Tazkirah
SEJARAH
SIHIR
Sihir
telah difirmankan oleh Allah s.w.t. di dalam kitab suci Al Quran
di mana ia wujud sejak zaman Nabi Musa a.s. Sihir juga ada
diriwayatkan di zaman Nabi s.a.w.
ADAKAH
NABI PERNAH TERKENA SIHIR
Persoalan
ini telah menjadi pertikaian para ulama Islam. Maka dalam
hal ini kita merujuk kepada Hadis Sahih riwayat Bukhari dan Muslim
yang bermaksud:
Dari
Aisyah:
"Nabi
pernah disihirkan sehinggalah Baginda menyangkakan bahawa ia telah
mendatangi mereka (isteri-isteri) sedangkan ia tidak mendatangi
mereka"
(Bukhari dan Muslim)
Ulama-ulama
yang menafikan hal ini memberi alasan bahawa ini merupakan sesuatuyang
mengaibkan martabat Ar-Rasul s.a.w., akan tetapi menurut
Qadhi Iyadh, katanya"(kejadian sihir) ini tidak mencacatkan
kebenaran Baginda kerana telah jimak bahawaNabi dipelihara dari
sudut itu. Cuma yang berlaku hanyalah di bidang yang harusberlaku
di atasnya, di bidang duniawi semata-mata".Juga Qadhi "Iyadh
menegaskan: "Dan sihir adalah merupakan satu daripada penyakitpenyakit".
Dengan
ini jelas bahawa adalah tidak mustahil bagi seseorang itu ditimpa
penyakit yang disebabkan oleh sihir, akan tetapi hendaklah diingat
bahawa ia berlaku atas keizinan Allah s.w.t. Sihir adalah sejenis
ilmu yang dikuasai oleh golongan jin dan syaitan. Oleh itu
bagi manusia yang mengamalkan ilmu bererti mereka akan memperalatkan
dan bekerjasamadengan syaitan bagi tujuan-tujuan tersebut
TANDA-TANDA
TERKENA SIHIR
Tanda-tanda
gejala sihir begitu banyak, antaranya:-
1.Seseorang
yang baru berkahwin tidak mempunyai nafsu terhadap isterinya.
2.Seseorang
itu merasa kadangkala terlalu panas dan kadangkala terlalu sejuk
sehingga ia sanggup " meminum air yang mendidih.
3.Suami
dan isteri yang tiba-tiba sahaja merasa tidak aman, benci-membenci
antara satu dengan lain walaupun sebelumnya mereka sangat berkasih-sayang.
4.Kebiasaannya
gejala penyakit yang disebabkan oleh sihir lebih menonjol sewaktu
senja.
5.Juga
banyak dari penyakit-penyakit baik fizikal atau kejiwaan yang
tidak dapat disahkan puncanya oleh doctor-doktor yang pakar.
CARA
MENGHADAPI SIHIR
Orang-orang
yang beriman dengan Allah mempunyai banyak kelebihan di dalam
menghadapi sihir. Pertamanya mereka mempunyai tempat pergantungan
dan tempat berlindung yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa iaitu Allah
"Azza Wajalla. Imam Ibnu Qaiyim telah berkata, "Ubat
yang paling bermanfaat untuk penyakit sihir ialah Al Adahihiyah
Al Ailahiyah (penawar Ketuhanan) iaitu dengan banyak berzikir,
membaca Al-Quran dan berdoa.
Seseorang
yang beriman itu menganggap bahawa sihir yang menimpanya sebagai
satu ujian dari Allah. Sekiranya ia melalui ujian ini dengan
cara yang betul sepertimana yang dikehendaki oleh Allah maka Insya
Allah bertambahlah imannya. Kaifiat penghadang sihir ini seperti
yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. telahpun dijelaskan di dalam
tajuk Tibb Nabawi.
