ARTIKEL PILIHAN

Rukyah hilal Syawal 1421H

( Disediakan oleh hambaNya : Kassim Bahali )

Hari Rukyah : Isnin 29 Ramadhan 1421H (25 Disember 2000)
Ijtimak ; 26 Dis 2000; 1:22
Lokasi cerapan : Tg. Bidara Melaka

Pada petang Isnin 29 Ramadhan 1421H (25 Disember 2000) Hilal belum lahir ketika ghurub (terbenam) matahari kerana Ijtimak belum berlaku. Oleh kerana itu hilal tidak dapat dilihat.

Maka Ramadhan digenapkan 30 hari dan 1 Syawal 1421 InsyaAllah pada Rabu 27 Disember 2000

Lokasi cerapan : Tanjung Bidara, Melaka
Pada Isnin 25 Dis. 2000 jam 18:55 bulan telah ghurub(tenggelam) lebih awal dari matahari
Apabila matahari ghurub 25 Dis 2000 jam 19:13 bulan telah berada 4 darjah di bawah ufuk. Maka bulan tidak mungkin dapat dilihat
Senarai Artikel Pilihan | Laman Utama