada sekutu bagiNya.
3. Bidang Akhlak:
Al-Quran memberi petunjuk
dan garis pemisah tentang
kriteria antara akhlak yang
baik dan terpuji dengan akhlak
yang buruk dan tercela. Masalah-masalah
pembunuhan, perzinaan, perjudian,
pencurian dan merampas harta
orang lain, tidaklah masuk
dalam wawasan akhlak, justeru
masalah-masalah tersebut termasuk
kedalam tindakan jenayah dan
pembuatnya wajib dijatuhkan
hukuman.
4. Bidang Siyasah
(Politik): Al-Quran dan sunnah
Rasul (Al Hadits) tidak mengakui
kedaulatan umat atau penguasa.
Kedaulatan menurut kedua sumber
tersebut dan sumber lain yang
diakui kaum muslimin adalah
milik Allah dan RasulNya.
Hanya 'kekuasaan pemerintahan'
sajalah yang dimiliki umat.
Dan di dalam Islam tidak diakui
(tidak ada) 'Sistem Kerajaan'
atau Aristokrasi. Pemerintahan
Islam adalah 'Negara Kesatuan',
bukan 'Negara Bahagian'. Inilah
salah satu contoh yang pernah
terjadi dahulu semasa kekhilafahan
masih berlaku, dan ia bukan
sekadar perbandingan teoritis
tetapi merupakan sebuah peraturan
yang terbukti di dalam kenyataan
kehidupan.
5. Bidang Ekonomi:
Al-Quran (dan Sunnah Rasul)
telah memberikan batasan pemilikan
bagi individu, masyarakat
dan negara. Telah ditentukan
apa yang boleh dimiliki oleh
individu dan apa yang tidak.
Juga telah ditentukan tentang
pemilikan sesuatu (benda)
yang bersifat umum, tidak
boleh dimiliki oleh per individu,
seperti laut, sungai dan lain-lain.
Peraturan yang
terdapat pada Al-Quran (dan
Sunnah Rasul) memberikan petunjuk
pelaksanaan tentang jaminan
pemenuhan keperluan asas setiap
individu menurut kadar dan
dalam keadaan seadil-adilnya.