Sumber Maklumat Lengkap Ramadhan 1427
:: Kembali ke laman utama :: Kembali ke www.al-azim.com
Artikel Pilihan Al-Azim
BmAÌŠjI ÂÌ¿§ ÆAËfÊ
Panduan Umum Berpuasa
Syarat-syarat wajib berpuasa
Syarat-syarat sah berpuasa
Sunat-sunat puasa
Perkara-perkara yang membatalkan puasa
Perkara-perkara yang tidak membatalkan puasa
Perkara-perkara yang makruh dilakukan
Adab-adab berpuasa
Perkara-perkara yang mengharuskan berbuka
Hukum-hukum meninggalkan puasa
Orang-orang yang wajib imsak dan tidak wajib imsak
Hikmat-hikmat puasa
Darjah-darjah puasa
Melakukan persetubuhan dan kifarat kerana bersetubuh

 

ORANG-ORANG YANG WAJIB IMSAK DAN TIDAK WAJIB IMSAK

Orang-orang yang berikut dibawah ini adalah diwajibkan imsak, yakni menahan diri daripada makan minum waktu siang hari pada bulan ramadhan, sekalipun mereka itu dikira tidak mengerjakan puasa:

  • Orang yang meninggalkan puasanya dengan sengaja.

  • Orang yang meninggalkan berniat puasa pada waktu malamnya.

  • Orang yang kesiangan pada makan sahurnya.

  • Orang yang berbuka kerana menyangkakan masuk matahari rupa-rupanya masih siang.

  • Orang yang menyangkakan 30 Sya'ban, kemudian ia mengetahui telah masuk satu ramadhan.

  • Orang yang berlebih-lebihan pada berkumur-kumur dan masuk air ke dalam hidungnya.

Orang-orang yang tidak wajib imsak:

  • Kanak-kanak yang hampir baligh.

  • Orang gila ketika sembuh.

  • Orang kafir pada ketika masuk Islam.

  • Orang yang dalam perjalanan (musafir) ketika sampai ke tempat yang dituju.

  • Orang yang sakit pada ketika sembuh.
Sumber Maklumat Lengkap Ramadhan 1427
Dibangunkan oleh Jabatan Mufti Melaka