Orang-orang
yang beriman hendaklah meyakini bahawa kuasa Allah s.w.t. mengatasi
segala-galanya baik yang ada di langit mahupun yang ada di bumi
dan bahawa interaksi dengan Ayat-Ayat Allah (Al-Quran) itu sebesar-besar
penawar; oleh itu mereka tidak perlu berubat dengan cara-cara
yang memudaratkan aqidah seseorang seperti dengan berlindung dengan
jin dan syaitan melalui perantaraan bomoh atau dukun dan jin-jin
yang tidak beramal dengan petunjuk Allah s.w.t.
Imam
As Syafie mengharuskan penggunaan jin (Jin Islam-pen) di dalam
perkara melawan sihir sahaja. Manakala Imam Hanafi, Hambali
dan Maliki tidak mengharuskannya sama sekali. Oleh yang
demikian kita dapati di Nusantara Melayu yang rata-rata bermazhab
Syafie ramai sekali kedapatan amalan ini. Akan tetapi perlu
diingatkan seperti yang dijelaskan dalam tajuk yang terdahulu
(Masalah Berubat Dengan Perantaraan Jin), terdapat bahaya-bahaya
yang banyak terutama bagi mereka yang jahil apabila meminta pertolongan
dengan jin seperti pandangan Syeikhul Islam Ibnu
Taymiyah.
RASUKAN
Satu
lagi cirri-ciri sihir ini ialah yang menyebabkan si penghidap
dirasuk oleh satu kuasa hingga tidak sedarkan diri, mungkin menjerit-jerit,
meronta-ronta dan lain-lain. Kuasa di sebalik kejadian itu
ialah daripada golongan jin dan syaitan. Imam At-Tabrani telah
meriwayatkan hadis dengan asnad yang Hassan bahawa Nabi s.a.w.
bersabda yang maksudnya:
"Jin
itu tiga golongan, satu golongan yang mempunyai sayap yang boleh
terbang di angkasa, satu golongan berupa ular dan satu lagi golongan
yang bertempat dan berpindah".
Di
dalam Al-Quran juga disebut jin dalam bangsa-bangsa yang disebut
jin, ifrit dan syaitan. Bangsa-bangsa jin yang memegang peranan
penting itu amatlah banyak, antaranya:-
1.
Iblis
-
bapa segala jin
2.
As Syaitan -
syaitan
3.
Al Muraddah -
peragu (pewas-was)
4.
Al Afariit -
Ifrit (penipu-penipu)
5.
Al A"wan
-
penolong-penolong (khadam)
6.
Al-Ghawasuum-
penyelam-penyelam
7.
Atthiaruun -
penerbang-penerbang
8.
Attawabi"
-
pengikut-pengikut
9.
Al Qarna" -
pengawan-pengawan
10.
Al "Ammar -
pemaa"mur-pemaa"mur
PENGALAMAN
MUJAHIDIN AFGHAN
Diriwayatkan
dalam kisah perjuangan Muhahidin Afghan bahawa pernah berlaku
salah Seorang daripada Mujahidin telah dirasuki jin. Kemudian
sahabat-sahabatnya telah Membacakan ayat-ayat suci Al-Quran kepada
sahabat mereka yang sedang dirasuk itu. Akan tetapi bahawa jin
yang merasuknya menjawab bahawa ia juga beragama Islam dan bahawa
ayat-ayat Al Quran itu tidak akan memberi kesan apa-apa kepadanya.
Maka apabila tiba Amir Muhahidin yang lebih arif, beliau lalu
melaungkan azan dan seketika
itu juga jin tadi telah gentar dan mengaku kesalahannya. Barulah
jin itu menjawab ia sebenarnya beragama Nasrani dan bahawa ia
adalah salah seorang daripda 5,000 jin yang dihantar oleh Pope
untuk merosakkan bumi Mesir dan memporak-perandakan hubungan suami
isteri. (Sejauh mana benar dakwaan jin ini wallahu"alam).
Dari
peristiwa ini dapat diambil kesimpulan bahawa tindakan yang paling
berkesan terhadap mereka yang dirasuki jin kafir ialah dengan
melaungkan azan.