Hari
Raya Aidil Fitri berasal daripada bahasa Arab iaitu yang berulang-ulang.
Hari raya disambut berulang-ulang pada tiap-tiap tahun. Hari Raya
Aidil Fitri yang juga terkenal dengan "Hari Raya Puasa"
disyarikatkan oleh Allah s.w.t. untuk Umat Islam merayakannya.
Ianya disambut menandakan kesyukuran Umat Islam di atas kejayaan
mereka melaksanakan fardhu puasa sepanjang bulan Ramadhan dan
menandakan kemenangan mereka dalam perjuangan menahan hawa nafsu
dari perkara-perkara yang ditegah di dalam bulan puasa.
Rasulullah
pernah bersabda yang bermaksud: Bagi orang yang berpuasa itu dua
kegembiraan, pertama kegembiraan ketika mereka berbuka dan kedua
kegembiraan mereka ketika bertemu dengan Tuhannya yang Maha Pemurah.
Umat
Islam merayakan Hari Raya ini dengan penuh kesyukuran dan dengan
pelbagai jenis amal bakti yang diredai oleh Allah s.w.t. di antaranya
sembahyang Hari Raya, ziarah menziarahi di antara sesama mereka,
bersedekah dan lain-lain lagi.
Kemuliaan
Hari Aidil Fitri diterangkan oleh Allah di dalam Al-Quran dan
oleh Rasulullah di dalam beberapa hadisnya. Oleh kerana itu kita
Umat Islam amat digalakkan untuk menghidupkan Malam Hari Raya
sama ada Hari Raya Puasa atau Hari Raya Korban. Sehubungan dengan
ini Allah berfirman di dalam Al Quran.
Ertinya:
Dan supaya kamu cukupkan bilangan puasa sebulan Ramadhan dan supaya
kamu membesarkan Allah dengan Takbir dan Tahmid serta Takdis kerana
mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur.
Kemuliaan
Hari Raya juga diterangkan di dalam Hadis seperti sabda Rasulullah
s.a.w. yang bermaksud:
Daripada
Umamah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda barangsiapa
mengerjakan amal ibadah pada malam Hari Raya Aidilfitri dengan
mengharapkan keredaan Allah semata-mata hatinya tidak akan mati
pada hari kiamat sebagai matinya hati orang-orang yang kafir ingkar
pada hari kiamat. Daripada hadis di atas dapatlah kita membuat
kesimpulan bahawa Hari Raya satu perkara yang disyarakkan dalam
Islam dan pada Hari Kiamat kelak orang-orang yang beriman dan
beramal soleh hatinya hidup bahagia dan gembira kerana berjaya
mendapat balasan yang baik dan keredaan Allah azzawajallah hasil
daripada amal-amal kebajikan yang mereka kerjakan di dunia seperti
berpuasa di bulan Ramadhan. Sebaliknya orang yang kufur dan ingkar
hatinya mati mereka hampa dan kecewa pada hari itu kerana dimurkai
oleh Allah dan mereka ditimpa dengan seburuk-buruk balasan.
Terdapat
juga hadis-hadis yang lain yang menceritakan tentang menghidupkan
malam Hari Raya seperti hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tabrani
r.a. yang bermaksud:
Barangsiapa
menghayati malam Hari Raya Aidil Fitri dan malam Hari Raya Aidil
Adha dengan amal ibadah sedang dia mengharapkan keredaan Allah
semata-mata hatinya tidak akan mati seperti hati orang-orang kafir.
Umat
Islam digalakkan menyambut Hari Raya Aidil Fitri dengan tahmid
sebagai bersyukur kepada Allah bersempena dengan hari yang mulia
itu. Ini diterangkan di dalam Al-Quran dan juga di dalam hadis
Rasulullah s.a.w. Firman Allah s.w.t.
Maksudnya:
Dan supaya kamu cukupkan bilangan puasa sebulan Ramadhan dan supaya
kamu membesarkan Allah dengan Takbir dan Tahmid kerana kamu telah
mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur.
Daripada
hadis pula sebagaimana Sabda Rasulullah s.a.w. diriwayatkan oleh
Abu Hurairah r.a.
Maksudnya
: Hiasilah Hari Raya kamu dengan Takbir dan Tahmid.
Di
dalam hadis yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda daripada Anas
r.a.
Maksudnya:
Hiasilah kedua-dua Hari Raya kamu iaitu Hari Raya Puasa dan juga
Hari Raya Korban dengan Takbir, Tahmid dan Taqdis.
Menurut
huraian ulamak bahawa takbir Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha
hukumnya sunat dengan lafaznya yang lengkap seperti berikut
Bermaksud
Allah
Maha Besar, 3x
Tiada
Tuhan melainkan Allah dan Allah jualah yang Maha Besar
Allah
Maha Besar 2x
Dan
bagi Allah jualah segala puji
Allah
Maha Besar