|
CARA-CARA AL-QURAN
DIWAHYUKAN
|
Nabi
Muhammad s.a.w. mengalami
bermacam-macam cara dan
keadaan semasa menerima
wahyu. Antara cara-cara
Al-Quran diwahyukan adalah:
-
Malaikat
memasukkan wahyu itu ke
dalam hatinya. Dalam hal
ini, Nabi s.a.w. tidak
melihat sesuatu apa pun,
hanya beliau merasa bahawa
itu sudah berada di dala,
kalbunya. Mengenai hal
ini, Nabi mengatakan:
"Ruhul Quddus
mewahyukan ke dalam kalbuku".
( As-Syura: 51)
-
Malaikat
menampakkan dirinya kepada
Nabi s.a.w. menyerupai
seorang lelaki yang mengucapkan
kata-kata kepadanya sehingga
beliau mengetahui dan
hafal benar mengenai kata-kata
itu.
-
Wahyu
datang kepadanya seperti
gemercingnya loceng. Cara
inilah yang amat berat
dirasakan Nabi s.a.w.
Kadang-kadang pada keningnya
terdapat peluh, meskipun
turunnya wahyu itu di
musim dingin yang sangat.
Ada ketikanya, unta beliau
terpaksa berhenti dan
duduk kerana merasa amat
berat. Diriwayatkan oleh
Zaid bin Tsabit: "
Aku adalah penulis wahyu
yang diturunkan kepada
Rasulullah. Aku lihat
Rasulullah ketika turunnya
wahyu itu seakan-akan
diserang demam yang kuat
dan peluhnya bercucuran
seperti permata. Kemudian
setelah selesai turunnya
wahyu, barulah beliau
kembali seperti biasa".
-
Malaikat
menampakkan dirinya kepada
Nabi s.a.w. dalam rupanya
yang benar-benar asli
sebagaimana yang terdapat
di dalam surah An- Najm
ayat 13 & 14 : "Sesungguhnya
Muhammad telah melihatnya
pada kali yang lain (kedua).
Ketika (ia berada) di
Sidratulmuntaha".
|