| |
|
|
| |
Pengertian
Bulan Safar |
|
| |
|
|
| |
Dari
segi bahasanya Safar membawa erti kosong dan dari segi istilahnya
bulan Safar membawa erti bulan di mana orang-orang arab di
zaman Jahiliah keluar rumah untuk berperang setelah bebas
dari bulan-bulan haram yang diharamkan berperang.
Setelah
kedatangan Islam, Rasullullah mengekalkan nama bulan ini dengan
nama bulan Safar sehinggalah ke hari ini.
|
|
| |
|
|
| |
Peristiwa-Peristiwa
Penting Bulan Safar |
|
| |
|
|
| |
Ada
berbagai peristiwa yang berlaku di dalam bulan Safar. Diantara
peristiwa penting yang berlaku di zaman Rasulullah s.a.w dan
wajar dikenang oleh kita ialah;
-
Persidangan Darul-Nadwah Persidangan Darul-Nadwah adalah
persidangan yang dianjurkan oleh pihak Musyrikin Jahiliah
yang terdiri dari berbagai-bagai kabilah di Mekah. Persidangan
ini dianjurkan khas untuk menyekat, menekan dan melumpuhkan
terus pengaruh dan dakwah Rasullullah saw.
Persidangan ini dipengerusikan oleh Abu Jahal dan dihadiri
juga oleh Iblis yang menyamar sebagai seorang tua dari Najad.
Keputusan dari persidangan ini ialah Rasulullah saw dijatuhi
hukum bunuh dan setiap kabilah hendaklah menghantar seorang
wakil yang terdiri dari pemuda yang paling gagah untuk sama-sama
membunuh Rasulullah saw.
Oleh itu keluarga Rasullullah saw dari kabilah Bani Abdul
Manaf tidak akan mampu untuk membalas dendam terhadap semua
kabilah-kabilah yang terlibat dalam pakatan pembunuhan itu.
Maka Allah ta'ala telah memerintahkan Rasullullah saw keluar
berhijrah dari Mekah ke Madinah.
Ada pendapat yang mengatakan bahawa Rasulullah mula keluar
dari rumahnya pada waktu malam di akhir bulan Safar dan
pendapat yang lebih masyhur mengatakan bahawa Rasulullah
mula keluar dari rumahnya pada bulan Rabi'ul Awwal setelah
13 tahun berdakwah di Mekah.
-
Rasullullah Mula Sakit Satu lagi peristiwa penting yang
berlaku di bulan Safar ini ialah pada akhir bulan ini setelah
kembalinya Rasullullah dari mengerjakan Haji Wida' (haji
terakhir Rasullullah saw) beliau mula ditimpa sakit.
Beliau wafat pada 12 Rabi'ul Awwal tahun 11 Hijriah. Rasullullah
mula merasai sakit yang berat sewaktu beliau di rumah isterinya
Saidatina Maimunah r.a.
Beliau telah memanggil kesemua isteri-isterinya yang lain
untuk meminta izin agar beliau dibenarkan diam di rumah
Saidatina Aisyah r.a dan beliau telah wafat di rumah Saidatina
Aisyah r.a.
|
|
| |
|
|
| |
Disemak
oleh;
-
Ustaz Mohd Ali bin Zainal
Pen. Pegawai Hal Ehwal Islam Jab. Mufti Melaka
-
Tn. Hj. Mohd Nazri bin Abdul Majid
Pegawai Hal Ehwal Islam Jab. Mufti Melaka
Rujukan;
-
Khurafat Antara Adat dan Agama, koleksi Khutbah, Jab. Mufti
Selangor
-
Hari Nahas; Pandangan Islam Mengenainya, Pej. Mufti Brunei
Darussalam
-
Peristiwa-peristiwa Yang Bersejarah, MUIS
-
Sejarah Hidup Muhammad saw, Muhammad Husain Haekal
-
Fiqh Al-Harakah Dari Sirah Nabawiyyah, Hj. Abdul Hadi Awang
|
|
| |
|
|
|