RESOLUSI SEMINAR PEMANTAPAN AQIDAH DAN PERPADUAN UMMAH NEGERI MELAKA 2008

3 APRIL 2008

Seminar Pemantapan Aqidah dan Perpaduan Ummah Negeri Melaka memutuskan resolusi yang berbunyi:

Menginsafi bahawa:

  1. Aqidah umat Islam perlu dipelihara dari sebarang ancaman dan hasutan manusia
  2. Penglibatan secara langsung kerajaan dalam memastikan kesucian aqidah Islam
  3. Cabaran global terhadap kesucian aqidah Islamiah

Mengambil kira bahawa:

  1. Hasrat kerajaan supaya kesucian aqidah Islamiah sedia ada perlu terus dipelihara
  2. Aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah menjadi teras kepada pelaksanaan dasar pemerintahan dan pentadbiran negeri
  3. Melaka sebagai pusat kecemerlangan dakwah dan aktiviti agama

Maka Seminar Pemantapan Aqidah dan Perpaduan Ummah Negeri Melaka yang diadakan pada 3 April 2008  yang dihadiri lebih 850 orang peserta dari masyarakat Islam  di Negeri Melaka memutuskan resolusi-resolusi berikut:

RESOLUSI PERTAMA

Memantapkan aqidah masyarakan di Negeri Melaka dari semua peringkat

Pelan Tindakan

  1. Mengadakan program aqidah secara komprehensif oleh agensi agama
  2. Program dilaksanakan secara berperingkat iaitu negeri, parlimen dan DUN
  3. Agensi agama diberi peruntukan tahunan oleh Kerajaan Negeri untuk melaksanakan program ini
  4. Mewujudkan Modul Ringkas Pemantapan Aqidah untuk digunakan di masjid, surau, Jabatan Kerajaan dan Swasta serta kursus-kursus anjuran Kerajaan Negeri Melaka

RESOLUSI KEDUA

Melahirkan golongan pakar dalam bidang Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

Pelan Tindakan

  1. Menyediakan peruntukan khusus untuk menaja golongna berkelayakan bagi mengikuti pengajian dalam bidang aqidah
  2. Menganjurkan bengkel secara berterusan dikalangan cendiakawan Islam bagi membincangkan isu-isu semasa berkaitan aqidah

RESOLUSI KETIGA

Menguatkuasa dan mengawal bahan bercetak yang menyalahi prinsip-prinsip Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

Pelan Tindakan

  1. Mempergiat operasi penguatkuasaan oleh pihak yang bertanggungjawab bagi menangani ajaran salam dan penyelewengan aqidah
  2. Menambah kakitangan penguatkuasa dengan melantik pegawai yang berkelayakan di peringkat negeri untuk menjadi pegawai penguatkuasa
  3. Membuat hebahan yang menyeluruh kepada masyarakat berkaitan bahan-bahan bercetak yang menyalahi aqidah supaya masyarakat tidak terpengaruh dengan dakyah tersebut.

RESOLUSI KEEMPAT

Memperkukuh perpaduan masyarakat Islam melalui Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

Pelan Tindakan

  1. Memberi taklimat secara berterusan di masjid-masid, jabatan kerajaan, institusi pengajian tinggi dan sebagainya mengenai kewajipan bersetu padu dalam ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah
  2. Menghidupkan semula tradisi masyarakat yang menjurus kepada perpaduan ummah
  3. Mengelakkan fahaman politik yang boleh memecahbelahkan ummah

RESOLUSI KELIMA

Menjadikan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai pedoman dalam membentuk segala dasar Kerajaan Negeri

Pelan Tindakan

  1. Sebarang dasar yang akan dibuat berkaitan agama perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Fatwa Negeri
  2. Menimbang untuk melantik Mufti Negeri sebagai satu jawatan yang bertaraf Exco
  3. Fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai pedoman dalam menguatkuasa Undang-undang Syariah Negeri Melaka

RESOLUSI KEENAM

Melahirkan generasi muda yang mempunyai kemantapan aqidah yang kukuh

Pelan Tindakan

  1. Mewujudkan modul pendidikan agama dan aqidah kepada golongan belia setelah tamat pengajian di sekolah Menengah
  2. Menubuhkan Jawatankuasa Pelaksana Program untuk menyelaras program-program belia
  3. Mewujudkan satu pusat pemulihan aqidah untuk memulihkan kembali golongan yang tersasar dari kepercayaan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

Disediakan oleh:

  1. En. Mohd Yusof bin Abu Bakar, Jabatan Agama Islam Melaka
  2. En. Mohd. Said bin Md. Amin, Jabatan Agama Islam Melaka

Disemak dan disahkan oleh:
S.S. Datuk Wira Hj Rashid Redza bin Hj. Md. Saleh,

Mufti Negeri Melaka merangkap
Pengerusi Jawatankuasa Seminar Pemantapan Aqidah dan Perpaduan Ummah Negeri Melaka 2008.

Tarikh : 10 April 2008

Laman Utama