SABDA
JUNJUNGAN MENGENAI AKHIR ZAMAN
Daripada
Ibnu 'Umar radhiallahu 'anhuma berkata: Rasulullah
Sallallahu 'alaihi Wasallam berhadap kepada kami (pada suatu hari)
lalu beliau bersabda: "Wahai
kaum Muhajirin, 5 perkara jika kamu telah ditimpakan bala dengannya
(jika kamu telah mengerjakannya), maka tiadalah kebaikan lagi
bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah Ta'ala, semoga kamu
tidak menemui masa itu. Perkara-perkata itu ialah:
-
Tidak
nampak perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani melakukannya
secara terang-terangan, kecuali mereka akan ditimpa penyakit
taun yang cepat merebak di kalangan mereka, dan mereka akan
ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat
yang telah lalu.
-
Dan tiadalah mereka mengurangkan sukatan dan timbangan, kecuali
mereka akan ditimpakan bala dengan kemarau dan kesusahan mencari
rezeki dan kezaliman daripada kalangan pemimpin mereka.
-
Dan tidaklah mereka menahan akan zakat harta benda kecuali ditahan
untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tiadalah binatang
(yang hidup di permukaan bumi ini) sudah pasti mereka tidak
akan diberi hujan oleh Allah Ta'ala.
-
Dan tiadalah mereka memungkiri janji Allah dan rasulNya kecuali
Allah akan menjadikan musuh mereka menguasai mereka, maka musuh
itu akan merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan
mereka.
-
Dan apabila pemimpim -pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum
Allah yang terkandung dalam al-Qur'an dan tidak mahu menjadikannya
sebagai pilihan, maka (disaat itu) Allah akan menjadikan peperangan
di kalangan mereka sendiri"